Skip to main content

Bahaya Paraben

Anda mungkin pernah mendengar khabar angin dan melihat laporan berita tentang bagaimana anda harus mengelakkan parabens dalam produk penjagaan kulit dan kesihatan yang anda beli, tetapi anda mungkin tertanya-tanya mengapa anda perlu berbuat demikian. Selepas melakukan beberapa penyelidikan, saya membuat keputusan untuk tidak lagi membeli mana-mana produk yang mempunyai parabens di dalamnya. Parabens boleh di dapati di dalam syampu, produk kosmetik, deodoran, shaving gel, losyen, sunscreen, ubat gigi dan juga di dalam ubat-ubatan, manakala mereka juga digunakan sebagai bahan tambahan makanan di dalam daging yang diproses seperti sosej. Sebilangan besar daripada produk-produk yang kita beli untuk kegunaan harian mengandungi beberapa bentuk paraben, jadi agak sukar untuk mencari produk yang bebas dari menggunakannya. 

Tetapi tahukah anda apa itu parabens dan apa kesannya terhadap kita?




Apakah Parabens?

Parabens adalah bahan kimia asid para-hydroxybenzoic dan ia digunakan sebagai bahan pengawet - itulah sebabnya ia ditemui dalam banyak produk. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat, boleh didapati secara meluas, dan kos yang sangat sedikit untuk mengeluarkan dan menggunakan. Hampir semua parabens digunakan sebagai bahan pengawet adalah buatan manusia dan tidak berlaku secara semula jadi. 

Mengapa Parabens Tidak Selamat?

Sebelum kita pergi lebih jauh, terdapat kajian mengenai kedua-dua hujah tentang apa itu parabens dan adakah ia selamat atau tidak. Tetapi oleh kerana telah ada kajian yang mengatakan bahawa ia adalah berbahaya dan ia telah di kaitkan dalam pelbagai jenis kanser, saya telah memilih untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengelak daripada menggunakan produk yang mengandungi parabens. Jika terdapat alternatif lain yang lebih semula jadi, saya akan memilih jalan itu.

Parabens boleh menyerupai hormon estrogen, yang dikenali untuk memainkan peranan dalam pembentukan sel-sel kanser payudara. Para penyelidik telah mendapati parabens dalam tumor payudara dan percaya ia mempunyai hubungan antara parabens dan tumor. Pada Julai 2002, Dr S. Oishi Jabatan Toksikologi, Tokyo Metopolitan Research Laboratory Jepun melaporkan bahawa pendedahan anak-anak yang baru lahir pada butylparaben boleh menjejaskan rembesan testosteron dan fungsi sistem pembiakan lelaki. 

Kembali kepada persoalan awal tadi - apakah parabens? Mereka adalah bahan kimia yang terdapat di dalam produk-produk makanan, kecantikan dan farmasi. Pastikan anda membeli produk yang berlabel 'Parabens Free' dan sentiasa membaca label sebelum anda membeli.

Anda yang menentukannya. Jadilah pengguna yang bijak :)


P/S : Syhhh, produk kesihatan Shaklee bebas daripada kandungan berbahaya. Malah ia 'Parabens Free' 

Popular posts from this blog

Definisi Berpantang Untuk Wanita Selepas Bersalin

Apa yang dimaksudkan dengan berpantang?


Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga, berpantang bermaksud sesuatu yang dilarang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka dilarang melakukan perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari. Meskipun terdapat satu pihak iaitu pakar perubatan yang tidak bersetuju dengan amalan pantang larang ini, namun ia telah menjadi kepercayaan dan ikutan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.
Berpantang secara alami tidak akan memudaratkan jika tidak diamalkan secara keterlaluan. Hakikatnya tempoh berpantang itu sendiri adalah proses pemulihan dan emosi ibu. Seelok-eloknya amalan ini haruslah tidak bertentangan dengan kaedah rawatan moden. Kebiasaannya tempoh bersalin adalah selama 44 hari. Namun ada pihak yang melanjutkan tempoh berpantang sehingga 100 hari untuk tidak bersama suami demi kebaikan jangka panjang.
Selain itu, amalan berpantang ini adalah untuk memastikan badan…

Gadjet Impian Untuk Bisnes Shaklee Saya

Huawei P9 Plus atau Iphone 7 Plus? 
Mana satu nak pilih? Sebab dua-dua best!
Rasa nak dua-dua bole? Hahaha [gelak tamak]
Saya memana pun okeh sebenarnya. Sebab skrg kalau nak taip entry blog ke nak edit gambar ke semua guna smartphone. Jarang dah guna laptop. 
Cuma baru ni adik bongsu saya ada bagitau pasal iphone7 sambil tunjuk review dari youtube. Yang sangat menarik minat saya adalah kualiti rakaman video. Haihhh bila tengok rasa wowww! Cantik giler gambar dia.
Memandangkan saya ada terfikir untuk hasilkan video sendiri makanya saya perlukan phone yang bole hasilkan gambar yang cantik supaya wajah saya nampak lawa tanpa cela. Haa gitteew! 
Tapi tak nak lawa di gambo je kalau bole nak lawa bebetul. Kebetulan pulak bulan ni promo Collagen Powder haa akak dah rembat 2 kotak tau siap Vivix dan Vit C skali. Bila kulit i flawless sila jangan jeles, buat rugi ja. Why not u pun beli then kita lawa sesama. Lebih afdal gitteww.
So berbalik pada smartphone tadi mana satu pilihan hati?
Rasa nak beli I…

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat

Semalam saya tanya hubby, "nak makan apa malam ni?".
Dia jawab "makan apa yang ada je".
"Jom makan luar nak?" Kata saya.
"Takyah lah!"
"Ehh nape? Saya lapar ni"
"Jimat! Awak kan bole masak"
Ekkk!! [terkono den sebijik-sebijik] Dalam hati saya, ehh duit ada nak jimat cermat plak. Kenapa perlu berjimat cermat? Zaman la ni semuanya duit. No money no talk!
Nak makan duit!
Nak masuk tandas awam duit!
Nak lalu atas jalan kena tol duit!
Nak isi minyak duit!
Semuanya duit. Pening aihh cite pasal duit ni. Nak cari duit pun pening. Ada duit pun pening. So sekarang ni takyah pening-pening, apa kata kita berjimat cermat dan belanjakan apa yang perlu saja. 
Ibarat keperluan vs kehendak. 
5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat.

#1 Digunakan semasa kecemasan
Selalunya kita takkan tau bila hal-hal kecemasan akan berlaku. Kereta rosak ke, tayar pancit ke, eksiden ke. Jadi kena sediakan payung sebelum hujan. Hasil dari pendapatan bulanan kita perlu simp…