Mengenang.

Dek kerana terlalu 'busy' dengan kehidupan seharian. 

Malam ini baru berkelapangan nak cerita sikit pengalaman trekking di Sungai Chilling pada pertengahan bulan Mac ritu. Almaklumlah superwomen asyik sibuk belek anak, apak, buku, komputer, macam-macamlah sampai tak menyempat.

Alkisahnya.

Mula-mula berbelah bagi nak pergi sebab dengan keadaan cuaca yang berasap, khuatir boleh menjejaskan kesihatan. Tetapi hati kecil pulak berkata nak lari dari kesibukan kota konon, apa salahnya kann?!

Lebih kurang jam 11 pagi kami telah sampai. Alhamdulillah, cuaca sangat baik. Kondisi indeks pencemaran udara berada pada tahap sihat.

Teruja! 1st ungkapan yang tersemat dihati apabila dapat menjejakkan kaki disini. Apa taknya dah lama tak buat aktiviti camni. Rasanya last masuk hutan waktu sekolah dulu. Haa kau, cer kira dah berapa lama tu.

Okay, mula-mula bila sampai sini setiap seorang dikenakan bayaran masuk Nasib baik aktiviti ini ditaja. Jimat duit. Untuk pengetahuan kawasan air terjun Sungai Chilling ini dijaga dengan baik. Maka dengan itu, kami diminta untuk tidak membuang sampah merata-rata malah memancing juga demi menjaga dan memelihara kawasan sekitar.

Bila semua dah ready, bermula perjalanan masuk ke dalam hutan. Keadaan trek pada mulanya landai dan berair, so janganlah pakai kasut yang bertutup. Sebab kang ade yang kasut basah dan dinasihatkan untuk memakai kasut anti slippery untuk mengelakkan dari jatuh apabila memijak di tempat yang licin. Dalam masa yang sama kena meredah sungai, yang ni memang confirm kasut akan basah. Menariknya, kita boleh melihat ikan sambil meredah sungai. Terasa begitu jakun melihatnya. Akulah tu yang jakunnya hahaha.

Aktiviti trekking ini mengambil masa satu jam lebih untuk sampai ke air terjun Sungai Chilling. Sesudah sampai, apalagi masing-masing sibuk merendamkan diri. Air dia toksah katalah sejuk sesangat. Menyelam-menyelam nampak ikan berenang-renang sama.

Apa-apa pun memang best aktiviti ni, bila balik rumah seharian asyik bercerita dengan apak sampai apak pun naik pening melayan. Hehehe. Jangan marah ye apak, nanti kita trekking sesama.

Hmm, saya kongsikan sama beberapa gambar untuk tatapan semua.






























2 comments