Kulit Cantik Macam Kiera Idres
Seawal usia remaja lagi, makcik selalu berangan nak kulit cantik, gebu, putih melepak [putih melepak?? dah cerah nak cerah lagi] tapi waktu tu angan-angan atas awan je la. Masa tu kulit tak berapa nak licin sangat, dah macam kertas pasir. Jerawat halus pulak mengisi seluruh ruang dikulit wajah. Berminyak apa ntah lagi. 

Sampailah sekarang, bila sudah meningkat dewasa. Makin kusam dan kelam. Kebiasaan kulit wajah hanya dibelai dengan pencuci muka sahaja, tanpa toner mahupun moisturizer. Pencuci muka apa? Ohh no! tak boleh nak bagitau. Rasanya dah bermacam cubaan tapi belum jumpa yang serasi.

Sehinggalah makcik terjumpa Enfuselle Basic System Normal to Oily. Yang menariknya ia dapat mengawal pengeluaran minyak, melembutkan wajah dan paraben free!

Lega sangat hati bila dapat tahu yang ia adalah paraben free. Kenapa saya sibuk-sibuk pasal paraben ye? Nak tahu kena baca entry makcik sebelum ini.


Jadi confident level makcik makin naik mendadak, wajah makcik makin berseri juga. Seronok tak kalau kulit dah bebas minyak? Say bye-Bye kepada  minyak degil~


Inilah Set Enfuselle yang terdiri daripada cleansing gel, toner, moisturizer dan eye treatment. Nak tau tips kecantikan tak? Haa nantikan tips kecantikan dari makcik naa. 

Ok sampai sini dulu.