Beli Handphone Canggih Tak Sama Macam Yuran Tadika Anak
Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Bila tengok anak yang kecil sering merengek nangis tiba-tiba dah besar. Dah pandai bercakap, minta itu dan ini. Tak sangka Afif yang dulunya kecik dah besar sekarang. Tahun depan dah sekolah! Dah besar anak mama, macam tak percaya je.

Saya ni jenis suka buat apa-apa kena berbincang dulu. So memang selalu bincang dengan suami pasal masa depan anak-anak. Suami pun setuju nak hantar Afif belajar seawal usia 4 tahun. Sebenarnya bukan nak bebankan anak, tapi sebab nak biasakan dia dengan environment baru supaya dia boleh belajar bergaul dengan kawan-kawan.

Mula-mula pening nak decide tadika mana nak hantar. Last-last Genius Aulad menjadi pilihan. Sebenarnya masa Afif bayi lagi saya pernah survey tentang Genius Aulad tu. Terdetik dalam hati satu hari nanti aku akan hantar anak ke sini. Tak sangka dalam pening-pening nak buat pilihan memang apa yang kita fikirkan dulu, menjadi kenyataan.

Macam biasa saya akan buat survey dalam encik google tentang yuran tadika. Rata-rata yang saya tengok semuanya 1k ke atas. Terfikir saya sejenak, mahal betul yuran tadika, macam masuk belajar universiti. Lama jugak saya termenung. Kalau handphone canggih, handbag mahal, baju kasut cantik dan apa-apa lahh saya boleh beli kenapa tidak untuk pendidikan anak?

Saya tak tahu orang lain sependapat dengan saya ke tidak. Tapi semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak.

Ada yang kata, "buat apa hantar yang mahal-mahal, yang biasa-biasa kan ada".

"Tadika mana-mana pun sama, tapi tengok pada budak gak, selaju dan sepantas mana dia boleh terima"

"Kau dulu pun belajar kat tadika kemas je dik"

Macam-macam pendapat! Kalau asyik dengar cakap-cakap orang semua tak jadi kerja. Yang baik saya terima dengan berlapang dada.

Okay sekarang saya nak kongsikan bayaran yuran tadika Genius Aulad  bagi tahun 2015 sebagai rujukan semua ibu bapa kat luar sana.




Di Genius Aulad juga disediakan transporter. Harga bulanan untuk transporter berbeza mengikut berapa jarak rumah ke tadika. Jangan tak tahu pergi dan balik harga berbeza sebab ada ibu bapa yang nak sehala (pergi sahaja) atau dua hala (pergi balik).

Pilihan semua di tangan anda, tepuk dada tanya hati!


Ibu Hamil Wajib Tahu Tentang Aneamia Supaya Tidak Jejas Kandungan
Mengimbau pengalaman mengandung anak kedua suatu ketika dulu, saya mengalami masalah anaemia. Apa itu anaemia? Anaemia atau paling mudah difahami adalah kekurangan darah. Di mana jumlah sel darah merah atau hemoglobin ( protein pembawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah normal. Tiap kali check up je mesti HB rendah. Sampai nurse marah-marah bagi nasihat supaya banyakkan mengambil sayuran dan tidak meminum teh atau kopi. Mau tak marah sebab HB saya masa tu 8 gm/dl. Jenuh jugak makan sayur bayam berkati-kati sampai nak naik muntah. Last sekali nurse suruh makan pil tambah darah, tapi bila makan pil tu sembelit pulak dah. Haisshhh, di suruhnya kita makan makanan yang berserat pulak supaya memudahkan proses pembuangan.

Akhirnya nurse di Klinik Desa Kampong Jawa minta saya buat ujian darah di Klinik Kesihatan Bukit Kuda memandangkan kes HB rendah saya ini dianggap serius. Makanya terkedek-kedek la mak buyung ni drive ke Klinik Kesihatan.

Apabila selesai buat ujian darah, sekali tengok result 10 gm/dl. Okaylah dari 8 gm/dl kan? Macam mana pun ia still jugak berada di tahap yang rendah. Faktor yang menyebabkan hemoglobin saya rendah adalah disebabkan jarak kehamilan yang terlalu dekat. Lepas si abang masuk 4 bulan saya hamil lagi. Pengsan mak! Ditambah juga faktor-faktor pemakanan yang tidak seimbang semasa kehamilan.

Okay dalam entry kali ni saya nak kongsikan sedikit berkenaan dengan zat besi yang ibu-ibu hamil perlu tahu.



Berapakah jumlah zat besi yang saya perlukan semasa hamil?

Sebelum hamil, anda memerlukan kira-kira 15 miligram (mg) zat besi sehari. Jumlah ini agak banyak. Kebanyakan daripada kita mungkin tidak dapat memenuhi keperluan yang disarankan ini. Semasa hamil, anda perlukan lebih zat besi untuk membantu mengekalkan kesihatan anda dan bayi. Jika anda tidak mendapat zat besi yang mencukupi untuk menjana penghasilan hemoglobin bagi anda berdua, anda mungkin akan mengalami anaemia akibat kekurangan zat besi. Ini merupakan jenis anaemia yang paling biasa berlaku dalam kehamilan. Kira-kira satu dalam lima wanita mengalaminya semasa hamil.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk memastikan saya mendapat zat besi yang mencukupi?

Seorang wanita hamil memerlukan 30mg zat besi setiap hari. Seperti mana kebanyakan vitamin dan mineral lain, makanan ialah sumber terbaik bagi zat besi. Anda sepatutnya tidak perlu mengambil suplemen jika anda makan banyak sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Ini bermakna anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.

Vitamin C membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum banyak jus oren atau makan buah-buahan atau sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C semasa memakan makanan yang kaya dengan zat besi untuk membantu mengelak daripada mendapat anaemia.

Teh dan kopi membuatkan sukar bagi badan anda menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik jika anda elakkan meminumnya semasa waktu makan.

Bagaimana saya boleh tahu sekiranya saya menghidap anaemia?


Anaemia dapat dipastikan jika tahap hemoglobin anda kurang daripada 11.0 gm/dl. Ujian darah yang anda perlu jalani di klinik antenatal dapat menguji samada hemoglobin anda berada pada tahap yang memuaskan ataupun tidak. Agak normal juga bagi tahap hemoglobin untuk turun sedikit semasa hamil kerana terdapat lebih banyak cecair dalam darah anda yang mencairkan sel-sel darah merah. Doktor hanya akan mempreskripsikan pil zat besi jika tahap zat besi anda turun ke tahap sangat rendah.

Adakah sesetengah wanita lebih berkemungkinan mengalami anaemia semasa hamil?

Wanita yang mengamalkan diet yang rendah zat besi lebih berkemungkinan mengalami anaemia. Anda juga lebih berkemungkinan menghidap anaemia akibat kekurangan zat besi semasa hamil jika bekalan zat besi dalam badan anda telah sedia berkurangan, mungkin kerana jarak antara kehamilan terdahulu dan kehamilan kini sangat rapat, atau darah haid anda keluar sangat banyak sebelum anda hamil.

Jika anda mengandungkan anak kembar, maka keperluan bagi setiap bayi juga boleh meningkatkan risiko anda mengalami anaemia.

Thalassaemia juga adalah penyebab biasa bagi anaemia semasa hamil. Thalassaemia ialah penyakit kecelaruan darah yang diwarisi, di mana keupayaan untuk menghasilkan rantai hemoglobin, samada alfa ataupun beta, terjejas. Thalassaemia alfa lebih banyak berlaku di Malaysia berbanding thalassaemia beta. Baca lebih lanjut mengenai thalassaemia dalam kehamilan.

Apakah simptom-simptom anaemia?

Keletihan dan sesak nafas adalah tanda-tanda biasa bagi anaemia. Namun anda mungkin tidak sedar bahawa anda menghidap anaemia kerana simptom-simptom ini juga dialami oleh ramai lagi wanita hamil yang tidak mengalami anaemia. 

Sakit kepala, tinnitus (telinga berdengung) dan jantung berdebar adalah simptom-simptom lain anaemia, selain mempunyai tabiat mengidam makanan yang tidak biasa. Kelopak mata, dasar kuku dan lidah juga mungkin kelihatan pucat.

Bagaimanakah anaemia dirawat?


Doktor anda akan berbincang dengan anda tentang pemakanan untuk memastikan anda makan cukup makanan yang betul, dan beliau juga mungkin mempreskripsikan pil zat besi.

Keburukan pil zat besi ialah walaupun ia boleh memperbaiki tahap zat besi dalam badan, ia juga mempunyai kesan sampingan yang kurang menyenangkan. Pil zat besi boleh menyebabkan sembelit dan masalah perut yang lain seperti loya, cirit-birit dan sakit perut. Meningkatkan pengambilan serat dalam diet semasa mengambil pil zat besi boleh membantu mengelakkan sembelit. Mengambil pil tersebut semasa waktu makan pula boleh membantu mengurangkan kesan sampingan yang lain.

Jika anda rasa kesan sampingan tersebut menjana masalah serius kepada anda, mintalah doktor anda mempreskripsikan jenama yang lain atau mengurangkan dos yang perlu anda ambil kerana dos yang rendah mungkin lebih baik daripada tidak mengambilnya langsung.

Atau anda boleh rujuk pada pakar nutrisi shaklee kami bagaimana cara untuk mengatasi masalah anemia memandangkan set mengandung shaklee adalah antara yang paling selamat untuk dimakan oleh ibu-ibu hamil.

Adakah anaemia yang saya alami ini menjejaskan kesihatan bayi saya?

Melainkan anda menghidap anaemia yang serius, anda tidak perlu bimbang mengenai bayi anda. Badan anda akan memastikan bahawa bayi mendapat jumlah zat besi yang diperlukannya sebelum anda mendapatnya. Oleh itu, anda akan kekurangan zat besi dahulu sebelum bayi anda. Bayi anda menggunakan bekalan zat besi paling banyak dalam trimester kedua dan ketiga kehamilan, oleh itu, masa inilah anda perlu lebih menjaga diri sendiri.


Sumber : http://www.babycenter.com.my/a25006493/anaemia-kekurangan-zat-besi
Tips Mengatasi Rasa Tertekan Bagi Suri Rumah Tangga
Manusia semakin sibuk dimana-mana demi mencapai kepuasan diri. Begitu juga bagi suri rumah tangga, dunia yang semakin mencabar pada hari ini ditambah dengan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan kaum wanita yang tidak bekerja mencari rezeki hanya dengan klik-klik [berniaga online] sahaja dari rumah.

Sama macam makcik gak, hari-hari sibuk dengan kerja di pejabat. Bayangkan bila pegawai atasan kita ada 6 orang tak ke naya? Nasib bos-bos memahami. Al-maklumlah bos makcik semuanya lelaki. Tapi makcik bukan suri rumah ye, entry kali ni makcik nak tekankan kepada suri rumah di luar sana.

Rutin harian sebagai suri rumah tangga seperti menjaga bayi, menyediakan makanan, menguruskan suami, menguruskan rumah, pakaian, periuk belanga dan sebagainya memang menimbulkan rasa tekanan. Ditambah pula apabila si isteri berniaga online demi membantu suami mencari sesuap nasi.

Rasa-rasa hampir tidak mempunyai masa untuk berehat, meskipun sekadar nak meluruskan kaki. Terutama pada mereka yang baru memiliki anak sulung. Walhal berehat adalah perkara yang perlu dibuat bagi menghindarkan rasa tekanan.


Berikut adalah tips untuk mengatasi rasa tertekan seperti di bawah :

1.                 Menulis Diari

Cari masa atau tempat yang tenang dan mulalah menulis. Luahkan segala yang terbuku dalam diri. Ceritakan pengalaman, rancangan masa depan dan detik-detik indah bersama suami. Mungkin dengan cara ini boleh menimbulkan rasa gembira dan tenang dalam diri.



2.                 Bersenam Dengan Teratur

Bersenam sudah pasti memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh. Bersenam dapat mengurangkan rasa tertekan dan meningkatkan stamina.

Berdasarkan kajian, terbukti bahawa bersenam adalah cara terbaik untuk mengurangkan tekanan. Malah ia dapat memperbaiki aliran darah ke otak, menambah gelombang alfa pada otak yang berhubung dengan ketenangan, mengurangkan tekanan darah serta mengurangkan ketegangan otot.


Berjalan kaki pada petang hari juga sangat-sangat membantu. Sambil-sambil menyorong stroller, kita juga dapat menghirup udara segar. Sama ada kita lakukan sendirian atau bersama suami.



3.                  Mendengar Lagu Kegemaran


Memilih lagu kegemaran yang sesuai juga dapat mengatasi perasaan tertekan. Contohnya mendengar lagu-lagu yang dapat menaikkan semangat atau hanya muzik yang berentak sentimental, jazz atau sebagainya.



4.                 Ketawa

Pernah dengar ungkapan "ketawa penawar duka"? Dengan ketawa sahaja dapat merungkaikan perasaan gundah gulana. Macam mana nak ketawa? Pilih dan tonton filem komedi atau bergurau senda dengan suami, anak-anak, atau sedara mara.


Apabila kita ketawa, badan akan menghasilkan hormon untuk meredakan rasa tekanan.



5.                 Cipta Suasana Yang Menyenangkan


Jadikan rutin harian sebagai hari yang istimewa. Contohnya minum petang, memasak atau menyidai kain bersama suami. Sambil-sambil tu cuba berjenaka atau berbual-bual. Sedikit sebanyak dapat meringankan rasa tekanan juga.


6.                 Makan Makanan Yang Berkhasiat Yang Dapat Meningkatkan Mood.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 dan vitamin B12 boleh membuat mood menjadi lebih baik dan mengurangkan kemurungan. Selain itu, minyak ikan yang terdapat pada salmon, tuna dan beberapa jenis ikan air tawar, serta kekacang juga turut mengandungi asid lemak omega-3. Manakala vitamin B12 banyak terdapat pada makanan laut. Anda juga boleh mengambil supplemen seperti B-Complex Shaklee sebagai anti-stress.

Sementara itu, mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian disarankan untuk mengambil supplemen.



7.                  Cari Peluang Untuk Diri Sendiri

Luangkan masa untuk diri sendiri. Minta suami untuk mengambil alih tugas menjaga anak. Maka anda boleh berdandan, berurut atau ber'spa' dan meluangkan masa untuk mencantikkan diri. Perempuan memang sinonim dengan kecantikan, tidak dapat dinafikan lagi.


Selain itu mereka juga boleh mengambil peluang untuk melakukan aktiviti seperti bermain bowling, archery, menonton wayang atau menonton movie di rumah dan sebagainya. Yang penting nikmati masa sendirian anda. Kalau boleh hindarkan diri dari jadual atau rutin harian. Sekali sekala apa salahnya kan?


8.                 Hang out dengan Best Friend Forever

Kalau dulu semasa zaman anak dara, masa banyak dihabiskan bersama teman-teman. Apabila sudah berumahtangga sudah tentu masa banyak dihabiskan di rumah. Apa kata, call teman-teman anda dan nikmati masa bersama seperti bercerita apa sahaja sambil menghirup secawan kopi di mana-mana kopitiam.

Wanita akan merasa selesa, mendapat sokongan apabila bersama dengan kawan wanita. Malah mereka juga akan berkongsi kegembiraan, kejayaan dan kesedihan  dalam kehidupan seharian.




9.                 Tidur Siang


Mengantuk? Tidur sekejap untuk merehatkan minda dan tubuh badan. Selepas 20 minit, anda akan merasa segar dan bersemangat kembali. Pastikan diri anda betul-betul merasa selesa walaupun tidur sebentar.



10.            Melakukan hubungan intim


Kajian menunjukkan bahawa dengan melakukan hubungan intim ia dapat membendung rasa tekanan. Ia adalah rawatan yang amat baik dan luar biasa bagi menghilangkan rasa amarah dan tekanan. Ajaib bukan? Tapi hanya untuk pasangan yang berkahwin sahaja.


Selamat Mencuba!