Manusia semakin sibuk dimana-mana demi mencapai kepuasan diri. Begitu juga bagi suri rumah tangga, dunia yang semakin mencabar pada hari ini ditambah dengan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan kaum wanita yang tidak bekerja mencari rezeki hanya dengan klik-klik [berniaga online] sahaja dari rumah.

Sama macam makcik gak, hari-hari sibuk dengan kerja di pejabat. Bayangkan bila pegawai atasan kita ada 6 orang tak ke naya? Nasib bos-bos memahami. Al-maklumlah bos makcik semuanya lelaki. Tapi makcik bukan suri rumah ye, entry kali ni makcik nak tekankan kepada suri rumah di luar sana.

Rutin harian sebagai suri rumah tangga seperti menjaga bayi, menyediakan makanan, menguruskan suami, menguruskan rumah, pakaian, periuk belanga dan sebagainya memang menimbulkan rasa tekanan. Ditambah pula apabila si isteri berniaga online demi membantu suami mencari sesuap nasi.

Rasa-rasa hampir tidak mempunyai masa untuk berehat, meskipun sekadar nak meluruskan kaki. Terutama pada mereka yang baru memiliki anak sulung. Walhal berehat adalah perkara yang perlu dibuat bagi menghindarkan rasa tekanan.


Berikut adalah tips untuk mengatasi rasa tertekan seperti di bawah :

1.                 Menulis Diari

Cari masa atau tempat yang tenang dan mulalah menulis. Luahkan segala yang terbuku dalam diri. Ceritakan pengalaman, rancangan masa depan dan detik-detik indah bersama suami. Mungkin dengan cara ini boleh menimbulkan rasa gembira dan tenang dalam diri.



2.                 Bersenam Dengan Teratur

Bersenam sudah pasti memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh. Bersenam dapat mengurangkan rasa tertekan dan meningkatkan stamina.

Berdasarkan kajian, terbukti bahawa bersenam adalah cara terbaik untuk mengurangkan tekanan. Malah ia dapat memperbaiki aliran darah ke otak, menambah gelombang alfa pada otak yang berhubung dengan ketenangan, mengurangkan tekanan darah serta mengurangkan ketegangan otot.


Berjalan kaki pada petang hari juga sangat-sangat membantu. Sambil-sambil menyorong stroller, kita juga dapat menghirup udara segar. Sama ada kita lakukan sendirian atau bersama suami.



3.                  Mendengar Lagu Kegemaran


Memilih lagu kegemaran yang sesuai juga dapat mengatasi perasaan tertekan. Contohnya mendengar lagu-lagu yang dapat menaikkan semangat atau hanya muzik yang berentak sentimental, jazz atau sebagainya.



4.                 Ketawa

Pernah dengar ungkapan "ketawa penawar duka"? Dengan ketawa sahaja dapat merungkaikan perasaan gundah gulana. Macam mana nak ketawa? Pilih dan tonton filem komedi atau bergurau senda dengan suami, anak-anak, atau sedara mara.


Apabila kita ketawa, badan akan menghasilkan hormon untuk meredakan rasa tekanan.



5.                 Cipta Suasana Yang Menyenangkan


Jadikan rutin harian sebagai hari yang istimewa. Contohnya minum petang, memasak atau menyidai kain bersama suami. Sambil-sambil tu cuba berjenaka atau berbual-bual. Sedikit sebanyak dapat meringankan rasa tekanan juga.


6.                 Makan Makanan Yang Berkhasiat Yang Dapat Meningkatkan Mood.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 dan vitamin B12 boleh membuat mood menjadi lebih baik dan mengurangkan kemurungan. Selain itu, minyak ikan yang terdapat pada salmon, tuna dan beberapa jenis ikan air tawar, serta kekacang juga turut mengandungi asid lemak omega-3. Manakala vitamin B12 banyak terdapat pada makanan laut. Anda juga boleh mengambil supplemen seperti B-Complex Shaklee sebagai anti-stress.

Sementara itu, mereka yang mengamalkan pemakanan vegetarian disarankan untuk mengambil supplemen.



7.                  Cari Peluang Untuk Diri Sendiri

Luangkan masa untuk diri sendiri. Minta suami untuk mengambil alih tugas menjaga anak. Maka anda boleh berdandan, berurut atau ber'spa' dan meluangkan masa untuk mencantikkan diri. Perempuan memang sinonim dengan kecantikan, tidak dapat dinafikan lagi.


Selain itu mereka juga boleh mengambil peluang untuk melakukan aktiviti seperti bermain bowling, archery, menonton wayang atau menonton movie di rumah dan sebagainya. Yang penting nikmati masa sendirian anda. Kalau boleh hindarkan diri dari jadual atau rutin harian. Sekali sekala apa salahnya kan?


8.                 Hang out dengan Best Friend Forever

Kalau dulu semasa zaman anak dara, masa banyak dihabiskan bersama teman-teman. Apabila sudah berumahtangga sudah tentu masa banyak dihabiskan di rumah. Apa kata, call teman-teman anda dan nikmati masa bersama seperti bercerita apa sahaja sambil menghirup secawan kopi di mana-mana kopitiam.

Wanita akan merasa selesa, mendapat sokongan apabila bersama dengan kawan wanita. Malah mereka juga akan berkongsi kegembiraan, kejayaan dan kesedihan  dalam kehidupan seharian.




9.                 Tidur Siang


Mengantuk? Tidur sekejap untuk merehatkan minda dan tubuh badan. Selepas 20 minit, anda akan merasa segar dan bersemangat kembali. Pastikan diri anda betul-betul merasa selesa walaupun tidur sebentar.



10.            Melakukan hubungan intim


Kajian menunjukkan bahawa dengan melakukan hubungan intim ia dapat membendung rasa tekanan. Ia adalah rawatan yang amat baik dan luar biasa bagi menghilangkan rasa amarah dan tekanan. Ajaib bukan? Tapi hanya untuk pasangan yang berkahwin sahaja.


Selamat Mencuba!

No comments