no image
Bila tengok gambar baby teringat pengalaman masa bersalin tiga tahun yang lalu. Pengalaman bersalin anak pertama sangat mudah, Alhamdulillah dapat bersalin normal dan baby dapat pulang ke rumah tanpa ada masalah. Muhammad Afif Safwan dilahirkan pada 19 September 2011 [35/36 minggu] pada jam 5.04 pagi dengan berat 2.3 kilogram. Tubuh dia sangat comel, rasa takut nak pegang. Cuma pada hari kelima, Afif diminta check darah di Klinik Anika, Klang kerana jaundis. Masa tu hati ibu mana yang tidak sedih apabila melihat anak kecil yang baru lahir dimasukkan semula ke hospital. Sedih sangat bila tengok kaki kecil yang comel dicucuk dengan jarum. Kalau kita yang besar ni pun dah rasa sakit, apatah lagi anak kecil.

Afif ditahan wad tidak lama, hanya sehari sahaja. Walau sehari rasa macam setahun je. Makcik bukan suka duduk kat hospital lelama. Naik kematu jiwa, rasa sakit sepanjang masa.
Okay tu kisah Afif, sekarang pun afif dah tiga tahun lebih. Semakin kuat makan, semakin sihat, semakin petah bercakap, ada saja ngomelan dia dan semakin bijak. Syukur tak terkata pada yang Maha Esa atas kurniaan Nya.

Berbalik pada tajuk, yang saya nak ceritakan adalah kisah Nicha. Saya tidak menyangka akan mengandungkan Nicha ketika Afif berusia 4 bulan. Terkejut sangat, rasa macam tak percaya dan tak bersedia untuk mengandung lagi. Namun saya tetap redha, mungkin ini ketentuan tuhan. Kata orang sudah rezeki, elok lah mengandung masa muda-muda ni.

Perjalanan selama mengandungkan nicha tidak ada banyak masalah, cuma apabila masuk lima bulan saya dapati ada cecair keputihan tidak berbau yang sangat likat keluar dari faraj. Masa tu saya fikir ia tidak lah serius. Sampai lah usia kandungan saya tujuh bulan saya terjumpa satu artikel dah tak ingat kat mana, mengenai bahaya keputihan. Lepas dari baca artikel tersebut saya menggesa suami saya untuk check up di Hospital Bersalin UMRA Shah Alam. Kebetulan saya memang merancang untuk bersalin Nicha di UMRA.

Saya mengadu pada doktor yang keputihan sering keluar dari faraj. Doktor terus ambil sampel untuk bawa ke makmal. Seminggu selepas itu, Hospital Bersalin UMRA call saya untuk memberitahu keputusan sampel sudahpun keluar, mereka meminta saya untuk datang ke UMRA berjumpa dengan doktor. Berita yang saya terima adalah berita yang kurang baik, saya disahkan jangkitan GBS positive atau nama penuhnya Group B Streptococcus.

Apa itu Group B Streptococcus?

Group B Streptococcus atau GBS, adalah salah satu daripada pelbagai jenis bakteria yang biasanya hidup di dalam badan manusia. Kira-kira satu per tiga daripada kita "membawa" GBS di dalam usus tanpa kita sedari. 

Kira-kira ¼ daripada wanita mempunyai GBS di dalam faraj mereka. Kebanyakan wanita tidak mengetahui bahawa mereka dijangkiti GBS kerana biasanya ia tidak mendatangkan masalah atau menunjukkan simptom-simptom tertentu.

Walau bagaimanapun, dalam kes-kes yang jarang berlaku, GBS boleh menyebabkan penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian kepada bayi yang baru lahir. Walaupun kes-kes ini luar biasa, GBS merupakan punca jangkitan yang teruk kepada bayi yang baru dilahirkan, terutamanya pada minggu pertama selepas kelahiran (dikenali sebagai jangkitan permulaan awal).

[sumber : babycenter.com]

Mula bimbang rasa nak beranak dah.

Bila dapat tau mengenai jangkitan ini saya mula bimbang dengan nasib Nicha yang ketika itu masih dalam kandungan. Doktor mengesyorkan untuk bersalin secara ceaserean kerana risiko diserang jangkitan amat rendah berbanding normal. Namun sekiranya saya memilih untuk bersalin normal, 2 jam sebelum kelahiran saya perlu disuntik antibiotik. Walaubagaimana pun doktor sekali lagi menegaskan bahawa risiko bersalin normal sekiranya tidak sempat untuk memasukkan antibiotik ke dalam badan akan menyebabkan jangkitan pada bayi.


Hati mula resah menghitung hari. Fikiran bercelaru, akhirnya saya buat keputusan untuk minta second opinion di hospital kerajaan. Belum pun sempat nak minta pendapat dari doktor kerajaan tiba-tiba tanda darah mula muncul pada usia kandungan mencecah 33 minggu.

Panik!

Rasa belum sampai lagi due bersalin. Arghh! Takut! Saya terus mengadu dengan mak. 

Apa perasaan mak pada masa itu? Apa akan terjadi pada kandungan saya? Adakah saya bersalin secara ceaserean atau normal?

Bersambung ke part 2.



Alfalfa Shaklee Raja Segala Tumbuhan
“Alfalfa?”

“Apa tu alfalfa ek?”

Di Amerika Utara dan Australia ia dikenali dengan nama alfalfa atau saintifiknya medicago sativa. Manakala di UK, Afrika Selatan dan New Zealand nama yang selalu digunakan adalah Lucerne.

Alfalfa adalah sejenis tumbuhan herba dan ia biasanya boleh hidup 4 hingga 8 tahun malah sehingga 20 tahun bergantung kepada iklim. Alfalfa juga tumbuh dengan ketinggian sehingga 1 meter dan mempunyai sistem akar yang dalam, menjadikan ia sangat berdaya tahan. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Gambar ilustrasi menunjukkan akar tunjang alfalfa menjalar jauh ke dalam berbeza dengan akar dari pokok jagung.



Perbezaan Alfalfa Complex Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya di tanam secara orgnaik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan baja yang bebas dari kimia. Untuk memastikan produk yang berkualiti, tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Kemudian apabila  daun alfalfa yang telah matang ianya akan dituai. Kenapa perlu tunggu matang baru dituai? Ini kerana hanya daun yang matang sahaja kaya dengan sumber klorofil.

Kemudian daun-daun ini dikeringkan terlebih dahulu dengan udara secara semulajadi untuk mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahan-bahan yang tidak penting tidak akan diambil. Daun-daun yang kering ini akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dipadatkan dalam bentuk tablet. Kesemua proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee dengan begitu ketat dan teliti.

Kebaikan Alfalfa Untuk Kesihatan

Herba alfalfa telah lama digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun terutama. Antara nutrisi dan zat yang terdapat di dalam alfalfa ialah ianya kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Pengambilan 10 biji alfalfa sehari bersamaan dengan segelas susu”

Antara manfaat alfalfa untuk kesihatan ialah:-

Mencuci Hati, Darah dan Usus – Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan berasid, menyingkirkan toksin, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Melawan Alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

Baik Untuk Kesihatan Usus dan Perut – Memperbaiki masalah sistem penghadaman badan seperti kembung, ulser, gastrik, hyperacidity serta sembelit.

Menyingkirkan Lemak dan Kolestrol – Terdapat kajian menunjukkan pengambilan alfalfa dalam jangka masa yang panjang dapat mengurangkan pembentukan lemak di dalam badan, mengurangkan paras kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok serta darah tinggi. Ini kerana alfalfa mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat untuk menyerap kolestrol.

Melawan Kanser – Alfalfa bertindak meningkatkan alkali di dalam badan untuk memperbaiki sel-sel kanser dan tumor dengan memakan 30-50 tablet.

Melegakan Keletihan – Antra kumpulan vitamin yang terdapat di dalam alfalfa ialah vitamin B1, B2, B3, B5, B6 untuk melegakan keletihan badan

Mencegah / Merawat atritis – Oleh kerana sumber kalsium di dalam alfalfa sangat tinggi ianya dapat mengurangkan kelegaan sakit atritis




Vivix Tonik Ajaib Tak Elok Kalau Tak Amalkan
Shaklee telah memperkenalkan Vivix, produk supplemen revolusionari anti-penuaan dalam pertarungan melawan penuaan pada tahap sellular.

Tahukah anda lebih 1 juta botol Vivix telah pun dijual!!

Vivix merupakan supplemen anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee Syarikat No. 1 supplemen makanan di Amerika.

Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisma penting penuaan pada tahap sellular.

Empat mekanisma penuaan pada tahap sellular :




1.     Kerosakan DNA - Setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pengkalan data genetik, menghasilkan 'typo' (kesilapan dari yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel.


2.     Pengawalan Genetik - Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.


3.      Meningkatkan penghasilan tenaga - Mitochandria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan pembentukan baru mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel.


4.             Mencegah penghasilan protin AGE - Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protin AGE di mana penghasilan protin AGE yang berlebihan dapat merosakkan dan mengganggu sel.




Vivix adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Ia mengandungi campuran unik semulajadi iaitu Muscadine Grape, Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix telah terbukti membantu menyelesaikan masalah penyakit-penyakit serius, antaranya :


Diabetes

Kolestrol tinggi

Penyakit Kardiovaskular (Jantung)

Tekanan Darah Tinggi

Alzheimer atau nyanyuk

Arthritis, Osteoporosis, Masalah sendi dan tulang

Gout

Letih

Metabolisme badan RENDAH (antara sebab sukar turun
berat badan)

Masalah kulit dan bintik penuaan (kedut)

Kanser dan tumor

Katarak dan masalah mata

Masalah saraf

Lemah imun tahan daya badan - lambat sembuh









Vita-Lea For Children Vitamin Untuk Kanak-Kanak
Saya sangat teruja bila Shaklee memperkenalkan new and improved Vita Lea for children pada bulan Januari 2015. Selama ni saya hanya mampu tengok dalam gambar dek kerana multivitamin tersebut sedang ditambahbaik kandungannya. Jadi saya takkan sia-sia kan peluang tersebut untuk membelinya nanti.

Okay bercakap tentang multivitamin kanak-kanak, berapa ramai kanak-kanak diluar sana yang memakan makanan seimbang? Rata-rata seawal 1 tahun mereka didedahkan dengan makanan yang tidak sihat seperti junk food. Si kecil saya sendiri memang suka makan coklat dan gula-gula. Malah jajan pun dorang pantang tengok. Nampak je jajan di pasaraya bukan main minta! Adakah anda rasa nutrien dalam badan mereka mencukupi?

Nak tak nak sebagai ibu, saya kena juga elakkan mereka dari memakan makanan sebegini. Bukan apa kalau dah makan junk food, nanti mereka refused untuk makan nasi pula. Jadi gejala camni tidak patut dipandang ringan kerana kalau anda semua tau makanan yang diproses itu sendiri mempunyai bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan.

Bak kata pepatah saya sendiri [pepatah ke? Eh eh eh!] apabila melihat Afif memakan jajan, “ Makan jajan macam makan nasi ”. Pasti anda semua tak nak melihat anda seperti itu kan? So do i! Tak nak sembang kosong je, meh saya memperkenalkan suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea® for Children Chewable dirumus khas bagi memenuhi keperluan 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh anak-anak anda.




√ Sumber kalsium pembina tulang baik untuk kesihatan.

√ Bekalan harian untuk vitamin B dipenuhi dengan kebaikan tulen.

√ Vita-Lea® for Children Chewable adalah multivitamin kunyah disahkan halal untuk kanak-kanak.

√ Dipenuhi dengan 19 nutrien penting dan menyediakan 100% nilai harian vitamin C.

√ Vita-Lea® for Children Chewable kini mempunyai lebih vitamin D – 600 IU setiap hidangan, yang 150% nilai harian serta memiliki kalsium, magnesium, dan banyak lagi untuk membantu tulang sokongan yang kuat dan badan yang sihat.


√ Dengan perisa yang enak, Vita-Lea® for Children Chewable adalah pasti menyeronokkan.

Amalkan pemakanan yang seimbang,



Dan jauhi anak anda dari makanan yang tidak sihat.



no image
Semenjak kebelakangan ini saya selalu berfikir tentang pemakanan yang baik dan seimbang untuk anak-anak saya. Bagaimana caranya saya ingin mengajar mereka untuk memakan makanan yang sihat?
Seperti yang anda tahu, kanak-kanak paling cerewet dalam soal makanan, jika tidak diajar ketika kecil kemungkinan besar mereka akan terbiasa apabila dewasa kelak.
Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak dapat membesar dan kekal sihat.
Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat. Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.

1.                  Gunakan Maklumat Yang Positif
Beritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti Yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.
2.                Tumpukan Kepada Pemilihan Makanan Yang Kaya Dengan Nutrien
Sentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:
ü  Buah-buahan pelbagai warna sebagai snek berbanding gula-gula.
ü  Sayur-sayuran beraneka warna.
ü  Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.
ü  Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
ü  Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
ü  Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain ayam, daging dan ikan.
3.                Tetapkan Peraturan Makanan Keluarga
Kanak-kanak lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan gula.
Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti memesan air buah-buahan atau air kosong.
4.                Jadi Contoh Yang Baik
Kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.
Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.
5.                 Masak Bersama
Kanak-kanak lebih teruja dan berminat untuk mengambil makanan sihat apabila mereka diberi peluang untuk menyediakan makanan. Libatkan mereka semasa menyediakan hidangan. Benarkan mereka menambah apa yang mereka gemar dalam makanan mengikut kreativiti mereka. Adakan sesi permainan masak-memasak bersama kawan-kawan mereka atau pergi ke kelas masakan bersama mereka.
6.                Membeli Makanan Bersama
Libatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.
7.                 Bincang Berkenaan Pilihan Makanan Sihat
Selalulah berbincang dengan anak anda berkenaan pemilihan makanan dan mengapa pemakanan sihat itu penting untuk pembelajaran dan menjadi lebih aktif di sekolah. Sama ada di restoran makanan segera, kantin sekolah atauvending machine, galakkan mereka untuk memilih makanan yang berkhasiat seperti minuman bersusu atau jus buah-buahan berbanding minuman berkarbonat, dan sandwich berbanding keropok kentang. Jelaskan kepada mereka bahawa anda selalu memilih makanan berkhasiat apabila membeli barangan dapur atau apabila makan di luar.
8.                Pastikan Makanan Berkhasiat Mudah Diperoleh
Sediakan bekalan makanan berkhasiat di rumah. Ini termasuklah pelbagai buah-buahan seperti pisang, jambu batu, epal dan oren serta sayur-sayuran yang boleh dimakan mentah seperti salad, timun dan tomato (tidak ramai anak-anak yang makan sayur mentah) dan susu rendah lemak atau susu berperisa, keju, yogurt, snek bijirin penuh atau rendah lemak dan biskut bergula. Ingatkan anak anda bahawa mereka boleh memilih makanan ini jika mereka lapar dan memerlukannya dalam keadaan tergesa-gesa.
9.                Jadikan Waktu Makan Sebagai Waktu Bersama-Sama Keluarga
Jadikan waktu makan sebagai waktu yang penting untuk semua ahli keluarga. Waktu makan bersama-sama tidak hanya tertumpu pada waktu makan malam, ia boleh juga pada sebarang waktu makan yang sesuai dengan anda.
Makan bersama-sama mampu menggalakkan pemakanan sihat. Libatkan anak semasa merancang dan menyediakan makanan. Ini akan membantu mereka belajar mengenai  kepentingan memilih makanan berkhasiat dan makan bersama-sama.

Sumber : myhealth.gov.my
Promosi Shaklee Januari 2015 : Vivix, Alfalfa & Vitalea For Children

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kita sudah pun memasuki tirai baru, sempena tahun baru 2015 ini shaklee telah menawarkan promosi bagi 3 produk iaitu Vivix, Alfalfa Complex dan Vita Lea For Children. 

Vivix [RP : RM2,850/6 Botol] 

Cash Rebate

Free Membership

Free Shipping

Exclusive consultation with nutritionist



Vivix Twin Pack [RP : 902.50/2 Botol]



Alfalfa (L) [RP : RM582.00/6 botol]



Alfalfa (L) Twin Pack [RP : RM184.30/2 Botol]




Alfalfa (S) [RP : RM318.00/6 Botol]



Alfalfa (S) Twin Pack [RP : RM100.70/2 Botol]




Vita Lea For Children [RP : RM333/3 Botol]


Untuk konsultasi secara eksklusif sila hubungi saya.