“Alfalfa?”

“Apa tu alfalfa ek?”

Di Amerika Utara dan Australia ia dikenali dengan nama alfalfa atau saintifiknya medicago sativa. Manakala di UK, Afrika Selatan dan New Zealand nama yang selalu digunakan adalah Lucerne.

Alfalfa adalah sejenis tumbuhan herba dan ia biasanya boleh hidup 4 hingga 8 tahun malah sehingga 20 tahun bergantung kepada iklim. Alfalfa juga tumbuh dengan ketinggian sehingga 1 meter dan mempunyai sistem akar yang dalam, menjadikan ia sangat berdaya tahan. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”. Gambar ilustrasi menunjukkan akar tunjang alfalfa menjalar jauh ke dalam berbeza dengan akar dari pokok jagung.



Perbezaan Alfalfa Complex Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya di tanam secara orgnaik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan baja yang bebas dari kimia. Untuk memastikan produk yang berkualiti, tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Kemudian apabila  daun alfalfa yang telah matang ianya akan dituai. Kenapa perlu tunggu matang baru dituai? Ini kerana hanya daun yang matang sahaja kaya dengan sumber klorofil.

Kemudian daun-daun ini dikeringkan terlebih dahulu dengan udara secara semulajadi untuk mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahan-bahan yang tidak penting tidak akan diambil. Daun-daun yang kering ini akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dipadatkan dalam bentuk tablet. Kesemua proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee dengan begitu ketat dan teliti.

Kebaikan Alfalfa Untuk Kesihatan

Herba alfalfa telah lama digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun terutama. Antara nutrisi dan zat yang terdapat di dalam alfalfa ialah ianya kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Pengambilan 10 biji alfalfa sehari bersamaan dengan segelas susu”

Antara manfaat alfalfa untuk kesihatan ialah:-

Mencuci Hati, Darah dan Usus – Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan berasid, menyingkirkan toksin, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Melawan Alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

Baik Untuk Kesihatan Usus dan Perut – Memperbaiki masalah sistem penghadaman badan seperti kembung, ulser, gastrik, hyperacidity serta sembelit.

Menyingkirkan Lemak dan Kolestrol – Terdapat kajian menunjukkan pengambilan alfalfa dalam jangka masa yang panjang dapat mengurangkan pembentukan lemak di dalam badan, mengurangkan paras kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok serta darah tinggi. Ini kerana alfalfa mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat untuk menyerap kolestrol.

Melawan Kanser – Alfalfa bertindak meningkatkan alkali di dalam badan untuk memperbaiki sel-sel kanser dan tumor dengan memakan 30-50 tablet.

Melegakan Keletihan – Antra kumpulan vitamin yang terdapat di dalam alfalfa ialah vitamin B1, B2, B3, B5, B6 untuk melegakan keletihan badan

Mencegah / Merawat atritis – Oleh kerana sumber kalsium di dalam alfalfa sangat tinggi ianya dapat mengurangkan kelegaan sakit atritis




No comments