Kita bergantung kepada sistem pertahanan badan (sistem imun) yang mempertahankan badan kita secara semula jadi daripada dijangkiti kuman, bakteria dan virus.

Namun mengekalkan sistem imun yang sihat pada zaman yang serba moden ini sangat mencabar. Terutamanya yang tinggal di bandar, mereka sering lepak lewat malam sehingga kurang tidur, tidak bersenam, makan makanan yang diproses dan mengalami tekanan hidup merupakan antara faktor-faktor yang melemahkan sistem pertahanan yang mana kesannya membuatkan kita terdedah kepada masalah kesihatan.

Terdapat banyak penyelidikan menunjukkan yang tekanan hidup dari segi mental dan fizikal boleh melemahkan sistem imun.

Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda baca :

1.      Menjelang 2017 peluang anda mendapat kanser dijangka melebihi 50 peratus

2.  Kematian disebabkan penyakit berjangkit bertambah dua kali ganda dalam masa sedekad lalu

3.     Kematian disebabkan penyakit berjangkit antara usia 25 hingga 44 tahun telah meningkat enam kali ganda

4.     Sejuta orang mati setiap tahun kerana keracunan makanan

5.   50,000 tan antibiotic digunakan setiap tahun di seluruh dunia ke atas manusia, haiwan dan tumbuhan

6.     Satu dalam nisbah tiga orang menghidap alergi

7.     Kita mula mengalami secara purata tiga kali selesema dalam setahun

Apakah yang boleh anda lakukan? Berdiam diri dan berpeluk tubuh, membiarkan sahaja tubuh terdedah kepada ancaman atau mencari satu solusi kesihatan?

Sikap gemar bergantung kepada ubat apabila diserang penyakit seharusnya sudah lama ditinggalkan. Ini kerana sebagaimana yang kita tahu, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Dari mana datangnya virus, kuman dan mikrob?

Kita sentiasa terdedah kepada beribu jenis mikrob (sejenis organism kecil yang hanya dapat dilihat dengan mikroskop) melalui pernafasan (hawa dingin, gas buangan, asap, virus diudara, habuk), berjabat tangan, sentuhan dengan objek (perabot, habuk hama pada selimut, pengangkutan awam, peluh, air), makanan, latihan fizikal, persekitaran kerja dan lain-lain.

Bagaimana mikrob menjejaskan kita?

Apabila banyak kuman dan mikrob menyerang kita, terutama sekali apabila tubuh kita kekurangan interferon dan sel-sel imun, kita akan cepat keletihan, stress, tidur terganggu atau dijangkiti selesema, batuk, alergi, lelah, eczema, jerawat dan sebagainya.

Sel-sel yang teroksidasi dan tidak sihat membentuk lebih banyak radikal bebas yang seterusnya mengakibatkan penyakit kronik, kanser dan lain-lain.

Cadangan produk untuk tingkatkan sistem imun secara semulajadi?

1. Nutriferon – menguatkan sistem imun dengan menggalak penghasilan interferon semula jadi dalam badan.

2. Vitamin C – membantu sel darah putih menentang bacteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun. Juga mempertingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selesema.

3. Garlic – Antibiotik yang selamat dan semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkan sistem imun, menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai produk, sila hubungi saya di talian yang tertera :


No comments