Assalamualaikum,

Pagi ni saya ada rutin harian check up mengandung di Klinik Desa.

Dari malam tadi lagi rasa resah sebab takut hb low lagi. Mana tak nya dalam beberapa minggu lepas saya memang tak jaga pemakanan. Semua pantang saya langgar. Minum air kopi, milo dan makan coklat. Hb saya dari 12 turun jadi 10!

Kalau turun lagi anemia la jawabnya. Tak nak ulang kisah masa mengandung cik nicha dulu.
Hb low sesangat, asyik 10 je. Bila nurse tanya, "makan tak vitamin yang saya bagi?" Saya jawab mesti lah makan. Tapi ntah macam takde perubahan pun.

Macam mana nak naikkan hb untuk ibu hamil?

Jadi nasihat saya, jagalah pemakanan anda. Bahaya tau kalau kena anemia masa mengandung.

Tahu tak yang kopi, milo serta coklat mengandungi kafein? Ia boleh menghalang penyerapan zat besi dalam badan. Sebab tu kalau makan vitamin pun tak jalan kalau pemakanan kita tak jaga.

Sayur dengan buah-buahan pun penting. Kena banyak makan sayur dan buah. Terutamanya yang mengandungi kandungan zat besi. Kemudian disertai dengan buah-buahan yang kaya dengan vitamin c supaya membantu penyerapan zat besi dalam badan.

Okay, saya nak cerita macam mana hb saya dari 10 naik kepada 12.6. 

Saya memang jaga makan saya start saya dapat tau hb sy rendah masa check up pada 29 April 2015 yang lalu.

Saya mula banyak makan buah dan sayur. Vitamin juga saya tak tinggal makan. Saya tak makan vitamin yang Klinik Desa bagi. Saya hanya makan vitamin Shaklee sahaja.

Setiap hari saya ambil Vitalea dengan Vitamin C. Lepas tu setiap hari saya makan kurma. Malam sehari sebelum saya check up, saya makan banyak sayur bayam. Hubby saya kata sepatutnya dah lama kena makan bayam tu, dia siap tanya lagi "ada efek ke makan bayam hari ni esok hb naik?" Hehehe. Kelakar plak rasa.


Lepas makan malam, saya terus telan Vitalea dengan Vitamin C dengan harapan naiklah hb saya esok pagi.

Alhamdulillah, nurse yang amik darah saya pun berpuas hati dengan kenaikan hb saya kali ni. Best sangat rasa, syukur. Lepas ni saya akan terus amalkan Vitalea  dengan Vitamin C sepanjang tempoh kehamilan saya ni. Tak perlu susah-susah nak pergi farmasi cari pil tambah darah lagi.



Kalau anda nak tau Vitalea shaklee mudah sangat diserap dalam badan. Hanya dalam beberapa saat saja dia terurai. Manakala Vitamin C pulak akan absorb dalam badan secara perlahan-lahan dalam tempoh 5 jam. Sebab tu nama dia Sustained Release.

Memang sangat-sangat berpuas hati.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi saya di talian tertera :



No comments