Hi semua,

Alhamdulillah kandungan dah masuk 19 minggu hari ni. Kejap je rasa, pejam celik dah nak masuk 5 bulan.

Berdebar?

Mesti ada sebab bakal berjumpa dengan orang baru, tak sabar rasanya.

Risau?

Hmmm, saya banyak berzikir untuk hilangkan rasa kerisauan dalam hati. Selalu berdoa kandungan akan selamat dan sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Saya pernah bermimpi telah melahirkan baby boy. Tapi saya tak pasti bagaimana rupa bayi tersebut. Hanya nampak bercahaya.

Takut bukan?

Ya saya memang takut. Lepas saya sedar dari tidur terus saya pegang perut seperti mencari-cari sesuatu. Setiap hari setiap masa setiap saat saya akan teringat-ingat akan mimpi tersebut.

Sehinggalah saya berjumpa seorang ustaz yang secara kebetulan semasa menghadiri kursus anjuran pejabat, tempat saya bekerja. Ustaz meminta saya supaya banyak berdoa kepada Allah s.w.t.

Namun kebimbangan saya tidak berakhir disitu. Nak jadi cerita ketika check up di Klinik Desa Kampung Jawa pada 29 April 2015 baru-baru ini. Nurse meminta saya untuk berbaring di atas katil. Kebiasaan nurse-nurse kat sini panggil check perut.

Check perut tu macam mana?

Check perut tu sebenarnya nak ukur ketinggian rahim dan nak dengar bunyi denyutan jantung baby. Lama jugak nurse tu cuba cari denyutan baby. Agak-agak korang dia jumpa tak? Jangan kata jumpa, saya sendiri yang baring pun tak dengar. Apalagi cuak la saya, terus saya tanya dengan nurse tu.

"Macam mana?"

"Emm maybe baby kecik lagi, sebab tu tak dengar bunyi heartbeat. Takpe kita tunggu kandungan besar sikit lepas tu kita check balik"

Dengan pasrah saya redha dengan jawapan nurse tersebut. Lalu saya pulang dengan hati yang gundah gulana. Tapi saya tetap yakin yang baby saya selamat.

Hari demi hari, siang dan malam bersilih ganti. Saya nyatakan hasrat pada suami untuk buat scan. Sebab sehingga kandungan mencecah 18 minggu saya masih tidak merasa gerakan baby. Ditambah pula dengan cerita-cerita yang saya dengar dari kawan-kawan membuatkan hati semakin tidak selesa.

Suami pun setuju untuk bawa saya ke Klinik Husna, doktor kegemaran saya. Pada mulanya doktor tidak mahu membuat scan memandangkan saya perlu datang scan pada kandungan berusia 20 minggu. Namun apabila saya mula terangkan yang saya tidak merasa gerakan baby,  dan doktor pun terus scan perut saya.

Alangkah leganya hati saya, bila melihat si kecil aktif bergerak di dalam perut. Syukur alhamdulillah. Tersenyum lebar muka saya.

Doktor jadi hairan macam mana saya tak boleh rasa gerakan baby sedangkan baby sangat aktif. Kaki dan tangan bergerak-gerak.

Jadi doktor pun buat kesimpulan, kemungkinan perut saya tebal. Tebal pun tebal lah doktor janji baby selamat.

Hehehe, dah lali dengan orang kata perut saya tebal. Rasa-rasa mau 44 kali orang cakap perut saya tebal.

Nahh amik kau! Betul tebal jadinya.

Jadi pada ibu-ibu di luar sana. Jangan risau dan jangan bimbang. Pergerakan baby kebiasaanya akan dapat dirasa pada usia kandungan 14 minggu paling awal sehingga 20 minggu. Bergantung pada ibu, tidak semua ibu akan merasai pergerakan baby pada 14 minggu. Sama ada cepat atau lambat. Namun ia juga tidak patut dipandang remeh, kerana apabila kita dapat merasai pergerakan baby dalam perut. Ini menandakan baby kita sihat.

Till next time.

No comments