Shaklee National Conference 2014/2015 : Part 3
Hi semua,


Kali ni takde apa dah nak cerita pasal Shaklee National Conference 2014/2015, cuma saya just nak share sikit apa yang saya dapat masa saya di sana.



Siapa yang tak pergi memang rugi lah kan, sebab kali ni Shaklee berikan door gift yang memang super best!



Haa amik penuh bonet kereta, hehe~!



Yang panjang-panjang warna hijau tu payung, sempat merembat payung sebelum balik. Yang lebih-lebih tu kawan kirim. Payung shaklee ni bukan door gift ye, yang tu kena beli. Pastu saya sempat beli  tote bag dengan car sticker (takde dalam gambar).



So apa yang ada dalam setiap beg tu? 


Jeng
.
.
.
.
.
.

Jeng
.
.
.
.
.
.
Jeng
.
.
.
.
.
.

Haa inilah dia, tadaaa~




Best tak? Lepas ni kalau ada lagi event camni memang nak pergi lah. Ohh yaa btw, next NC dekat Sunway Convention Centre. Lagi lah kena pergi sebab agak dekat jugak dengan rumah.

Okay jangan jeles ye siapa yang tak dapat goodies ni. Byee~


Shaklee National Conference 2014/2015 : Part 2
Shaklee National Conference 2015 telahpun berakhir semalam, syabas dan tahniah kepada semua achievers!

Saya?

Inshallah tahun depan akan naik ke pentas yang sangat berprestij itu nanti. Amin~
Seperti yang saya janjikan, saya akan menceritakan suasana sepanjang berada di Shaklee NC 2015.

Seperti biasa saya akan bangun pagi untuk bersiap-siap ke MIECC, Seri Kembangan. Sesampainya saya di sana, saya agak terpegun melihat pintu masuk ke dalam Hall. Dengan sebesar-besar pintu gerbang seperti mengalu-alukan kedatangan kami.



Sebelah pintu masuk adalah registration counter untuk achievers dan participant. Saya dan adik daftar sebagai participant. Pada mulanya saya berniat untuk membawa suami untuk menyaksikan program tersebut, tapi beliau tidak dapat hadir kerana Sport Day Agrobank di Bangi. So bawak je lah adik dan anak-anak. Adik pun adiklah mana tau pintu hati dia terbuka nak Yes Shaklee jugak nanti.

Okay takmo lah cerita pasal Sport Day tu, berbalik pada Shaklee NC pulak.

Lepas daftar, saya dan adik berjalan-jalan di ruang legar. Ada Hall of Fame yang menempatkan gambar-gambar New Master Coordinators, Presidential Awards dan Master Coordinators Consistency. Sangat-sangat memberi inspirasi. Bila lah gambar saya nak terpampang kat situ nanti. Berangan mat jenin tapi biar sampai menjadi.



Selepas itu kami ke Sales Expo pula, dimana ada demonstration berkenaan dengan produk untuk Healthy Home – Get Clean Water Pitcher dan Get Clean Home (Laundry & Basic H). Malah ada juga kaunter untuk healthy body – boleh buat health check up bersama dengan nutritionist. Bagi mereka yang mementingkan kecantikan boleh melawat ke booth healthy beauty di mana menempatkan barisan produk Nutriwhite Skin Care. Kaunter yang paling hujung skali adalah kaunter untuk ambil barang seperti umbrella, tote bag, car sticker, shaker dan pill organizer. Tapi semua ni kena beli ye, bukan free tau.





Kami masih dalam misi jalan-jalan lagi, tiba-tiba saya ternampak Day Care Room di tingkat atas. Best kan? 1st time saya jumpa pergi conference boleh bawa anak kecik pastu nak letak anak dekat Day Care Room pun boleh. Tapi saya tak sempat nak tengok apa yang ada dalam tu, cuma ada dengar-dengar cerita yang dalam tu pihak Shaklee akan adakan aktiviti khas untuk kanak-kanak seperti mewarna dan sebagainya. So mak ayah boleh pergi ambil awards sementara anak boleh main-main dalam tu. Biasa budak-budak ni kan cepat bosan. Afif dan Nicha sendiri pun bosan duk dalam hall. Especially Si Nicha tu, merengek-rengek cari perhatian. Terpaksa la mak keluar ambil angin tak berapa nak sepoi-sepoi tu. Hahaha~



Okay apa lagi yang saya nampak kat ruang legar tu adalah minuman Cinch percuma untuk semua yang hadir. Adik mula-mula minum kata tak sedap, last-last dia yang minum banyak. Eh tiba-tiba suka lak dia, siap kata nak order buat stok bila duk rumah sewa next semester. So boleh lah dia kurus nanti. Cinch ni memang sesuai untuk orang yang nak kurus. Better beli set Healthy Fitness terus dalam set tu lengkap untuk mereka yang nak turunkan berat badan, nak fit dan menjaga kesihatan menyeluruh.

Okaylah sampai sini je, ada kerja yang perlu saya buat. Bersambung lagi dalam next entry : Shaklee National Conference Part 3.

Sebelum tu, nah nak belanja video sepanjang program berlangsung. Selamat menonton.




Shaklee National Conference 2014/2015 : Part 1
Assalamualaikum,

Demam Shaklee National Conference 2014/2015 datang lagi. Tahun ini Shaklee National Conference akan diadakan pada 5-7 Jun 2015 bertempat di MINES International Exhibition & Convention Centre, Seri Kembangan. 

Apa itu Shaklee National Conference?



Gambar Hiasan Shaklee National Conference 2013/2014 tahun lepas

Shaklee National Conference adalah hari penganugerahan untuk para SID shaklee yang berjaya meraih berbagai anugerah hasil dari usaha mereka sendiri. Biasanya anugerah ini akan diadakan setahun sekali. Semua SID shaklee berpeluang untuk menerima awards, tempoh masa untuk mereka melayakkan menerima awards adalah bermula dari bulan Mac 2014 hinggalah Februari 2015. 

Mereka yang layak bukan sahaja menerima trofi bahkan cash reward. Jumlahnya bergantung ada yang RM2500 dan ada yang RM50,000.00. Haa hamikk kauu! Banyak ke tak? dah boleh beli kereta nasional sebijik cash lagi atau boleh buat downpayment nak beli rumah.

Saya dah mula membayangkan diri saya bila berada di tempat mereka, mesti seronok! Mereka yang layak menerima awards akan diberikan luggage serta t-shirt dan penginapan di hotel bertaraf lima bintang! Wooww! Dah lah dapat awards, siap dapat tidur kat hotel dan ada makan lagi. 

Seronok ke tak seronok?

Kali ni saya cuma berpeluang untuk mengambil aura mereka-mereka yang berjaya. Nak serap aura orang berjaya ni kena rasa sendiri dan alami pengalaman tu depan mata. Alhamdulillah saya dan pun membeli dua tiket untuk menyaksikan sendiri acara gilang-gemilang itu nanti. Tahun lepas tak berpeluang sebab ada kelas, tapi saya sempat beli tiket untuk dapatkan goodies bag. Jangan tak tau, siapa yang hadir akan diberikan goodies bag shaklee. Dalam goodies bag pulak ada berisi produk shaklee serta baucer shaklee bernilai RM50. 

Ishh kita pulak yang tak sabar nak pergi, kali ni pergi tanpa menerima apa-apa awards. Tahun depan mana tau pergi dengan menerima awards pulak. Insyallah.


Okay sampai sini dulu, saya akan ceritakan pengalaman semasa berada di Shaklee National Conference 2014/2015 pada hujung minggu nanti.

Debaran terasa, gemuruh jiwa. Semangat membara!