Shaklee National Conference 2015 telahpun berakhir semalam, syabas dan tahniah kepada semua achievers!

Saya?

Inshallah tahun depan akan naik ke pentas yang sangat berprestij itu nanti. Amin~
Seperti yang saya janjikan, saya akan menceritakan suasana sepanjang berada di Shaklee NC 2015.

Seperti biasa saya akan bangun pagi untuk bersiap-siap ke MIECC, Seri Kembangan. Sesampainya saya di sana, saya agak terpegun melihat pintu masuk ke dalam Hall. Dengan sebesar-besar pintu gerbang seperti mengalu-alukan kedatangan kami.



Sebelah pintu masuk adalah registration counter untuk achievers dan participant. Saya dan adik daftar sebagai participant. Pada mulanya saya berniat untuk membawa suami untuk menyaksikan program tersebut, tapi beliau tidak dapat hadir kerana Sport Day Agrobank di Bangi. So bawak je lah adik dan anak-anak. Adik pun adiklah mana tau pintu hati dia terbuka nak Yes Shaklee jugak nanti.

Okay takmo lah cerita pasal Sport Day tu, berbalik pada Shaklee NC pulak.

Lepas daftar, saya dan adik berjalan-jalan di ruang legar. Ada Hall of Fame yang menempatkan gambar-gambar New Master Coordinators, Presidential Awards dan Master Coordinators Consistency. Sangat-sangat memberi inspirasi. Bila lah gambar saya nak terpampang kat situ nanti. Berangan mat jenin tapi biar sampai menjadi.



Selepas itu kami ke Sales Expo pula, dimana ada demonstration berkenaan dengan produk untuk Healthy Home – Get Clean Water Pitcher dan Get Clean Home (Laundry & Basic H). Malah ada juga kaunter untuk healthy body – boleh buat health check up bersama dengan nutritionist. Bagi mereka yang mementingkan kecantikan boleh melawat ke booth healthy beauty di mana menempatkan barisan produk Nutriwhite Skin Care. Kaunter yang paling hujung skali adalah kaunter untuk ambil barang seperti umbrella, tote bag, car sticker, shaker dan pill organizer. Tapi semua ni kena beli ye, bukan free tau.





Kami masih dalam misi jalan-jalan lagi, tiba-tiba saya ternampak Day Care Room di tingkat atas. Best kan? 1st time saya jumpa pergi conference boleh bawa anak kecik pastu nak letak anak dekat Day Care Room pun boleh. Tapi saya tak sempat nak tengok apa yang ada dalam tu, cuma ada dengar-dengar cerita yang dalam tu pihak Shaklee akan adakan aktiviti khas untuk kanak-kanak seperti mewarna dan sebagainya. So mak ayah boleh pergi ambil awards sementara anak boleh main-main dalam tu. Biasa budak-budak ni kan cepat bosan. Afif dan Nicha sendiri pun bosan duk dalam hall. Especially Si Nicha tu, merengek-rengek cari perhatian. Terpaksa la mak keluar ambil angin tak berapa nak sepoi-sepoi tu. Hahaha~



Okay apa lagi yang saya nampak kat ruang legar tu adalah minuman Cinch percuma untuk semua yang hadir. Adik mula-mula minum kata tak sedap, last-last dia yang minum banyak. Eh tiba-tiba suka lak dia, siap kata nak order buat stok bila duk rumah sewa next semester. So boleh lah dia kurus nanti. Cinch ni memang sesuai untuk orang yang nak kurus. Better beli set Healthy Fitness terus dalam set tu lengkap untuk mereka yang nak turunkan berat badan, nak fit dan menjaga kesihatan menyeluruh.

Okaylah sampai sini je, ada kerja yang perlu saya buat. Bersambung lagi dalam next entry : Shaklee National Conference Part 3.

Sebelum tu, nah nak belanja video sepanjang program berlangsung. Selamat menonton.




No comments