Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Susu Ibu Terbaik Untuk Si Manja Anda

Kelmarin saya check up di Hospital Besar Klang, sambil menunggu giliran ada seorang nurse bagi flyers tentang penyusuan. Kalau nak diikutkan dah banyak kali saya baca tentang penyusuan ibu tapi elok jugak boleh recall balik  memandangkan sekarang ni tengah sarat pregnant yang ketiga.
Seronok sebenarnya baca pasal penyusuan ni dan tak semua ibu-ibu yang cekal untuk menempuhi tempoh penyusuan selama 2 tahun. Banyak dugaan yang perlu ditempuh oleh mereka bagi menjayakan misi ni. Dah macam nak bertempur pulak kan.
Dari sudut Islam, dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang susu ibu.
" Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna. "
Ayat 233 Surah Al-Baqarah.
Oleh yang demikian, penyusuan susu ibu ini adalah sangat penting kerana Allah telah menciptakan susu ibu khas untuk bayi anda dan ia sangat terbaik berbanding susu formula yang terdapat di pasaran.
Ibu-ibu disarankan untuk menyusukan si manja mereka secara eksklusif se…

Bahaya Keputihan Kepada Bayi Dalam Kandungan Part 2

Assalamualaikum semua,
Lama sungguh saya nak amik masa untuk sambung part 2 ni. Hehehe.
Nak start menulis pun kena bercinta dengan masa. Kena amik mood dulu lepas tu baru la dapat keluar idea.
Okay kisah cemas saya semasa mengandungkan nicha. Bila dah keluar tanda darah, mula rasa tak menentu. Teringat dengan kata-kata doktor, kalau ada tanda nak bersalin terus ke hospital.
Pada mulanya mak suruh saya berehat dirumah saja pagi tu. Terpaksa saya amik emergency leave. Tapi hati ni rasa tak sedap plak. Dalam pukul 10 saya sms hubby untuk bawa saya ke hospital klang. Hubby minta saya bertenang dan berehat dulu dirumah sementara menunggu dia sampai.
Pada jam 12.30 tengahari saya terus ke kecemasan untuk ibu bersalin. Berdebar-debar hati ni. Tak putus-putus saya doa dalam hati supaya baby selamat tanpa ada sebarang komplikasi.
Setelah bertukar pakaian, timbang dan amik bacaan tekanan darah. Saya diminta untuk baring di atas katil. Doktor yang bertugas ketika itu ada 2 orang kalau tak silap saya. …

Resepi Sosej Roll Mudah Anak-Anak Pun Suka

Hi semua,
Hari ni nak share resepi paling senang di dunia. Resepi apa? Sosej roll mudah.
Tak perlu nak uli-uli tepung buat dough hanya dengan menggunakan roti gardenia.
Actually dah lama nak buat sosej roll ni, tapi tak terbuat-buat sebab takde masa. So ada masa terluang ni saya pun try la buat.
Lagipun roti dah nak hampir luput. Daripada membazir baik buat sosej roll ye dak?
Bahan-bahan dia senang sangat nak sediakan. Jom tengok.
Bahan-bahan :
8 keping roti [dilenyek dengan gelas]
8 sosej ayam [direbus atau digoreng terlebih dahulu]
2 biji telur
Sedikit lada sulah
Sedikit breadcrumbs [kalau rajin nak buat sendiri pun boleh, tapi saya beli yang dah siap]
Cara membuatnya :
Lenyekkan roti dengan menggunakan gelas supaya minyak tidak dapat diserap apabila digoreng. Kemudian ambil sosej tadi letakkan di atas roti dan gulungkan dia. Pada hujung roti tadi letakkan telur sebagai pelekat.
Dah siap!
Eh belum lagi, roti yang dah siap digulung dicelupkan ke dalam telur. Selepas itu gelek-gelek kan sosej roll…