Assalamualaikum semua,

Lama sungguh saya nak amik masa untuk sambung part 2 ni. Hehehe.

Nak start menulis pun kena bercinta dengan masa. Kena amik mood dulu lepas tu baru la dapat keluar idea.

Okay kisah cemas saya semasa mengandungkan nicha. Bila dah keluar tanda darah, mula rasa tak menentu. Teringat dengan kata-kata doktor, kalau ada tanda nak bersalin terus ke hospital.

Pada mulanya mak suruh saya berehat dirumah saja pagi tu. Terpaksa saya amik emergency leave. Tapi hati ni rasa tak sedap plak. Dalam pukul 10 saya sms hubby untuk bawa saya ke hospital klang. Hubby minta saya bertenang dan berehat dulu dirumah sementara menunggu dia sampai.

Pada jam 12.30 tengahari saya terus ke kecemasan untuk ibu bersalin. Berdebar-debar hati ni. Tak putus-putus saya doa dalam hati supaya baby selamat tanpa ada sebarang komplikasi.

Setelah bertukar pakaian, timbang dan amik bacaan tekanan darah. Saya diminta untuk baring di atas katil. Doktor yang bertugas ketika itu ada 2 orang kalau tak silap saya. Salah seorang dari mereka datang memeriksa keadaan saya sambil refer buku merah. Mereka terus menyoal saya tentang GBS positive.

"Apakah ubat yang doktor bagi bila dapat  tau ada jangkitan?"

"Kenapa dalam buku merah awak ada reference dari hospital UMRA?"

"Kenapa tak bersalin je kat UMRA?"

"Tahu tak bahaya baby lahir awal? Banyak komplikasi akan berlaku!"

"Kenapa awak tak makan antibiotik yang doktor bagi?"

Haihhh banyak plak soalan yang diajukan. Penat nak jawab dah la hati kita tak keruan ditambah dengan soalan-soalan tu. Pening memikir.

Tapi sumpah saya kata, masa dapat pil antibiotik tu saya takut nak makan sebab yelah masa tu ingat tak boleh makan dan doktor tu gila bagi antibiotik kat ibu mengandung.

So bila dah kena marah dengan doktor, tadah je la telinga ni dengar dia bebel-bebel. Bila check bukaan dah 2 cm. Doktor pun terus scan perut saya untuk tengok berat baby. Masa scan tu saya dengar dah 2.4kg walaupun masa tu 33 minggu.  Saya curi-curi dengar perbincangan doktor-doktor tu, mereka sepakat untuk refer hal ini ke doktor pakar.

Pada mulanya mereka cadang untuk menahan baby daripada bersalin. Tapi memandangkan berat baby sudahpun 2.4kg so takde masalah kalau nak bersalin awal. Cuma masalah sekarang incubator takde untuk baby nicha. Doktor tadi dah start enjin membebel kat saya.

"Haa kan ni la jadinya kalau tak dengar nasihat doktor. Incubator pun takde tau. Kalau ada tu rezeki anak awak. Sekarang kami kena call semua hospital untuk pinjam."
Dalam hati saya masih berdoa agar dipermudahkan segala urusan pada hari tu.

Kemudian saya terus dimasukkan ke dalam wad. Ohh yaa sebelum saya naik ke wad saya dapat suntikan apa ntah nama untuk kuatkan paru-paru baby. Dia punya sakit toksah cakap rasa berbisa mencucuk-cucuk kat punggung ni. Yang paling bestnya suntikan tu kena amik 2 kali petang skali dan malam skali. Haihh lahh, mengeluh lagi dalam hati. Tapi kata nurse tu jangan fikir sakit, fikir untuk kebaikan baby. Dalam terpaksa ku relakan jua.

Bila dekat wad sakit nak bersalin tu skali skala datang. Tapi tak kerap masih boleh bertahan lagi. Saya dah start tak lalu makan. Tapi fikir untuk baby je saya gagah jugak telan.

Tik tok tik tok menghitung masa, masih takde tanda-tanda nak beranak lagi. Sekali sekala saya lelapkan mata. Sampai lah keesokan harinya, saya tak tau nak buat ape. Boring lah pulak duduk hospital ni.

Pagi-pagi lagi saya rasa nak mandi, belengas pulak badan ni. Masa tu dah start rasa contraction tapi saya masih bertahan. Lepas mandi makin kuat pulak sakit dia. Berkali-kali saya panggil nurse untuk pantau keadaan saya. Sampai satu masa saya dah tak tahan sangat sakit. Saya terus ke kaunter bagitau dorang yang saya sakit sangat.

Bila doktor datang check bukaan dah 9cm rupanya. Kelam kabut dorang. Saya perasan dorang sedang masukkan antibiotik dalam badan saya. Kemudian dorang bergegas ke labour room.

Alhamdulillah akhirnya air ketuban dipecahkan dan lahirlah Nur Anisah Safiyyah ke dunia secara normal. Syukur sangat-sangat. Berat masa ditimbang 2.1kg. Malangnya saya tak dapat nak skin-to-skin dengan baby sebab baby terpaksa dibawa ke nicu untuk pemeriksaan lanjut. Sedih sangat.

Itulah moment yang tak dapat saya lupakan. Untuk mengandung lagi saya rasa trauma. Sebab tak nak perkara sama berulang lagi.

Tapi setelah hampir 3 tahun berlalu saya kini mengandung lagi anak ketiga. Mudah-mudahan baby dapat lahir cukup bulan dengan selamat. Kali ni saya sepenuhnya ambil Set Mengandung Shaklee, alhamdulillah keputihan pun tak seteruk masa preggy Afif dan Nicha dulu. 

Rahsianya?

Nantikan entry akan datang.




Glosari ringkas :

1. Pil Antibiotik - ibu mengandung yang disahkan jangkitan GBS positive akan diberikan pil antibiotik untuk mematikan kuman.

2. Suntikan Dexamethasone - untuk mematangkan paru-paru kerana bayi lahir sebelum masanya.

3. Suntikan Antibiotik sebelum bersalin - ibu mengandung yang akan bersalin akan disuntik antibiotik supaya jangkitan tersebut tidak akan terkena kepada bayi.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Gynea anda.

No comments