Kelmarin saya check up di Hospital Besar Klang, sambil menunggu giliran ada seorang nurse bagi flyers tentang penyusuan. Kalau nak diikutkan dah banyak kali saya baca tentang penyusuan ibu tapi elok jugak boleh recall balik  memandangkan sekarang ni tengah sarat pregnant yang ketiga.

Seronok sebenarnya baca pasal penyusuan ni dan tak semua ibu-ibu yang cekal untuk menempuhi tempoh penyusuan selama 2 tahun. Banyak dugaan yang perlu ditempuh oleh mereka bagi menjayakan misi ni. Dah macam nak bertempur pulak kan.

Dari sudut Islam, dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang susu ibu.

" Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna. "

Ayat 233 Surah Al-Baqarah.

Oleh yang demikian, penyusuan susu ibu ini adalah sangat penting kerana Allah telah menciptakan susu ibu khas untuk bayi anda dan ia sangat terbaik berbanding susu formula yang terdapat di pasaran.

Ibu-ibu disarankan untuk menyusukan si manja mereka secara eksklusif sejak lahir sehingga umur 6 bulan. Dan perlu diteruskan sehingga 2 tahun.

Tahukah anda penyusuan susu ibu memberi manfaat kepada kedua-dua ibu dan anak. Antaranya adalah :
  • Susu ibu mengandungi kesemua nutrien penting. Contohnya protein, vitamin dan zat galian malah antibodi yang diperlukan oleh bayi anda.
  • Susu ibu juga mengandungi asid lemak penting seperti ALA dan LA. Ia diperlukan untuk menghasilkan DHA dan ARA yang penting untuk perkembangan fizikal dan mental si manja anda.
  • Penyusuan susu ibu membantu ibu-ibu mengembalikan bentuk badan dengan lebih cepat kerana ia membantu membakar lemak yang tersimpan semasa hamil.
  • Ibu-ibu yang menyusukan bayi juga mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidapi diabetes, kanser payudara, kanser ovari dan kemurungan selepas bersalin.
  • Anak-anak yang diberi susu ibu lebih tinggi tahap kecerdasan minda dan kebarangkalian mereka membesar menjadi seorang dewasa yang obes adalah lebih rendah.

Menarik bukan? Jadi ibu-ibu perlulah menyusukan si manja dengan susu ibu secara eksklusif.

Apakah yang dimaksudkan penyusuan susu ibu secara eksklusif?
  • Tidak memberi bayi apa-apa selain susu ibu daripada ibunya atau ibu susuan atau perahan susu ibu. Bayi tidak diberi makanan pepejal atau cecair lain termasuk air kosong.

Jadi berilah yang terbaik buat anak anda.

No comments