Assalamualaikum dan hai semua, disebabkan saya ni peminum tegar ESP no.1 di rumah [baru dirumah tapi kalau di Malaysia ni rasa ramai yang suka sangat dengan ESP, tak caya tanyalah dengan mereka sendiri]. Jadi saya nak tarik perhatian anda-anda-dan anda semua untuk mengetahui fakta menarik tentang ESP.

Tahukah anda Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya? Pada awal tahun 70-an, Dr. Shaklee telah mencipta pengasingan protein yang pertama di dunia. Ini bermakna Dr. Shaklee telah lama mengetahui bahawa protein soya adalah factor utama dalam penjagaan kesihatan melalui beberapa ujian klinikal.

ESP atau nama penuhnya Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO” (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Malah setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur sama ada tua ataupun muda. Manakala kandugan indeks glisemik yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Kebaikan ESP untuk anda :
ü  Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
ü  Kacang soya adalah satu-satunya  tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya sama dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
ü  Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
ü  Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
ü  Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.
ü  Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
ü  Meningkatkan kualiti memori, vitality, dorongan seksual dan rangsangan.

Kepentingan Protein
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia merangsang fungsi psikologi. Oleh itu, setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, pertumbuhan terbantut, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ dan boleh membawa kematian.










No comments