Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Pengalaman Bersalin Yang Sangat Mencabar Dan Cukup Trauma

Alhamdulillah setelah sebulan lebih melahirkan baby amr, saya berkesempatan untuk berkongsi cerita dengan anda-anda semua. Ada yang rindu saya ke? Eceh perasan macam artis pulak. Okay saya bersalinkan baby amr pada 7 Oktober 2015 jam 3.15 am di Hospital Besar Ampuan Rahimah dengan berat 3.5kg secara normal. Baby amr antara anak yang paling besar saya lahirkan berbanding abang dan kakak dia. Tu pun sebab dah overdue seminggu, syiok dia duk dalam perut mama.
Orang kata lain anak lain ragam dia, macam tu jugak saya. Pengalaman melahirkan mereka juga berbeza yang sama hanya sewaktu mengandung. Saya tak pernah alami morning sickness yang saya tau saya akan jadi kuat makan. Haha! Seronok makan masa pregnant ni makan banyak pun orang tak kisah sebab makan untuk dua orang. Tapi kena berpada-pada lah nanti kena macam-macam penyakit baru tau. So far alhamdulillah saya hampir nak GDM [kencing manis ketika mengandung] lagi sikit je lagi, bacaan air gula saya masa tu 7.7 kalau cecah 8 memang menan…