Alhamdulillah setelah sebulan lebih melahirkan baby amr, saya berkesempatan untuk berkongsi cerita dengan anda-anda semua. Ada yang rindu saya ke? Eceh perasan macam artis pulak. Okay saya bersalinkan baby amr pada 7 Oktober 2015 jam 3.15 am di Hospital Besar Ampuan Rahimah dengan berat 3.5kg secara normal. Baby amr antara anak yang paling besar saya lahirkan berbanding abang dan kakak dia. Tu pun sebab dah overdue seminggu, syiok dia duk dalam perut mama.

Orang kata lain anak lain ragam dia, macam tu jugak saya. Pengalaman melahirkan mereka juga berbeza yang sama hanya sewaktu mengandung. Saya tak pernah alami morning sickness yang saya tau saya akan jadi kuat makan. Haha! Seronok makan masa pregnant ni makan banyak pun orang tak kisah sebab makan untuk dua orang. Tapi kena berpada-pada lah nanti kena macam-macam penyakit baru tau. So far alhamdulillah saya hampir nak GDM [kencing manis ketika mengandung] lagi sikit je lagi, bacaan air gula saya masa tu 7.7 kalau cecah 8 memang menangis mak tak berlagu kena ulang alik amik darah la jawabnya.

Saya nak share kat sini pengalaman melahirkan baby amr. Tak semudah sewaktu melahirkan afif dan nisa. Sebab anak-anak saya yang lain semuanya lahir awal paling cepat nisa 32 minggu. Perancangan Allah kan, walaupun doktor cakap kemungkinan besar baby yang ketiga ni pun akan lahir awal tapi semua tu silap. Baby amr overdue okeehh! Lambat 7 hari lagi. Saya pun fikir amr akan kua awal sebab tanda-tanda sakit pinggang, sakit di bahagian ari-ari, sakit macam senggugut, braxton hicks bermula pada minggu ke 30. Lepas tu plak masa minggu ke 35 keluar lendir berwarna coklat. Masa tu saya fikir macam dah nak bersalin dah, sebab masa mengandung nisa ada kua tanda coklat camtu selama seminggu. Tup-tup kua darah dan esoknya bersalin, haa kau amik cepat giler dan senang sangat bersalin.

Yang peliknya walaupun macam-macam petunjuk ada, baby amr still dalam perut lagi. Dia seronok tidur dalam perut kena usung ke sana ke mari. Sampai lah due yang doktor bagi 30 September 2015, perut ni sama je mengembong ntah bila nak mengempis. Perasaan bimbang tu tetap ada, setiap hari berdoa supaya dipermudahkan proses bersalin, mulut tak henti kumat-kamit berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Doktor bagi lagi extra 5 hari tengok macam mana, dia pesan bila sampai je tarikh 5 November 2015 baby masih tak kua juga dia nak saya check in di hospital untuk induce. Makk oi time tu macam-macam saya fikir, sakit ke induce tu? So bermula episod tanya menanya dengan mommies kat lua sana.

Bila hari yang dinanti kunjung tiba saya check in la kat hospital macam biasa padahal dalam hati cuak. Anak dah masuk 3 pun masih nak cuak lagi kan. Hehehe, tapi muka cool okay macam takde apa-apa. Lepas check in dapat je katil saya rehat macam biasa. Rupanya ramai betul mak yung dalam wad ni, penuh semua katil. Nasib baik saya dapat katil cepat kalau tak duduk dekat kerusi je lah. Masa hari pertama dekat hospital rasa boring je sebab yelah baby taknak kua lagi, menung je la tengok orang dah bersalin depan mata. Seronok dapat belek baby sebab bau baby kan best. Ingatkan masa 1st day masuk dah boleh induce tapi saya silap doktor kata mana boleh induce lagi tunggu esok hari tu pun kena check bukaan dekat bawah tu dulu. Okay lah nampaknya saya kena bersabar lagi.

Keesokkan harinya pagi-pagi tu nurse dah bagitau doktor nak check bawah, berjalan la saya ke bilik pemeriksaan. Doktor cakap dah bukak 2cm so tak perlu induce dia bukakan sikit jalan tu bagi besar sikit jadi 3cm dengan harapan jalan akan terbukak lagi. Pagi tu macam biasa, rasa sakit datang sekejap tapi tak kerap. Tengahari pun sama saya masih selamba, doktor check lagi jalan masih sama takde perubahan pun. Pasrah lah saya membawa diri. Bila tiba petang dalam pukul 2 saya dah mula rasa sakit lain macam, pastu rasa ada benda kua dekat bawah tapi saya buat tak tau je. Makin lama rasa sakit tu makin terik, dalam hati awat rasa sakit lain macam ja. Petang tu teringat mak call jap sembang-sembang, ngadu dekat mak dah mula rasa sakit. Nurse yang ada sebelah saya terdengar la pulak apa yang saya bualkan, terus dia kata “meh saya check perut awak, hmm nampak perut awak tegang sangat nanti kalau sakit bagitau saya”. Saya terus pergi toilet lepas tu tengok ada darah seketul keluar. Alamak dah nak bersalin ke?

Bila time maghrib sakitnya Ya Allah macam nak guling-guling atas lantai, sakit tu berlarutan sampai la malam. Bila pukul 12 malam, doktor datang nak check bukaan lagi tapi hampa bukaan sama je macam siang tadi tapi doktor cakap vagina dah mula lembut which is good la kata dia. Dia anggarkan dalam 6 jam lagi untuk jumpa saya lagi. Saya pun dah tak tahan sebab mula rasa sakit yang teramat sangat, baring tak kena duduk pun tak kena. Mata ni asyik tengok jam je, nurse minta saya duduk dekat dengan kaunter supaya senang dia nak pantau keadaan saya memandangkan katil saya jauh di depan.

Setiap minit saya kira, dengan hujan yang lebat masa tu sejuk tak tau nak cakap la kan walaupun takde air cond angin semulajadi je. Hospital kerajaan bukan macam private. Saya mengadu dengan nurse yang saya tak tahan sakit, nurse minta saya baring dekat katil yang berhampiran untuk check jantung baby. Ntah mesin tu rosak agaknya sebab tak dapat bacaan yang cantik. Nurse tu cakap baby awak ni tidur dia pun cuba goyang-goyangkan perut saya masih sama. Nurse tu pun check jalan dekat bawah, yang saya dengar masa tu dia cakap dah 5cm  dia godek-godek lagi tiba-tiba pecah air ketuban. Dia tanya saya lagi “Awak ada rasa sakit tak?” yang peliknya lepas pecah air ketuban saya tak rasa sakit pulak. Haa dah start panik. Datang sorang nurse lagi godek kat bawah nak besarkan jalan sebab air ketuban dah pecah jadi dorang takut baby lemas, dia minta saya teran sedikit sampai dapat bukaan yang dorang nak, bila dah cukup 8cm saya di tolak ke labour room.

Masa tu hilang rasa sakit, saya dah mula pelik tapi bila nurse tu cakap push je macam biasa saya pun apalagi push je la. Akhirnya baby amr pun keluar, zaassss terasa panas je dekat bawah tu. Rasa nikmat sangat dapat bersalin normal, lega dan syukur tak terhingga. Lepas dapat peluk dan cium amr dorang amik nak mandikan baby. Setel semua jahitan dan baby pun ada dekat sebelah dah boleh balik ke wad. Masa dekat wad saya memang tak boleh nak tidur sebab trauma belek je la baby puas-puas.




Hmm panjang lebar la pulak kisah ni kan, actually banyak lagi nak cerita pasal attitude nurse-nurse dekat situ memang tak puas hati dengan layanan mereka, namun saya percaya mungkin itu bahagian saya untuk baby yang ketiga sebab masa lahirkan afif dan nisa nurse-nurse waktu tu baik-baik belaka. Kalau nak cerita semua dah macam drama bersiri pulak tak habis-habis kan.

Sebenarnya masa mengandungkan baby amr, saya amalkan RCA hari-hari cakap dengan diri dan baby dalam perut jangan kua awal macam abang kakak, serik dah mama nak duk hospital lama-lama. Lepastu saya amalkan doa untuk kuatkan rahim dan yang penting sekali makan Set Mengandung Shaklee. Sepanjang mengandung saya tak makan vitamin yang klinik desa bagi hanya amik shaklee SAHAJA.

Sampai dekat sini dulu nanti saya share pulak pasal baby amr kena jaundis. Nak tau jaundis tu ape dan macam mana, tunggu next entry.


No comments