Thursday, September 15, 2016

Idola saya dalam menjalankan Bisnes Shaklee

Kalau ditanya tentang idola dalam bisnes shaklee, siapakah idola saya? Sudah tentu upline saya Siti Al'Izzah atau panggilan mesranya kami panggil mami. Bukan mami jarum ye hihi. Beliau banyak beri tunjuk ajar tanpa jemu walaupun saya ni ketegak sangat.

Saya kagum melihat kesungguhan beliau dalam memberi ilmu. Seriously saya katakan beliau memang pakar dalam banyak perkara, penuh ilmu didada.

Walaupun adakalanya beliau banyak menggunakan bahasa sains [ehh betul ke sains? Ke medik?] Saya cepat-cepat google untuk mendalami lagi supaya lebih faham.

Beruntungnya saya bila berada di dalam group Rumah Besar Family SUPERSTAR. Setiap hari banyak benda baru yang saya pelajari terutamanya tentang produk dan adik beradik shaklee yang sangat supportive, sering bantu membantu.

Saya mula mengenali beliau pada tahun 2012 di group Kumpulan Ibu Menyusukan, ketika itu saya mengalami masalah kemerunduman susu. Beliau lah orang yang memberi sedikit ilmu penyusuan kepada saya. Terima kasih mami.

Sehingga sekarang saya masih ber-shaklee dan masih lagi berada di kelompok Rumah Besar Family SUPERSTAR. From zero to hero, dari tak kenal apa-apa tentang strategi bisnes sampai dah kenal. Dari tak tau pasal produk sampai dah tau. Dari tak kenal shaklee sampai dah jatuh cinta dengan shaklee.


Jom join saya untuk sama-sama bercinta dengan shaklee.