Skip to main content

Office Shaklee di San Francisco : Bukan Sekadar Office Biasa

Ibu pejabat Shaklee terletak di Pleasanton, Carlifornia bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee.

Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang - Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan yang harmoni bersama alam semulajadi". 

Anda boleh menikmati pemandangan indah - langit, tumbuh-tumbuhan, bukit bukau dan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini. 

Reka bentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semula jadi oleh cahaya luar, serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi. 

Antara keunikannya seperti adalah seperti berikut:

- Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan.

- Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula.

- Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula.

- Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yangh terdapat di dalam produk-produk Shaklee.

- Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.

- Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan.

- Penggunaan "Low-E glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien.

- Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara

- Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan suasana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar.


- Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam.

Popular posts from this blog

Definisi Berpantang Untuk Wanita Selepas Bersalin

Apa yang dimaksudkan dengan berpantang?


Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga, berpantang bermaksud sesuatu yang dilarang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka dilarang melakukan perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari. Meskipun terdapat satu pihak iaitu pakar perubatan yang tidak bersetuju dengan amalan pantang larang ini, namun ia telah menjadi kepercayaan dan ikutan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.
Berpantang secara alami tidak akan memudaratkan jika tidak diamalkan secara keterlaluan. Hakikatnya tempoh berpantang itu sendiri adalah proses pemulihan dan emosi ibu. Seelok-eloknya amalan ini haruslah tidak bertentangan dengan kaedah rawatan moden. Kebiasaannya tempoh bersalin adalah selama 44 hari. Namun ada pihak yang melanjutkan tempoh berpantang sehingga 100 hari untuk tidak bersama suami demi kebaikan jangka panjang.
Selain itu, amalan berpantang ini adalah untuk memastikan badan…

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat

Semalam saya tanya hubby, "nak makan apa malam ni?".
Dia jawab "makan apa yang ada je".
"Jom makan luar nak?" Kata saya.
"Takyah lah!"
"Ehh nape? Saya lapar ni"
"Jimat! Awak kan bole masak"
Ekkk!! [terkono den sebijik-sebijik] Dalam hati saya, ehh duit ada nak jimat cermat plak. Kenapa perlu berjimat cermat? Zaman la ni semuanya duit. No money no talk!
Nak makan duit!
Nak masuk tandas awam duit!
Nak lalu atas jalan kena tol duit!
Nak isi minyak duit!
Semuanya duit. Pening aihh cite pasal duit ni. Nak cari duit pun pening. Ada duit pun pening. So sekarang ni takyah pening-pening, apa kata kita berjimat cermat dan belanjakan apa yang perlu saja. 
Ibarat keperluan vs kehendak. 
5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat.

#1 Digunakan semasa kecemasan
Selalunya kita takkan tau bila hal-hal kecemasan akan berlaku. Kereta rosak ke, tayar pancit ke, eksiden ke. Jadi kena sediakan payung sebelum hujan. Hasil dari pendapatan bulanan kita perlu simp…

Pengalaman Bersalin Yang Sangat Mencabar Dan Cukup Trauma

Alhamdulillah setelah sebulan lebih melahirkan baby amr, saya berkesempatan untuk berkongsi cerita dengan anda-anda semua. Ada yang rindu saya ke? Eceh perasan macam artis pulak. Okay saya bersalinkan baby amr pada 7 Oktober 2015 jam 3.15 am di Hospital Besar Ampuan Rahimah dengan berat 3.5kg secara normal. Baby amr antara anak yang paling besar saya lahirkan berbanding abang dan kakak dia. Tu pun sebab dah overdue seminggu, syiok dia duk dalam perut mama.
Orang kata lain anak lain ragam dia, macam tu jugak saya. Pengalaman melahirkan mereka juga berbeza yang sama hanya sewaktu mengandung. Saya tak pernah alami morning sickness yang saya tau saya akan jadi kuat makan. Haha! Seronok makan masa pregnant ni makan banyak pun orang tak kisah sebab makan untuk dua orang. Tapi kena berpada-pada lah nanti kena macam-macam penyakit baru tau. So far alhamdulillah saya hampir nak GDM [kencing manis ketika mengandung] lagi sikit je lagi, bacaan air gula saya masa tu 7.7 kalau cecah 8 memang menan…