Skip to main content

Produk Shaklee Terbaik botol kosong pun berguna

Hi semua,

Taadaaa haa ni salah satu projek DIY akak. Cantik tak? Dari botol vitamin shaklee kosong bertukar menjadi tempat letak alat tulis. 



Korang tau tak banyak kegunaan botol vitamin kosong antaranya ;

√ Botol rempah ratus

√ Tempat letak cotton buds

√ Tempat letak paper clips

√ Botol gula-gula

√ Botol duit syiling

√ Tempat letak barang-barang peralatan menjahit contohnya macam butang, benang

√ Pasu bunga atau nak tanam pokok herba pun boleh

√ Tabung untuk anak-anak [untuk botol vitamin yang besar]

Haa banyak kan? Kalau boleh jangan dibuang botol-botol ni sebab macam-macam kita boleh buat. Sayangilah bumi kita 😍

Selamat mencuba.

Kiera Idres

019.307.7392

Popular posts from this blog

Definisi Berpantang Untuk Wanita Selepas Bersalin

Apa yang dimaksudkan dengan berpantang?


Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi ketiga, berpantang bermaksud sesuatu yang dilarang dilakukan mengikut adat dan kepercayaan. Bagi wanita yang baru melahirkan anak, mereka dilarang melakukan perkara atau memakan sesuatu sehingga tamat tempoh berpantang iaitu selama 44 hari. Meskipun terdapat satu pihak iaitu pakar perubatan yang tidak bersetuju dengan amalan pantang larang ini, namun ia telah menjadi kepercayaan dan ikutan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.
Berpantang secara alami tidak akan memudaratkan jika tidak diamalkan secara keterlaluan. Hakikatnya tempoh berpantang itu sendiri adalah proses pemulihan dan emosi ibu. Seelok-eloknya amalan ini haruslah tidak bertentangan dengan kaedah rawatan moden. Kebiasaannya tempoh bersalin adalah selama 44 hari. Namun ada pihak yang melanjutkan tempoh berpantang sehingga 100 hari untuk tidak bersama suami demi kebaikan jangka panjang.
Selain itu, amalan berpantang ini adalah untuk memastikan badan…

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat

Semalam saya tanya hubby, "nak makan apa malam ni?".
Dia jawab "makan apa yang ada je".
"Jom makan luar nak?" Kata saya.
"Takyah lah!"
"Ehh nape? Saya lapar ni"
"Jimat! Awak kan bole masak"
Ekkk!! [terkono den sebijik-sebijik] Dalam hati saya, ehh duit ada nak jimat cermat plak. Kenapa perlu berjimat cermat? Zaman la ni semuanya duit. No money no talk!
Nak makan duit!
Nak masuk tandas awam duit!
Nak lalu atas jalan kena tol duit!
Nak isi minyak duit!
Semuanya duit. Pening aihh cite pasal duit ni. Nak cari duit pun pening. Ada duit pun pening. So sekarang ni takyah pening-pening, apa kata kita berjimat cermat dan belanjakan apa yang perlu saja. 
Ibarat keperluan vs kehendak. 
5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat.

#1 Digunakan semasa kecemasan
Selalunya kita takkan tau bila hal-hal kecemasan akan berlaku. Kereta rosak ke, tayar pancit ke, eksiden ke. Jadi kena sediakan payung sebelum hujan. Hasil dari pendapatan bulanan kita perlu simp…

Pengalaman Bersalin Yang Sangat Mencabar Dan Cukup Trauma

Alhamdulillah setelah sebulan lebih melahirkan baby amr, saya berkesempatan untuk berkongsi cerita dengan anda-anda semua. Ada yang rindu saya ke? Eceh perasan macam artis pulak. Okay saya bersalinkan baby amr pada 7 Oktober 2015 jam 3.15 am di Hospital Besar Ampuan Rahimah dengan berat 3.5kg secara normal. Baby amr antara anak yang paling besar saya lahirkan berbanding abang dan kakak dia. Tu pun sebab dah overdue seminggu, syiok dia duk dalam perut mama.
Orang kata lain anak lain ragam dia, macam tu jugak saya. Pengalaman melahirkan mereka juga berbeza yang sama hanya sewaktu mengandung. Saya tak pernah alami morning sickness yang saya tau saya akan jadi kuat makan. Haha! Seronok makan masa pregnant ni makan banyak pun orang tak kisah sebab makan untuk dua orang. Tapi kena berpada-pada lah nanti kena macam-macam penyakit baru tau. So far alhamdulillah saya hampir nak GDM [kencing manis ketika mengandung] lagi sikit je lagi, bacaan air gula saya masa tu 7.7 kalau cecah 8 memang menan…