Tuesday, September 13, 2016

Vitalea For Children Pilihan Saya Untuk Anakanda Tersayang

Terkedek-kedek budak ni nak panjat amik vitamin dalam kabinet.
Dia pun tau nak makan vitamin sebab tengok ibunya [sayalah tu] dok telan vitamin hari-hari.
"Abang nak bitamin [nada pelat] tu mama!"
Gigih nak panjat tapi apakan daya tangan tak sampai hihihi. 
Hanya mampu menunjuk ke arah kabinet.
Kesian tengok budak montel ni, okay lah mama tolong amikkan.
Tapi dalam beberapa minit lagi datang minta vitamin yang sama.
Suka betul dia dengan vitamin ni. 
Semestinya sebagai ibu, saya mahukan yang terbaik untuk mereka.