Cuti-Cuti Malaysia di rumah Sambil Bisnes Online
Alhamdulillah cuti sekolah dah pun bermula.

Mak tak perlu terkejar-kejar menghantar anak ke sekolah sambil menempuh jem. Jalan pun lengang hari ni, suasana depan rumah pun sunyi takde kedengaran hiruk pikuk bunyi hon kereta dan suara anak-anak ke sekolah. Al-maklumlah mak duduk bebetul depan bangunan sekolah sudah terbiasa dengan bunyi riuh rendah. Bila sunyi tu tau dah mereka semua sedang bercuti, seronoklah cikgunya pun boleh plan jalan-jalan makan angin di luar daerah.
Jadi apa plan cuti sekolah mak-mak dan ayah-ayah sekalian?

Sudah tentulah ada yang bercadang bercuti di luar negara mahupun di dalam negara atau menghantar anak-anak mengikuti program sepanjang bercuti. Saya pulak masih termangu memikir apa aktiviti berfaedah untuk Afif dan Nisa. Kalau boleh saya tak nak dorang sepanjang masa hanya menonton kartun 'si kucing bernama Oggy bersama tiga ekor lipas yang nakal' di rumah atau pun 'rabbids si arnab yang bisu berbahasa alien'. Hihi maknye yang pening bila tengok anak dok ralit menonton sambil bergelak ketawa. Apalah yang lucu sangat tu kan.

Sebagai mak yang sibuk membuat dua kerja dalam satu masa bekerja di pejabat dan Bisnes Online di rumah. Saya juga ingin memastikan anak-anak tidak terlepas daripada melakukan aktiviti dirumah. Antara aktiviti cuti-cuti  Malaysia di rumah sambil Bisnes Online adalah :-

#1 Mempelajari seni lukis

Kelas Art Untuk Kanak-Kanak

Saya ada bercadang untuk menghantar mereka mempelajari seni lukis dan mewarna di My Art Studio yang terletak di Sungai Jati Klang tak jauh pun dari rumah. Memandangkan seni mewakili minda kanak-kanak, mereka mudah mempamerkan emosi dan pengalaman melalui lukisan. Mana tau mereka dapat mengasah bakat mereka dari situ, haa bolehlah menjadi pelukis terkenal satu hari nanti [mak dia yang lelebih hahaha!] Teknik dan kreativiti tu yang penting supaya seni yang dihasilkan nampak cantik dan memukau mata orang yang memandang.

#2 Mempelajari Al-Quran 

Mengajar Anak Untuk Mendalami Ilmu Al-Quran

Dah lama mengidam nak hantar anak mengaji dan akhirnya belajar la mereka di rumah nenek. Bila survey tengok dalam pakcik google ni ada beberapa tempat yang adakan program mempelajari Al-Quran sempena cuti sekolah paling dekat dengan rumah adalah di Sungai Udang. Tapi disebabkan kelas habis pada jam 1 petang saya rasa tiada siapa yang dapat mengambil anak so saya batalkan hasrat itu. Makanya mak dan ayahnya saja yaa kena ambil perhatian di dalam hal ini.

#3 Berjalan-jalan sambil beraktiviti

Menghabiskan Masa Bersama Anak Tersayang - sekadar gambar hiasan


Hmmm berjalan-jalan sambil melakukan aktiviti contoh macam bermain layang-layang, bermain pasir di tepi pantai atau berjogging di taman juga boleh dilakukan bersama mereka bagi mengisi masa lapang yang terluang. Aktiviti seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara mak ayah. Yelah seharian mak ayah sibuk dengan kerja di pejabat. Apakata luangkan sedikit masa dengan anak-anak jadi mereka tak lah rasa terasing.
Namun aktiviti Bisnes Online tidaklah dilupa, dah namapun online walau dimana jua saya berada anda masih boleh dapatkan vitamin Shaklee daripada saya. Mudah bukan? semuanya hanya dihujung jari. Tak rugi kalau ada Bisnes Online ni kerana waktu saya sangat fleksibel dan boleh di adjust mengikut kesukaan saya.

Anda juga masih mencari Bisnes Online apa yang mudah tanpa mengeluarkan modal yang banyak? Jom chit-chat dengan saya, mana tau saya boleh bantu anda.


no image
Hari ni saya nak terobek kembali kisah saya macam mana saya bermula dengan Shaklee. Saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee pada tahun 2013 dan sampai sekarang masih lagi cinta. Bila dah makan produk dan merasai keberkesanan pada diri saya, baru lah terdetik dihati saya untuk kenal dengan bisnes Shaklee ni. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Actually Shaklee bukan calang-calang company, ia diasaskan dan dihasilkan oleh Dr Forrest C Shaklee. Untuk pengetahuan semua, Shaklee sudah bertapak di Malaysia sejak 20 tahun lalu. Shaklee juga mempunyai beberapa rangkaian lain di serata dunia.

Company Shaklee wujud sejak tahun 1956. Tahun ini genap syarikat Shaklee berusia 60 tahun. Produk Shaklee dihasilkan sejak 101 tahun dulu : Vitalea (Vitalized Minerals), ia adalah multivitamin pertama di dunia. Haa kalau korang nak tau Shaklee adalah syarikat paling pelik di dunia kerana mementingkan PRODUK BERKESAN dan SELAMAT UNTUK MANUSIA. Sebab itulah terbukti setelah 41 tahun Vitalea di makan oleh manusia dengan selamat tanpa ada yang keracunan, hati rosak, buah pinggang rosak akibat makan vitamin ini. So barulah Dr Shaklee set up satu syarikat untuk memasarkan produk Shaklee secara MLM.

Shaklee bermula dengan produk Vitamin dan pembersih organik Basic H yang terhasil secara semulajadi daripada hasil pembuatan Vitamin. Sehingga hari ini, Shaklee masih kekal dengan Vitamin dan produk pembersih sebagai produk utama, dan skin care serta water filter sebagai produk sampingan.

Setiap tahun Shaklee membelanjakan RM1 BILLION untuk R&D pada setiap produk mereka. Cuba check produk supplement lain yang anda sedang makan selain Shaklee sekarang, ada tak company tu spend at least RM10 Juta untuk R&D (kajian penyelidikan & pembangunan / penambahbaikan produk). Shaklee tidak membazirkan wang untuk marketing disebabkan itu bisnes Shaklee boleh bertahan walaupun dalam keadaan ekonomi sedang merudum sekalipun kerana modal marketing Shaklee adalah manusia. Oleh itu Shaklee pilih MLM sebagai MODEL BISNES, Bukan trading, bukan SLM , bukan binary, bukan head hunting dan bukan borong. Shaklee belum pernah gagal membayar bonus kepada semua pengedarnya sejak 60 tahun dahulu.

Menurut sifu internet marketing yang juga pakar pemasaran internet tuan Faisal Abdullah, bisnes Shaklee sangat bagus kerana produknya bagus dan terbukti berkesan sejak puluhan tahun, dan JENAMA SHAKLEE sudah terkenal di serata Malaysia, maka untuk orang baru yang nak berbisnes, Shaklee sangat bagus kerana ia SHORT CUT untuk dapat sales dengan mudah tanpa perlu susah payah perkenalkan JENAMA SHAKLEE, apa yang agent baru perlu buat adalah TONJOLKAN DIRI DI MEDIA SOSIAL sebagai WAKIL SHAKLEE BERILMU / LEADER SHAKLEE AKTIF untuk yang target bisnes.

Shaklee ditunjangi oleh barisan saintis yang memenangi NOBEL PRIZE dan berpangkat professor. Saintis inilah yang sentiasa, setiap hari memastikan produk Shaklee adalah selamat dan jika ada penambahbaikan merekalah yang akan segera melaksanakan pembaharuan ini. Ketua saintis Shaklee adalah seorang pemenang anugerah noble yang telah berusia 90 tahun. Beliau masih sihat, otak cerdas, dan masih boleh ber-high heels lagi semasa buat demo & presentation atas pentas! 

Untuk pengetahuan korang juga, Shaklee tidak memiliki ladang tanaman sendiri kerana Shaklee pentingkan kualiti. Sekiranya ladang yang Shaklee lantik tidak memenuhi SYARAT KUALITI yang Shaklee tetapkan, maka SHAKLEE AKAN DISCARD semua hasil ladang dan terus mencari ladang yang baru. Cuba bayangkan kalau Shaklee buat ladang sendiri, katakan la hasil tumbuhan yang ada telah rosak maka Shaklee tentu sayang nak reject, sebab dah keluar duit banyak untuk baja, tanaman etc. Umpama kita ada pokok durian sendiri, kita takkan nak beli durian yang dijual oleh orang lain? Eventhough durian kita tak sedap sangat tapi kita sayang durian tu. Orang yang takde pokok durian, dia akan keluarkan duit yang banyak untuk memilih DURIAN TERBAIK.

Dan Shaklee juga tak nak buang masa dengan hal ehwal penanaman, FOCUS Shaklee hanya untuk PENGHASILAN PRODUK BERMUTU DARI BAHAN MENTAH TERBAIK. Bahan mentah terbaik Shaklee boleh dipilih dari banyak sumber, TAPI PENGHASILAN PRODUK BERMUTU DAN TERBAIK, SHAKLEE AKAN PASTIKAN MESTILAH IKUT STANDARD YANG DITETAPKAN SHAKLEE.

Justeru itu setelah berfikir panjang saya memilih yang terbaik buat diri dan family dengan Shaklee untuk merebut peluang bisnes memandangkan Shaklee mempunyai value yang sangat tinggi ditambah pula produknya yang semulajadi, selamat dan berkesan serta mempunyai landmark study yang diyakini.


Siapa Dr. Forrest C. Shaklee?
Pada awal pembabitan saya dalam shaklee, saya tak pernah tau pasal Dr. Forrest C. Shaklee. Bila saya dengar cerita mengenai beliau di dalam Bengkel Nutrisi Shaklee saya rasa wahhh kagumnyee!

Lepas ni macam nak duduk kampung pastu bercucuk tanam sendiri. Hidup pasti lebih sihat kan? Jom kita kenal siapa Dr. Forrest C. Shaklee.

Dr Forrest C. Shaklee, anak kedua kepada pasangan Robert dan Martha Shaklee telah dilahirkan pada tahun 1894; di Carlisle, Iowa. Beliau mempunyai seorang abang bernama Ralph, 6 tahun lebih tua daripada beliau; dan adik perempuan yang muda 3 tahun daripada beliau yang bernama Cecily.

Forrest ketika lahirnya telah didiagnos mempunyai congenital tuberculosis. Malahan, ketika dilahirkan juga (ceritanya) beliau kelihatan seolah tidak bernyawa sehingga terpaksa diberi bantuan pernafasan artificial respiration untuk membantu meransang pernafasan. Prognosis doktor juga menyatakan bahawa jangka hayat Forrest tidak akan lama; yakni Forrest akan mati sepertimana kanak-kanak lain yang didiagnos penyakit yang sama. 

Ibubapanya tidak mahu menerima bulat-bulat prognosis tersebut; lalu melakukan pelbagai usaha untuk membantu Forrest agar dapat terus hidup seperti kanak-kanak lain yang sihat. Menurut ceritanya, Forrest terlantar berminggu-minggu di dalam buaian dalam keadaan 'motionless' (tidak bergerak, pergerakan amat minima). Ibunya Martha mencuba pelbagai teknik tradisi dengan penggunaan herba untuk membantu Forrest. Martha yakin dengan kuasa Tuhan dan kuasa alam semulajadi.

Akhirnya, demi kesihatan dan kehidupan Forrest, mereka sekeluarga pun berpindah ke sebuah ladang di Moorhead, Iowa. Di sini, Forrest diubati oleh ibunya sendiri dengan memberikan beliau diet yang kaya dengan khasiat tumbuhan semulajadi dan herba-herba; serta di sini juga beliau dapat menikmati suasana yang sihat dengan udara yang yang bersih dan segar, serta bebas pencemaran.

Akhirnya, berkat usaha gigih tersebut, pada usia 4 tahun, Forrest mampu berdiri sendiri tanpa bantuan. Namun, point yang paling penting, Forrest akhirnya disahkan doktor yang beliau telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit tibi.

# Vitalized Minerals Vitamin Pertama Di Dunia

Forrest mengisi masa remajanya di ladang Moorhead dengan memerhati dan mengkaji haiwan dan kitaran hidup mereka dengan alam semulajadi. Ada satu kata-kata Forrest yang sangat terkenal tentang ini, iaitu;

"Animals watch for the signals and listen to the voice of nature, while men have forgotten how to read or listen to them."

Forrest juga selalu terfikir, kenapa kanak-kanak lain yang senasib dengannya; dilahirkan dengan penyakit TiBi tidak mampu untuk bertahan, sedangkan beliau masih mampu terus menghirup udara segar di bumi ini. Akhirnya, jawapannya ialah, kerana cinta ibunya Martha terhadap dirinya yang mengubati dan menjaga dirinya dengan menggunakan kuasa alam semulajadi. 

Forrest adalah living testimony kuasa penyembuh hebat daripada alam semulajadi. 

Dipendekkan cerita, pada tahun 1915, pada usia Forrest 21 tahun, multivitamin pertama di dunia dicipta oleh beliau sendiri; dan dipanggil Vitalized Minerals. Inilah multivitamin yang diamalkan jutaan penduduk dunia sejak itu sehinggalah kini dah 100 tahun ia wujud di dunia ini.

# Seorang Yang Sukakan Ilmu

Dr Forrest sepanjang hayatnya tidak pernah berhenti belajar. Pada tahun yang sama beliau mencipta Vitalized Minerals, beliau juga telah graduated sebagai seorang chiropractor; daripada Palmer School of Chiropractic, di bawah bimbingan chiropractor pertama di dunia, iaitu Dr Daniel David Palmer. Pada 1920-an, Dr Forrest telah menerima degree sebagai Doctor of Divinity. Kemudian, pada usia 37 tahun, Dr Forrest menerima diploma sebagai Doctor of Naturopath. Kemudian, semasa Perang Dunia ke-2, beliau telah menjadi seorang licenced short-waved radio operator dan trained radio operator for submarines. Beliau juga pernah menjadi seorang radio personality. 

# Menghidap Kanser

Dr Forrest juga pernah menjadi seorang radiologist (beliau buka klinik). Ketika itu, tidak ramai yang tahu tentang bahaya sinaran xray. Akibatnya, pada usia 27 tahun, Mayo Clinic melalui diagnosis yang dilakukan, mengesahkan yang Dr Forrest telah terkena Terminal Cancer. Mereka menawarkan untuk memotong lengan dan kaki beliau.

Namun, sebagai seorang manusia yang amat percayakan pada kuasa penyembuhan alam semulajadi, beliau menolak tawaran itu dan berusaha mengubati sendiri kanser tersebut. Dr Forrest kemudiannya berpindah untuk menetap di sebuah ladang di Davenport dan memulakan program intensif mengubati dirinya sendiri. Kisah ibunya Martha menjaga dan mengubati beliau sewaktu kecil, sehingga sembuh daripada penyakit TiBi menjadi inspirasi beliau.

Dr Forrest mengambil dos tinggi Vitalized Minerals yang diciptanya BERSAMA dengan satu lagi penemuan baru; iaitumengamalkan pengambilan gabungan 9 herba yang mempunyai fungsi detoks (membersih) dan menyembuhkan sel-sel tubuh. Beliau tahu, proses detoks ini penting untuk mengatasi kesan yang dialami oleh tubuhnya yang rosak akibat sinaran radiasi di kliniknya sendiri (beliau tutup klinik tersebut selepas disahkan kanser dan pindah ke Davenport).

Buat pengetahuan semua, gabungan 9 herba itulah yang akhirnya menjadi suplemen Herb Lax yang amat popular di kalangan pengguna Shaklee kini. Selain daripada itu, Dr Shaklee juga amat menjaga diet hariannya melalui pemakanan yang 100% hanya berasaskan alam semulajadi yang bersih dan segar.

Akhirnya, selepas setahun Mayo Clinic mengesahkan yang beliau telah pulih daripada kanser tersebut.

# Penubuhan Shaklee Product 

Pada 1 April 1956, Shaklee Product ditubuhkan bersama dengan dua orang anak beliau, iaitu Lee dan Forrest Jr. Syarikat ini ditubuhkan dengan 100% komitmen untuk membantu memperbaiki taraf kesihatan manusia, tanpa mengganggu dan merosakkan alam semulajadi.

Slogan syarikat ini ialah "Products in Harmony with Nature and Good Health"; dan mottonya "DO BUSINESS BY THE GOLDEN RULE".

Dr Shaklee sebagai General Manager dan Product Development; Forrest Jr sebagai Business Manager; Lee sebagai Markerting and Promotion Manager. Business ini sememangnya family business.

Mereka kemudiannya telah mencipta satu sistem yang mana Shaklee Product bakal memberikan peluang pekerjaan dan kesihatan tanpa had kepada semua manusia di dunia, tak kira apa pangkat dan umur sekalipun.

Kini, sistem yang dicipta berdasarkan konsep "to teach others.. to teach others .. to others ini.."; menjadikan Shaklee Product sebagai syarikat Network Markerting pertama. Selain daripada itu, Shaklee Product juga amat mementingkan kualiti produk yang dihasilkan. 

Produk pertama yang dikeluarkan oleh Shaklee Products ialah Pro-Lecin Nibblers iaitu protein soya dan lecithin dalam bentuk tablet. Setahun kemudian, Herb Lax diperkenalkan dan vitalea pula diperkenalkan tak lama selepas itu, menggantikan Vitalized Minerals yang asal. 

Pada tahun 1957, Vita Lea dalam bentuk tablet mula dikeluarkan di pasaran. Produk bukan suplemen pertama, namun masih lagi bercirikan selamat pada alam semulajadi, Basic H diperkenalkan di pasaran Amerika pada tahun 1960. Basic H adalah pencuci serbaguna yang PERTAMA bebas fosfat, pekat dan bio-degradable. 

Setahun selepas itu, Soy Isolate Protein pertama di dunia dihasilkan.

# Shaklee Product Ke Shaklee Corporations

Pada tahun 1964, Shaklee Convention yang pertama diadakan di San Francisco dengan kehadiran seramai 150 orang busines leaders. 

Kemudian, pada tahun 1972 Shaklee Product telah ditukarkan namanya kepada Shaklee Corporation; dan beberapa tahun selepas itu, pasaran Shaklee mula memasuki Jepun, Kanada; Shaklee masuk ke Malaysia pada tahun 1988. 

Dr Forrest C. Shaklee sendiri meninggal pada usia 91 tahun (tahun 1986), dengan meninggalkan satu legasi yang besar yang terus mampu membantu ramai sehingga kini.





Tips Hilangkan Ruam Bayi Dengan Selamat Tanpa Steroid
Apa itu ruam panas?

Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang bintik-bintik ruam merah terang dan di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, ini mungkin ruam panas. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk (miliria), boleh keluar apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia ini.  Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di bahagian-bahagian di mana pakaiannya terletak dengan ketat. Jika bayi anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi. 

Adakah ruam panas serius?

Tidak, tapi ia adalah petanda yang anak anda terlalu panas. Jika anda tidak mengambil langkah untuk menyejukkan badannya, dia mungkin mendapat kondisi yang lebih serius, seperti kelesuan haba atau strok haba.  Jika ini berlaku, anak anda tidak akan dapat mengawal suhu badannya yang mana suhunya mungkin naik lebih tinggi daripada normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat. 

Apakah yang menyebabkan ruam panas?

Bayi anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas kerana kelenjar peluh mereka belum matang sepenuhnya.  Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Bayi boleh mendapat ruam panas daripada apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi. 

Adakah ruam panas itu menyakitkan bayi saya?

Tidak, ianya tidak menyakitkan tetapi kadangkala terasa tersangat gatal dan menjengkelkan. Sensasi yang mencucuk atau perit itu mungkin akan mengganggu anak anda. Setengah daripada bintik itu juga mungkin terasa pedih jika disentuh. 

Bagaimana saya harus merawat ruam panas?

Kebanyakan ruam panas akan hilang dalam beberapa hari. Namun sementara itu, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan gatal dan ketidakselesaan bayi anda. 

Kurangkan kepanasan dan kelembapan

Beralihlah ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh. Cuba gunakan kipas mini apabila anda keluar berjalan-jalan. Pada waktu malam, letakkan kipas dalam bilik bayi anda untuk pengedaran udara yang lebih baik. 

Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju daripada kain kapas

Fabrik sintetik seperti poliester atau nilon memerangkap panas. Pilihlah fabrik semula jadi seperti kapas. Seberapa boleh, longgarkan atau tanggal bajunya dan biarkan dia tidak memakai lampin seberapa kerap yang boleh. 

Pastikan badannya sentiasa sejuk

Sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah, atau mandikan bayi dalam tab atau pancur air. Biar kulitnya kering dalam udara biasa dan seberapa yang boleh jangan gunakan tuala. Ini dapat membantu memulihkan ruam.

Gunakan losyen kalamin

Sapukan dengan banyak (kecuali dekat kawasan mata).Ini sangat bagus terutama jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya. 

Gunakan krim hidrokortison


Gunakan krim ini atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.  Jangan gunakan salap dan losyen lain kerana ianya akan membuat ruam menjadi lebih teruk dengan cara memerangkap kelembapan dalam kulit.  Awasi anak anda pada masa ini. Apabila suhunya turun, badannya boleh menjadi sejuk dan perlu diberi kehangatan semula.  

Bagaimanakah saya dapat mengelakkan ruam panas?

Pastikan bayi anda sejuk dan selesa dengan memakaikannya pakaian yang ringan, longgar dan diperbuat daripada kapas, terutama sekali semasa cuaca panas.  Jika anda kurang pasti samada dia terlalu panas, sentuh kulitnya. Kulit yang panas dan lembap adalah petanda bahawa bayi anda terlalu panas. Semasa cuaca panas, duduklah dalam rumah atau cari tempat yang sejuk, teduh atau berangin apabila membawanya duduk dan bermain di luar. Pastikan bayi anda minum banyak cecair supaya dia tidak ternyahhidrat.
 
Gunakan Herbal Blend Shaklee


Pada saya lebih baik sapukan Herbal blend pada kulit bayi. Kerana kulit bayi sangat halus dan lembut jika disapu dengan krim yang mengandungi steroid. Semua anak-anak saya gunakan krim Herbal Blend ni, saya siap jadikan losyen lagi untuk anak ketiga. Bila ada ruam atau merah-merah di pelipat leher atau celah peha terus saya sapu. Dalam sehari dah hilang merah-merah tu. Dah tak guna krim-krim ruam yang dijual di farmasi. Better guna herbal blend lebih selamat. 

Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1045215/ruam-panas




Testimoni Leher Merah Pulih Selepas Gunakan Basic H & Herbal Blend
no image
Detox? Apa tu?

Dulu apa yang saya faham detox tu kena tampal patch kat tapak kaki nanti toksin kumpul kat situ so bdn kita dah bebas toksin. Lepas tu minum air detox, kemudian ada yang buat rendam kaki pastu air terus jadi keruh. Tapi sebenarnya detox ni bukan boleh simply-simply buat camtu je. 

Kalau artis-artis atau orang ada-ada ni dorang buat colon cleanse untuk detox. Tapi kos nak buat colon cleanse ni mahal sangat. Saya pernah tengok dekat salah satu hospital swasta di Klang, kosnya mencecah ribuan ringgit. Whoaaaa~!

So apa pentingnya detox ni?

Okay cuba korang bayangkan sistem paip. Hari-hari korang basuh pinggan yang ada sisa makanan, minyak dan sebagainya. Dalam masa beberapa bulan tiba-tiba sinki tersumbat. Bila korang bersihkan makk ai banyaknye keladak dan minyak-minyak. Euwww geli kan? So macam tu la dengan perut kita, makanan yang korang makan setiap hari selama 30 tahun contohnya. Kalau ada yang tak dinyahtinjakan betul-betul mesti ada sisa keladak-keladak mak nenek dalam perut tu betul tak? 

Ditambah pulak dengan persekitaran yang semakin tercemar serta pemakanan yang tidak sihat, bahan pengawet, bahan kimia dan logam berat. Semuanya penyumbang terbesar berlakunya pendedahan toksin kepada tubuh korang.

Akibatnya korang akan rasa stress, kulit berjerawat, selalu rasa lesu, kurang bertenaga, sakit kepala, alahan serta ekzema, radang kulit dan mudah dijangkiti penyakit. Semua simptom ni menunjukkan tubuh korang mempunyai kadar toksin yang tinggi.

So kalau korang rasa korang ada tanda-tanda camni patut tak korang men-detox-kan diri?

Shaklee telah menjalankan program detox mulai April 2016 yang lalu dan ramai yang telah menjalani program detox tersebut. Antara Set Detox Shaklee yang dicadangkan adalah Alfalfa, Herblax, Peppermint-Ginger Plus, DTX Complex dan Vivix. 

Sebab kenapa korang perlukan detox :-

1. Bertenaga!
2. Kulit cantik berseri
3. Badan semakin sihat dan fit
4. Penghadaman lebih baik
5. Melegakan perut kembung dan bergas

Tapi tapi tapi! program detox ni bukan semata-mata bergantung kepada produk tau. Cara pemakanan pun memainkan peranan. Ramai yang join program detox ni, hasilnya sangat amazing! Nak tau lebih lanjut tentang program detox shaklee yang unique dan exclusive?

Korang patut cuba tau. Kalau sayangkan diri pm saya lekas. Saya akan guide anda bagaimana untuk detox dengan betul beserta meal plan.

Sekarang tau sebelum toksin bermaharaja lela.





Apa Akan Jadi Bisnes Shaklee Saya 6 Bulan Lagi
Bismillah.

Bila nak taip entry ni rasa menggeletar jari jemari. Bahkan degup jantung pun turut berdegup dengan kencang secara tiba-tiba. Kenapa saya jadi camni? Selalunya kalau jantung degup kencang ni bila saya nak dating dengan encik husben masa bercinta dulu. Tapi debaran yang saya rasa sekarang ni lain sangat.

Adakah sesuatu akan terjadi pada saya pada masa-masa yang mendatang? Harap sesuatu yang baik bakal berlaku la ye [muka mengharap]. Tinggal 53 hari saja lagi nak melangkau ke tahun 2017. 

Jadi dalam masa 6 bulan lagi saya akan mencapai income sebanyak 5 angka. Dengar 5 angka tu macam wooww! Banyaknye mampukah saya? Dengan impian dan keazaman yang tinggi saya harus jadikan ia kenyataan. Tak perlu tunggu dan lihat kejayaan orang lain sebabnya saya dah penat melihat. Tiba masa saya perlu merasai kejayaan itu. Mana perginya saya yang dulu sentiasa optimis dalam setiap perkara? 

Saya perlu dapatkan 'cheese' saya! Mana perginya cheese saya tu? Kenapa dengan cheese? Haa kena baca buku 'who moved my cheese' by Dr. Spencer Johnson.

Okay sebagai seorang business leader apa yang saya buat untuk mencapai income 5 angka tu? Adakah duduk saja duit akan jatuh ke riba? Haa ni dia yang saya buat,

#1 Dekatkan diri dengan pencipta.

Apa-apa pun utamakan yang utama dahulu. Setiap perkara yang saya lakukan niat kerana Allah taala. Solat jangan tinggal, tu nasihat mak saya. "Kalau kakak nak berjaya solat 5 waktu jangan tinggal, solat sunat Tahajjud juga jangan lupa". Bagaimana Allah nak pandang kita kalau kita sendiri lupa kat dia. 

#2 Hadiri kelas-kelas ilmu.

Tak kiralah kelas apa sekalipun, kena rajin datang kelas. Sebab nak jadi orang berjaya kena ada ilmu. Kalau takde ilmu ke laut lah kita. Dalam shaklee sendiri pun setiap bulan mesti ada health talk so korang kena rajin update untuk tau info-info terkini tentang produk, promo dan sebagainya. Pastu boleh la nak attend kelas fbads, copywriting dan lain-lain. Haa yang ni berbayar sebab kelas ni boleh dapat diluar.

#3 Bertindak jangan tunggu

Okay yang ni penting, lepas dah hadiri majlis ilmu terus apply apa yang kita dah belajar jangan tunggu. Kalau tunggu tu yang bole buat kita lupa. Haa ni yang ramai orang selalu buat. Akhirnya depa akan komplen. Aku dah pergi kelas macam-macam. Duit dah habis ribu-ribu tapi tak dapat ape. Cuba check balik dimana silapnya. 

#4 Rajin-rajinkan diri sharing di media sosial

Kalau guna media sosial untuk jana income so kena la rajin share pasal shaklee. Kalau tak share camne orang nak tau kita buat bisnes betul tak? 

#5 Tolong orang lain untuk sama-sama berjaya

Dalam team saya, kita saling bantu membantu. Sebab kita semua sama-sama nak berjaya. Masing-masing punya 'big why' sendiri. Kenapa aku perlu berjaya? Untuk sapa? Anak-anak? Mak ayah? Jom kalau korang juga seperti saya meh la saya nak bantu. Syaratnya mesti sanggup dan rajin buat. Mana ada kerja yang duduk saja tanpa usaha. Betul ke betul?

#6 Jangan berhenti berharap

Berharap saja tanpa usaha pun tak bole juga ia kena selari. So jangan tarik brek dulu kalau anda belum sampai ke destinasi. 

#7 Kenali shaklee

Sebelum nak decide untuk buat bisnes shaklee ni, saya tak pernah pun nak kaji pasal company ni. Saya cuma tau pasal produk dia je. Sebab produk saya jatuh cinta. Lepas tu baru saya tau yang shaklee ni dah wujud lama dah dari zaman saya kecik lagi memang dah ada. Kenapa shaklee masih ada sampai sekarang? Haa nak tau tu kena tanya saya sendiri. 

Haa penat dah baca? Saya rasa belum penat lagi nak share dengan korang ni. Ada lagi yang saya buat selain apa yang saya kongsikan tadi. Nak tau tak?

Saya join projek #tsunamishaklee. Best projek ni, dengan projek ni saja saya dapat pelanggan. Ramai yang join projek tsunami shaklee. Korang nak tak jadi sebahagian dari kami?


Nutriferon Vitamin Faveret Saya Selepas ESP
"Ehh awak kenapa? Terbaring je."

"Rasa tak sedap badan macam nak demam la, kena hujan kan semalam."

"Ok la tunggu sat saya p bancuh nutriferon untuk awak."

Keesokannya saya tengok encik suami dah sihat cam biasa.

Anak-anak pun kalau demam ke atau kena jangkitan virus cepat-cepat la saya bagi nutriferon ni. Nutriferon ni kalau takde kat uma boleh menggagau cari dikala anak-anak atau mak bapak budak tak sihat. So wajib ada kat rumah. 

Pengalaman saya sendiri, kalau demam je mmg tak mkn dah panadol. Telan je nutriferon selesai masalah.

Anak-anak pun suka kekadang tu sy takyah suruh dorang sendiri minta nak makan 🙈🙈🙈

Nutriferon ni bagus sebagai perisai tubuh badan. Melindungi kita dari jangkitan virus. Jom beli sekarang kebetulan tengah promosi.

Beli 2 nutriferon diskaun 5% atau beli 6 nutriferon percuma 1 😍


Promosi Bulan November - Nutrifeon Beli 6 Percuma 1