Bismillah.

Bila nak taip entry ni rasa menggeletar jari jemari. Bahkan degup jantung pun turut berdegup dengan kencang secara tiba-tiba. Kenapa saya jadi camni? Selalunya kalau jantung degup kencang ni bila saya nak dating dengan encik husben masa bercinta dulu. Tapi debaran yang saya rasa sekarang ni lain sangat.

Adakah sesuatu akan terjadi pada saya pada masa-masa yang mendatang? Harap sesuatu yang baik bakal berlaku la ye [muka mengharap]. Tinggal 53 hari saja lagi nak melangkau ke tahun 2017. 

Jadi dalam masa 6 bulan lagi saya akan mencapai income sebanyak 5 angka. Dengar 5 angka tu macam wooww! Banyaknye mampukah saya? Dengan impian dan keazaman yang tinggi saya harus jadikan ia kenyataan. Tak perlu tunggu dan lihat kejayaan orang lain sebabnya saya dah penat melihat. Tiba masa saya perlu merasai kejayaan itu. Mana perginya saya yang dulu sentiasa optimis dalam setiap perkara? 

Saya perlu dapatkan 'cheese' saya! Mana perginya cheese saya tu? Kenapa dengan cheese? Haa kena baca buku 'who moved my cheese' by Dr. Spencer Johnson.

Okay sebagai seorang business leader apa yang saya buat untuk mencapai income 5 angka tu? Adakah duduk saja duit akan jatuh ke riba? Haa ni dia yang saya buat,

#1 Dekatkan diri dengan pencipta.

Apa-apa pun utamakan yang utama dahulu. Setiap perkara yang saya lakukan niat kerana Allah taala. Solat jangan tinggal, tu nasihat mak saya. "Kalau kakak nak berjaya solat 5 waktu jangan tinggal, solat sunat Tahajjud juga jangan lupa". Bagaimana Allah nak pandang kita kalau kita sendiri lupa kat dia. 

#2 Hadiri kelas-kelas ilmu.

Tak kiralah kelas apa sekalipun, kena rajin datang kelas. Sebab nak jadi orang berjaya kena ada ilmu. Kalau takde ilmu ke laut lah kita. Dalam shaklee sendiri pun setiap bulan mesti ada health talk so korang kena rajin update untuk tau info-info terkini tentang produk, promo dan sebagainya. Pastu boleh la nak attend kelas fbads, copywriting dan lain-lain. Haa yang ni berbayar sebab kelas ni boleh dapat diluar.

#3 Bertindak jangan tunggu

Okay yang ni penting, lepas dah hadiri majlis ilmu terus apply apa yang kita dah belajar jangan tunggu. Kalau tunggu tu yang bole buat kita lupa. Haa ni yang ramai orang selalu buat. Akhirnya depa akan komplen. Aku dah pergi kelas macam-macam. Duit dah habis ribu-ribu tapi tak dapat ape. Cuba check balik dimana silapnya. 

#4 Rajin-rajinkan diri sharing di media sosial

Kalau guna media sosial untuk jana income so kena la rajin share pasal shaklee. Kalau tak share camne orang nak tau kita buat bisnes betul tak? 

#5 Tolong orang lain untuk sama-sama berjaya

Dalam team saya, kita saling bantu membantu. Sebab kita semua sama-sama nak berjaya. Masing-masing punya 'big why' sendiri. Kenapa aku perlu berjaya? Untuk sapa? Anak-anak? Mak ayah? Jom kalau korang juga seperti saya meh la saya nak bantu. Syaratnya mesti sanggup dan rajin buat. Mana ada kerja yang duduk saja tanpa usaha. Betul ke betul?

#6 Jangan berhenti berharap

Berharap saja tanpa usaha pun tak bole juga ia kena selari. So jangan tarik brek dulu kalau anda belum sampai ke destinasi. 

#7 Kenali shaklee

Sebelum nak decide untuk buat bisnes shaklee ni, saya tak pernah pun nak kaji pasal company ni. Saya cuma tau pasal produk dia je. Sebab produk saya jatuh cinta. Lepas tu baru saya tau yang shaklee ni dah wujud lama dah dari zaman saya kecik lagi memang dah ada. Kenapa shaklee masih ada sampai sekarang? Haa nak tau tu kena tanya saya sendiri. 

Haa penat dah baca? Saya rasa belum penat lagi nak share dengan korang ni. Ada lagi yang saya buat selain apa yang saya kongsikan tadi. Nak tau tak?

Saya join projek #tsunamishaklee. Best projek ni, dengan projek ni saja saya dapat pelanggan. Ramai yang join projek tsunami shaklee. Korang nak tak jadi sebahagian dari kami?


No comments