Alhamdulillah cuti sekolah dah pun bermula.

Mak tak perlu terkejar-kejar menghantar anak ke sekolah sambil menempuh jem. Jalan pun lengang hari ni, suasana depan rumah pun sunyi takde kedengaran hiruk pikuk bunyi hon kereta dan suara anak-anak ke sekolah. Al-maklumlah mak duduk bebetul depan bangunan sekolah sudah terbiasa dengan bunyi riuh rendah. Bila sunyi tu tau dah mereka semua sedang bercuti, seronoklah cikgunya pun boleh plan jalan-jalan makan angin di luar daerah.
Jadi apa plan cuti sekolah mak-mak dan ayah-ayah sekalian?

Sudah tentulah ada yang bercadang bercuti di luar negara mahupun di dalam negara atau menghantar anak-anak mengikuti program sepanjang bercuti. Saya pulak masih termangu memikir apa aktiviti berfaedah untuk Afif dan Nisa. Kalau boleh saya tak nak dorang sepanjang masa hanya menonton kartun 'si kucing bernama Oggy bersama tiga ekor lipas yang nakal' di rumah atau pun 'rabbids si arnab yang bisu berbahasa alien'. Hihi maknye yang pening bila tengok anak dok ralit menonton sambil bergelak ketawa. Apalah yang lucu sangat tu kan.

Sebagai mak yang sibuk membuat dua kerja dalam satu masa bekerja di pejabat dan Bisnes Online di rumah. Saya juga ingin memastikan anak-anak tidak terlepas daripada melakukan aktiviti dirumah. Antara aktiviti cuti-cuti  Malaysia di rumah sambil Bisnes Online adalah :-

#1 Mempelajari seni lukis

Kelas Art Untuk Kanak-Kanak

Saya ada bercadang untuk menghantar mereka mempelajari seni lukis dan mewarna di My Art Studio yang terletak di Sungai Jati Klang tak jauh pun dari rumah. Memandangkan seni mewakili minda kanak-kanak, mereka mudah mempamerkan emosi dan pengalaman melalui lukisan. Mana tau mereka dapat mengasah bakat mereka dari situ, haa bolehlah menjadi pelukis terkenal satu hari nanti [mak dia yang lelebih hahaha!] Teknik dan kreativiti tu yang penting supaya seni yang dihasilkan nampak cantik dan memukau mata orang yang memandang.

#2 Mempelajari Al-Quran 

Mengajar Anak Untuk Mendalami Ilmu Al-Quran

Dah lama mengidam nak hantar anak mengaji dan akhirnya belajar la mereka di rumah nenek. Bila survey tengok dalam pakcik google ni ada beberapa tempat yang adakan program mempelajari Al-Quran sempena cuti sekolah paling dekat dengan rumah adalah di Sungai Udang. Tapi disebabkan kelas habis pada jam 1 petang saya rasa tiada siapa yang dapat mengambil anak so saya batalkan hasrat itu. Makanya mak dan ayahnya saja yaa kena ambil perhatian di dalam hal ini.

#3 Berjalan-jalan sambil beraktiviti

Menghabiskan Masa Bersama Anak Tersayang - sekadar gambar hiasan


Hmmm berjalan-jalan sambil melakukan aktiviti contoh macam bermain layang-layang, bermain pasir di tepi pantai atau berjogging di taman juga boleh dilakukan bersama mereka bagi mengisi masa lapang yang terluang. Aktiviti seperti ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara mak ayah. Yelah seharian mak ayah sibuk dengan kerja di pejabat. Apakata luangkan sedikit masa dengan anak-anak jadi mereka tak lah rasa terasing.
Namun aktiviti Bisnes Online tidaklah dilupa, dah namapun online walau dimana jua saya berada anda masih boleh dapatkan vitamin Shaklee daripada saya. Mudah bukan? semuanya hanya dihujung jari. Tak rugi kalau ada Bisnes Online ni kerana waktu saya sangat fleksibel dan boleh di adjust mengikut kesukaan saya.

Anda juga masih mencari Bisnes Online apa yang mudah tanpa mengeluarkan modal yang banyak? Jom chit-chat dengan saya, mana tau saya boleh bantu anda.


No comments