Hari ni saya nak terobek kembali kisah saya macam mana saya bermula dengan Shaklee. Saya mula jatuh cinta dengan produk Shaklee pada tahun 2013 dan sampai sekarang masih lagi cinta. Bila dah makan produk dan merasai keberkesanan pada diri saya, baru lah terdetik dihati saya untuk kenal dengan bisnes Shaklee ni. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Actually Shaklee bukan calang-calang company, ia diasaskan dan dihasilkan oleh Dr Forrest C Shaklee. Untuk pengetahuan semua, Shaklee sudah bertapak di Malaysia sejak 20 tahun lalu. Shaklee juga mempunyai beberapa rangkaian lain di serata dunia.

Company Shaklee wujud sejak tahun 1956. Tahun ini genap syarikat Shaklee berusia 60 tahun. Produk Shaklee dihasilkan sejak 101 tahun dulu : Vitalea (Vitalized Minerals), ia adalah multivitamin pertama di dunia. Haa kalau korang nak tau Shaklee adalah syarikat paling pelik di dunia kerana mementingkan PRODUK BERKESAN dan SELAMAT UNTUK MANUSIA. Sebab itulah terbukti setelah 41 tahun Vitalea di makan oleh manusia dengan selamat tanpa ada yang keracunan, hati rosak, buah pinggang rosak akibat makan vitamin ini. So barulah Dr Shaklee set up satu syarikat untuk memasarkan produk Shaklee secara MLM.

Shaklee bermula dengan produk Vitamin dan pembersih organik Basic H yang terhasil secara semulajadi daripada hasil pembuatan Vitamin. Sehingga hari ini, Shaklee masih kekal dengan Vitamin dan produk pembersih sebagai produk utama, dan skin care serta water filter sebagai produk sampingan.

Setiap tahun Shaklee membelanjakan RM1 BILLION untuk R&D pada setiap produk mereka. Cuba check produk supplement lain yang anda sedang makan selain Shaklee sekarang, ada tak company tu spend at least RM10 Juta untuk R&D (kajian penyelidikan & pembangunan / penambahbaikan produk). Shaklee tidak membazirkan wang untuk marketing disebabkan itu bisnes Shaklee boleh bertahan walaupun dalam keadaan ekonomi sedang merudum sekalipun kerana modal marketing Shaklee adalah manusia. Oleh itu Shaklee pilih MLM sebagai MODEL BISNES, Bukan trading, bukan SLM , bukan binary, bukan head hunting dan bukan borong. Shaklee belum pernah gagal membayar bonus kepada semua pengedarnya sejak 60 tahun dahulu.

Menurut sifu internet marketing yang juga pakar pemasaran internet tuan Faisal Abdullah, bisnes Shaklee sangat bagus kerana produknya bagus dan terbukti berkesan sejak puluhan tahun, dan JENAMA SHAKLEE sudah terkenal di serata Malaysia, maka untuk orang baru yang nak berbisnes, Shaklee sangat bagus kerana ia SHORT CUT untuk dapat sales dengan mudah tanpa perlu susah payah perkenalkan JENAMA SHAKLEE, apa yang agent baru perlu buat adalah TONJOLKAN DIRI DI MEDIA SOSIAL sebagai WAKIL SHAKLEE BERILMU / LEADER SHAKLEE AKTIF untuk yang target bisnes.

Shaklee ditunjangi oleh barisan saintis yang memenangi NOBEL PRIZE dan berpangkat professor. Saintis inilah yang sentiasa, setiap hari memastikan produk Shaklee adalah selamat dan jika ada penambahbaikan merekalah yang akan segera melaksanakan pembaharuan ini. Ketua saintis Shaklee adalah seorang pemenang anugerah noble yang telah berusia 90 tahun. Beliau masih sihat, otak cerdas, dan masih boleh ber-high heels lagi semasa buat demo & presentation atas pentas! 

Untuk pengetahuan korang juga, Shaklee tidak memiliki ladang tanaman sendiri kerana Shaklee pentingkan kualiti. Sekiranya ladang yang Shaklee lantik tidak memenuhi SYARAT KUALITI yang Shaklee tetapkan, maka SHAKLEE AKAN DISCARD semua hasil ladang dan terus mencari ladang yang baru. Cuba bayangkan kalau Shaklee buat ladang sendiri, katakan la hasil tumbuhan yang ada telah rosak maka Shaklee tentu sayang nak reject, sebab dah keluar duit banyak untuk baja, tanaman etc. Umpama kita ada pokok durian sendiri, kita takkan nak beli durian yang dijual oleh orang lain? Eventhough durian kita tak sedap sangat tapi kita sayang durian tu. Orang yang takde pokok durian, dia akan keluarkan duit yang banyak untuk memilih DURIAN TERBAIK.

Dan Shaklee juga tak nak buang masa dengan hal ehwal penanaman, FOCUS Shaklee hanya untuk PENGHASILAN PRODUK BERMUTU DARI BAHAN MENTAH TERBAIK. Bahan mentah terbaik Shaklee boleh dipilih dari banyak sumber, TAPI PENGHASILAN PRODUK BERMUTU DAN TERBAIK, SHAKLEE AKAN PASTIKAN MESTILAH IKUT STANDARD YANG DITETAPKAN SHAKLEE.

Justeru itu setelah berfikir panjang saya memilih yang terbaik buat diri dan family dengan Shaklee untuk merebut peluang bisnes memandangkan Shaklee mempunyai value yang sangat tinggi ditambah pula produknya yang semulajadi, selamat dan berkesan serta mempunyai landmark study yang diyakini.


No comments