Apa itu ruam panas?

Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang bintik-bintik ruam merah terang dan di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, ini mungkin ruam panas. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk (miliria), boleh keluar apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia ini.  Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di bahagian-bahagian di mana pakaiannya terletak dengan ketat. Jika bayi anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi. 

Adakah ruam panas serius?

Tidak, tapi ia adalah petanda yang anak anda terlalu panas. Jika anda tidak mengambil langkah untuk menyejukkan badannya, dia mungkin mendapat kondisi yang lebih serius, seperti kelesuan haba atau strok haba.  Jika ini berlaku, anak anda tidak akan dapat mengawal suhu badannya yang mana suhunya mungkin naik lebih tinggi daripada normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat. 

Apakah yang menyebabkan ruam panas?

Bayi anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas kerana kelenjar peluh mereka belum matang sepenuhnya.  Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Bayi boleh mendapat ruam panas daripada apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi. 

Adakah ruam panas itu menyakitkan bayi saya?

Tidak, ianya tidak menyakitkan tetapi kadangkala terasa tersangat gatal dan menjengkelkan. Sensasi yang mencucuk atau perit itu mungkin akan mengganggu anak anda. Setengah daripada bintik itu juga mungkin terasa pedih jika disentuh. 

Bagaimana saya harus merawat ruam panas?

Kebanyakan ruam panas akan hilang dalam beberapa hari. Namun sementara itu, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan gatal dan ketidakselesaan bayi anda. 

Kurangkan kepanasan dan kelembapan

Beralihlah ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh. Cuba gunakan kipas mini apabila anda keluar berjalan-jalan. Pada waktu malam, letakkan kipas dalam bilik bayi anda untuk pengedaran udara yang lebih baik. 

Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju daripada kain kapas

Fabrik sintetik seperti poliester atau nilon memerangkap panas. Pilihlah fabrik semula jadi seperti kapas. Seberapa boleh, longgarkan atau tanggal bajunya dan biarkan dia tidak memakai lampin seberapa kerap yang boleh. 

Pastikan badannya sentiasa sejuk

Sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah, atau mandikan bayi dalam tab atau pancur air. Biar kulitnya kering dalam udara biasa dan seberapa yang boleh jangan gunakan tuala. Ini dapat membantu memulihkan ruam.

Gunakan losyen kalamin

Sapukan dengan banyak (kecuali dekat kawasan mata).Ini sangat bagus terutama jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya. 

Gunakan krim hidrokortison


Gunakan krim ini atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.  Jangan gunakan salap dan losyen lain kerana ianya akan membuat ruam menjadi lebih teruk dengan cara memerangkap kelembapan dalam kulit.  Awasi anak anda pada masa ini. Apabila suhunya turun, badannya boleh menjadi sejuk dan perlu diberi kehangatan semula.  

Bagaimanakah saya dapat mengelakkan ruam panas?

Pastikan bayi anda sejuk dan selesa dengan memakaikannya pakaian yang ringan, longgar dan diperbuat daripada kapas, terutama sekali semasa cuaca panas.  Jika anda kurang pasti samada dia terlalu panas, sentuh kulitnya. Kulit yang panas dan lembap adalah petanda bahawa bayi anda terlalu panas. Semasa cuaca panas, duduklah dalam rumah atau cari tempat yang sejuk, teduh atau berangin apabila membawanya duduk dan bermain di luar. Pastikan bayi anda minum banyak cecair supaya dia tidak ternyahhidrat.
 
Gunakan Herbal Blend Shaklee


Pada saya lebih baik sapukan Herbal blend pada kulit bayi. Kerana kulit bayi sangat halus dan lembut jika disapu dengan krim yang mengandungi steroid. Semua anak-anak saya gunakan krim Herbal Blend ni, saya siap jadikan losyen lagi untuk anak ketiga. Bila ada ruam atau merah-merah di pelipat leher atau celah peha terus saya sapu. Dalam sehari dah hilang merah-merah tu. Dah tak guna krim-krim ruam yang dijual di farmasi. Better guna herbal blend lebih selamat. 

Sumber : http://www.babycenter.com.my/a1045215/ruam-panas




Testimoni Leher Merah Pulih Selepas Gunakan Basic H & Herbal Blend

No comments