5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat
Semalam saya tanya hubby, "nak makan apa malam ni?".

Dia jawab "makan apa yang ada je".

"Jom makan luar nak?" Kata saya.

"Takyah lah!"

"Ehh nape? Saya lapar ni"

"Jimat! Awak kan bole masak"

Ekkk!! [terkono den sebijik-sebijik] Dalam hati saya, ehh duit ada nak jimat cermat plak. Kenapa perlu berjimat cermat? Zaman la ni semuanya duit. No money no talk!

Nak makan duit!

Nak masuk tandas awam duit!

Nak lalu atas jalan kena tol duit!

Nak isi minyak duit!

Semuanya duit. Pening aihh cite pasal duit ni. Nak cari duit pun pening. Ada duit pun pening. So sekarang ni takyah pening-pening, apa kata kita berjimat cermat dan belanjakan apa yang perlu saja. 

Ibarat keperluan vs kehendak. 

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat.

Sediakan Tabung Simpanan

#1 Digunakan semasa kecemasan

Selalunya kita takkan tau bila hal-hal kecemasan akan berlaku. Kereta rosak ke, tayar pancit ke, eksiden ke. Jadi kena sediakan payung sebelum hujan. Hasil dari pendapatan bulanan kita perlu simpan sedikit. Yelah malang tidak berbau so kena la standby. 

#2 Simpanan untuk masa depan anak-anak

Anak-anak bakal dewasa kelak, dari awal mereka lahir lagi kita patut sediakan akaun simpanan buat mereka. Sekarang nak belajar kat sekolah pun kena duit. Dah besar nanti lagi banyak keperluan untuk mereka. Hmm kena fikir jauh ni xde shortcut tau. 

#3 Simpanan hari tua

Usia kita setiap tahun bakal berubah, kalau tak berjimat dari sekarang masa tua nanti kita bakal susahkan orang sekeliling kita. Kalau boleh hidup ni kita nak tenang-tenang aja. Dah pencen duduk uma jaga kebun, tengok ayam ternakan, jaga lembu ke kambing ke. Petang-petang round kampung, malam-malam beribadat. Hmmm tenangnye hidup masa tua nanti kan xde susahkan sesiapa. 

#4 Sekiranya sakit

Sekarang sihat kita mungkin tak rasa pape. Mana tau esok lusa camne kan. Sudah terhantuk baru terngadah. Nak beli ubat pun perlukan duit. Nak pergi klinik pakar pun kena duit tau! Sebab tu saya amik insurans untuk anak-anak. Bayar la skit untuk monthly supaya senang kendian hari.

#5 Supaya hargai masa

Orang yang berjimat cermat akan menghargai masa sebab masa itukan emas. Kalau bole masa yang ada digunakan sebaik mungkin dengan aktiviti berfaedah. Contohnya nak cari income lebih. Memang orang akan cakap "saya gaji ciput tak mampu nak buat simpanan" tapi kudrat masih ada dan muda jadi better lakukan sesuatu yang bole menjana pendapatan. So anda bole Daftar Ahli Shaklee sekarang untuk masa depan yang lebih cerah.

Amalan berjimat cermat ni perlu dilatih semasa kecil seperti menyimpan duit, gunakan barang recycle, berbudi pada tanah serta hargai alam sekitar. Anak-anak tentu seronok bila kita libatkan mereka dengan aktiviti seperti ini sambil mereka dapat belajar sesuatu yang bermanfaat untuk mereka gunakan pada masa akan datang.
Cara Bayar Hutang PTPTN Dengan Bisnes Online Shaklee
Adik saya baru je habis belajar diploma rasanya dah dua kali jugak dia apply untuk sambung belajar. Malangnya rezeki tak menyebelahi dia. 

Give up nak sambung belajar dia apply bekerja pula. Alhamdulillah dapat juga dia keje walaupun sebagai kerani. Saya ada cadangkan pada dia untuk sama-sama bisnes shaklee memandangkan bisnes online shaklee memberikan pulangan yang lumayan.

Jom shaklee!

Dilema Fresh Graduate

Dilema anak muda fresh graduate mahupun lepasan spm adalah peluang pekerjaan. Nak-nak kena bayar PTPTN plak kan haihh mana nak cekau duit. Kalau tak bayar kena blacklist tak boleh keluar negara. Paling haru masuk plak dlm ccris. Adehh! 

Isi borang jawatan kosong dah banyak kali, interview sana-sini pun susah nak dapat kerja. Jadi camne?

Baru ni saya ada follow husben jumpa customer dia berniaga foodtruck. Sempat juga saya bersembang dengan dia bertanya pasal bisnes ni. Modal kena besar sebab nak beli foodtruck tu pun cecah puluh ribu kalau tak salah saya. Dan kebanyakan yang meniaga foodtruck adalah mereka yang fresh graduate. 

Saya fikir Bisnes Online Shaklee adalah pilihan terbaik untuk fresh graduate yang nak buat bisnes tanpa modal untuk bayar hutang PTPTN.

Camne caranya?


#1 Bisnes Online Shaklee Sangat Murah

Tak perlu keluar modal banyak, tanpa pinjaman pun dah bole start buat Bisnes Shaklee. Hanya bayar yuran keahlian sebanyak RM79.50 saja. Haa murah kan? 

Takyah sewa kedai dan ambil pekerja. Buat pening kepala je nak bayar sewa bulanan dan upah pekerja. Apa tunggu lagi jom join Shaklee!

#2 Gunakan Social Media Marketing Untuk Tujuan Pengiklanan

Kita bukan buat iklan macam kat tv tu ek. Kos marketing untuk Bisnes Online Shaklee juga tak perlu keluar modal besar. Hanya gunakan facebook, instagram, blog, youtube dan sebagainya untuk tujuan promosi. Takde akaun? Sign up je bukan bayar pun free je.

Guna laptop atau smartphone pun memadai. Rasanya zaman sekarang semua orang ada smartphone kan? Akaun facebook pun ade cuma tinggal nak buat marketing je lagi.

#3 Hadiri Kelas Untuk Tingkatkan Skill Bisnes

Kena rajin datang kelas yang dianjurkan oleh upline. Dalam kelas-kelas camni biasanya mereka akan dedahkan cara untuk buat Bisnes Online Shaklee dengan berkesan. 

#4 Follow Upline Shaklee Yang Dah Berjaya

Untuk jayakan sesebuah bisnes, kita kena follow orang yang berjaya. Ikut step mereka kerana mereka lebih dulu makan garam dari kita. Maka kita takkan buat silap dalam Bisnes Shaklee.

#5 Mental Kena Kuat

Dalam bisnes ni bukan baru je join dah boleh dapat pulangan besar. Mesti bermula dari bawah. Kalau start dari awal contohnya di usia muda lagi bagus. Kebanyakkan yang saya lihat untuk naik rank sampai Master [rank tertinggi dalam shaklee] biasanya mereka akan ambil masa selama 3 tahun baru dapat jika bersungguh-sungguh.

Contoh : Katalah umur Syakira sekarang baru 22 tahun, dalam masa 3 tahun beliau nekad berusaha dan fokus dengan Bisnes Online Shaklee dan akhirnya beliau rank up sehingga Master Coordinator di usia 25 tahun. Muda belia lagi dah berjaya dalam bisnes. Hebat kan? Anda juga boleh.

Masih nak berfikir lagi? Dalam banyak-banyak bisnes. Bisnes Online macam ni la paling mudah. Korang takyah susah-susah perah otak nak keluarkan produk sendiri. Hanya perlu promote sahaja. Yang bagusnya produk Shaklee sangat berkualiti dan diyakini. Bila produk bagus senang nak jual.

Jom Daftar Ahli Shaklee.
4 Sebab Untuk Bisnes Online Saat Ekonomi Sekarang
Semakin lama ekonomi Malaysia semakin merundum. Tambahan dengan kenaikan harga barang, minyak dan sebagainya ramai yang mengadu dan mengeluh. 

Sama la dengan saya, bila dah beranak tiga ni macam-macam keperluan anak perlu disediakan. Daripada mengeluh elok la kita lakukan sesuatu untuk menjana pendapatan. Jadi kenapa saya memilih Bisnes Shaklee sebagai Bisnes Online ketika ini?

4 Sebab Untuk Bisnes Online Saat Ekonomi Sekarang.


Kos Yang Rendah

#1 Kos yang rendah

Saat ekonomi merundum duit pun ada takde je kan tak mungkin saya nak sewa kedai betul tak? Nak mulakan sebuah bisnes dengan zero poket memang berbaloi buat bisnes online. Tak perlu sewa kedai, bayar utilities bill, buat pinjaman bank dan sebagainya. Bahkan takyah ada pekerja pun. Kita lah bos dan kita lah pekerja.


Bisnes Online Fleksibel

#2 Fleksibel

Tak kira masa dan tempat!

Bisnes online ni keje tak kira masa, memang fleksibel. Even hari cuti pun masih boleh bekerja tanpa abaikan anak-anak. Sedangkan waktu saya berada di kampung, orang boleh call untuk order Vivix. Asalkan ada akses internet di mana-mana bisnes boleh dilakukan.


Pelanggan Dari Beberapa Pelusuk Dunia

#3 Pelanggan dari beberapa pelusuk dunia.

Bila kedai maya kita mula dikenali ramai tak kiralah melalui facebook, instagram, blog dan sebagainya akan ada orang dari seberang mau nanya tentang produk. Bisnes kita semakin luas dan berkembang.


Kos Marketing Murah

#4 Kos marketing murah

Dengan adanya media sosial maka kos marketing menjadi lebih murah. Contohnya facebook, takyah kua duit banyak untuk buat iklan boleh promote produk dengan percuma je. Janji kena rajin.

Sebab kos yang murah, mudah, fleksibel dan global kita kena mula berjinak-jinak dari sekarang. Seeloknya anak-anak muda kerana akan datang mereka akan lebih matang dan berani kerana telah mempunyai pengalaman dalam meng-handle bisnes online. Hasilnya bila berjinak dari awal memang lumayan.


Nak join shaklee? Jom klik link disini.




Gadjet Impian Untuk Bisnes Shaklee Saya
Huawei P9 Plus atau Iphone 7 Plus? 

Mana satu nak pilih? Sebab dua-dua best!

Rasa nak dua-dua bole? Hahaha [gelak tamak]

Saya memana pun okeh sebenarnya. Sebab skrg kalau nak taip entry blog ke nak edit gambar ke semua guna smartphone. Jarang dah guna laptop. 

Cuma baru ni adik bongsu saya ada bagitau pasal iphone7 sambil tunjuk review dari youtube. Yang sangat menarik minat saya adalah kualiti rakaman video. Haihhh bila tengok rasa wowww! Cantik giler gambar dia.

Memandangkan saya ada terfikir untuk hasilkan video sendiri makanya saya perlukan phone yang bole hasilkan gambar yang cantik supaya wajah saya nampak lawa tanpa cela. Haa gitteew! 

Tapi tak nak lawa di gambo je kalau bole nak lawa bebetul. Kebetulan pulak bulan ni promo Collagen Powder haa akak dah rembat 2 kotak tau siap Vivix dan Vit C skali. Bila kulit i flawless sila jangan jeles, buat rugi ja. Why not u pun beli then kita lawa sesama. Lebih afdal gitteww.

So berbalik pada smartphone tadi mana satu pilihan hati?

Rasa nak beli Iphone 7 Plus ja ok dak??


Smartphone Idaman Hati - Sekadar Gambar Hiasan



Kenapa saya perlu beli Iphone 7 Plus?

#1 Paparan sebesar 5.5 inci dengan resolusi 1080 x 1920 pixels 

#2 pemproses Apple A10 Fusion, Quad-Core CPU

#3 memori dalaman 32/128/256 GB serta 2GB RAM

#4 kamera utama 12 MP, 2x Optical Zoom

#5 kamera selfie 7 MP

#6 kalis air dan debu

#7 warna pilihan hati Rose Gold

Sesungguhnya saya memang suka phone berskrin besar supaya puas melihat gambar dan mudah untuk bekerja. Kualiti gambar pun haruslah clear taknak yang kabur kang nak tengok pun tak semangat. Yang pasti nak smartphone yang power! Klik-klik je kua, nak slide pun pantas kalau slow macam siput takmo. Hangpa nak kata kita cerewet pun takpe sebab memang pun. Hubby kita pun tau kita mmg cerewet bab-bab gajet ni.

Harapan saya besar, harap impian jadi kenyataan. Kena dapat kelulusan gabenor sang suami dulu. Kalau lulus nak terus beli. Hihi bole masuk dalam VB 2017.

Nak RCA teruih. Jom sape yang impian sama cam saya mana tau jatuh dari langit. Rezeki mana tau.

Kedai Shaklee Untuk Bisnes Online Shaklee Saya
Hi korang~

Kalau nak beli sesuatu barang tu korang selalu guna medium apa? Macam sekarang kan kita boleh google saja pakai henpon jadi senang nak search apa yang kita cari.

Biasanya orang selalu call saya untuk dapatkan set shaklee dan bila saya tanya kat mana dorang jumpa nombor saya? Jawapannya melalui blog atau ig. Yeahhh! Jadi bagi korang yang masih tak tau boleh follow saya okehh.

Kedai shaklee saya menyediakan perkhidmatan :

√ Konsultasi secara percuma 

√ Cash on delivery di sekitar Shah Alam, Kg. Jawa, Kg. Sg. Kandis, Tmn. Sri Sentosa, Tmn. Sri Andalas, Bandar Puteri, Bandar Bukit Tinggi, Bandar Botanik

√ Poslaju seluruh Malaysia

Sukacitanya menjemput korang semua untuk datang ke Kedai Shaklee untuk Bisnes Online Shaklee saya.


Fb : Kiera Idres

Fb page : Pengedar Shaklee Klang 019-3077392

Ig : @kierashealthplanet


Atau boleh kringg-kringg je di talian 019-3077392

Bisnes Online Shaklee Saya
 

Jemput follow saya tau.

Thank you for your support, mucho graciass! 




5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya
Hari ini sudah ramai orang buat bisnes di sekeliling kita tak kira sama ada secara online ataupun offline. Tapi adakah mereka faham bagaimana cara untuk buat Bisnes? Sebenarnya nak berjaya dalam bisnes kita perlu ada mentor. Ini penting. Nak berniaga kena ada mentor yang dah berjaya bina perniagaan. Ini bukan bisnes saja suka-suka ikut orang. Jadi siapa mentor bisnes kita? Macam saya sudah tentulah upline saya sendiri iaitu Master Siti Al'Izzah. 

Tak nak ada mentor? Boleh. Tapi lambat la anda bergerak. Orang lain dah pecut laju-laju sampai ke hujung dunia awak baru terkedek-kedek nak naik sampan. Memang lah orang kata pelan-pelan kayuh tapi dalam bisnes mesti ada persaingan maka kalau kita lambat kita akan tertinggal di belakang. Sebab itu kita perlu ada mentor supaya kita tidak banyak buat silap. Mentor akan tunjukkan apa yang perlu di ubah dan baiki.

So nak berjaya dalam Bisnes Shaklee ni mudah saja, ikut orang yang dah berjaya buat then awak akan berjaya!

Suka saya nak kongsikan 5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya.



Cara Buat Bisnes Online 


#1 Kelas Rahsia Ajaib Jutawan Shaklee 

Memandangkan ramai suri rumah dah upgrade diri mereka menjadi ahli bisnes wanita, maka kelas ni memang sesuai untuk mereka. Banyak rahsia dan tips macam mana suri rumah yang biasa-biasa boleh jadi jutawan dari Bisnes Shaklee dengan hanya berkongsi tentang kebaikan Produk Shaklee secara online. Mereka hanya dapat income dengan hujung jari saja sambil uruskan rumahtangga dan jaga anak kecil. Hebat bukan?

#2 Kelas Strategy Blog 7 Angka

Bila zaman serba moden ni mudah la nak buat bisnes melalui internet. Tanpa berjumpa pelanggan kita mampu berurusniaga di dalam alam maya. Jadi Kelas Strategi Blog 7 Angka ni saya dapat belajar bagaimana nak bina sebuah blog sebagai medium / channel sales masuk setiap hari bagaikan air sungai yang sentiasa mengalir dan umpama pokok yang lebat berbuah.


#3 Kelas Teknik Close Sales Power

Kelas ni saya suka sangat, sebab dapat belajar cara nak close sales dengan berkesan dengan menggunakan teknik panggilan magik yang di adun dengan elemen lampu ajaib. Macam lampu ajaib aladdin lak kan? Hihi. Tapi bila dah power guna teknik ni memang senang nak close sales tau. Nak tau camne? Haa join group kami baru kami bagitau anda.


#4 Kelas Teknik FB 6 Angka

Kalau kita tengok sekarang ni ramai yang berniaga online menggunakan FB betul tak? Mereka menggunakan FB untuk mempromosikan produk atau servis. Lagipun FB bukan susah nak create pun, rata-rata ramai orang mempunyai akaun FB. Jadi saya juga tak terlepas untuk mempelajari teknik FB 6 Angka. Dalam kelas ini kami diajar cara untuk bina kredibiliti diri sebagai peniaga online untuk menjalankan bisnes online dengan lebih berkesan tanpa keluarkan modal sesen pun untuk marketing.


#5 Kelas Marketing Dari Pakar IM (Internet Marketing) yang dijemput khas oleh Mentor Bisnes saya untuk team SuperStarShaklee

Saya pernah menghadiri kelas Tuan Amirul Faisal dan Tuan Hasbul Aqil, seronok belajar dari dorang. Kalau diberi peluang saya mau lagi mengikuti kelas mereka. Mereka juga diantara orang-orang hebat dan pakar dalam internet marketing. Memang kelass kan group kami ni siap dapat ilmu dari orang-orang hebat!

Akhir sekali kita mesti berani bertindak dengan ilmu. Kalau berani bertindak tanpa ilmu, hasil yang diperolehi takde la banyak. Ibarat pergi berperang tanpa bawa senjata. Akhirnya kita tewas dan bisnes kita terkubur begitu saja. Ramai orang merungut dah buat itu dan ini tapi adakah tindakan mereka itu betul?
Jom sediakan diri kita dengan ilmu dan bertindak dengan berani dan penuh yakin, insyallah kita akan berjaya. 

Amacam? Lepas baca ni berminat nak join group bisnes saya tak?
10 Kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstar Shaklee
Kalau Daftar Ahli Shaklee berbagai manfaat yang korang akan dapat contohnya boleh menghadiri health talk, karnival shaklee, percutian bertaraf 5 bintang, car bonus dan banyak lagi. Kalau Beli Shaklee korang akan dapat Shaklee! Wahh nak beli Shaklee boleh jadi owner lah pasni. Hahaha ok seyes kalau korang beli vitamin shaklee kami akan guide cara makan dan pengambilan shaklee dengan betul.

Tapi! Nak beli shaklee dan daftar ahli shaklee dengan sapa? Apa kelebihan yang saya dapat kalau beli dan daftar ahli? So tak nak korang konpius mehh saya nak share kelebihan beli dan daftar dengan saya dari group Superstar Shaklee.

10 Kelebihan Beli Shaklee dan Daftar Ahli Shaklee Dengan Saya Dari Group Superstar Shaklee.

1) Group kami mempunyai pengalaman selama 20 tahun mengamalkan shaklee, haa lama kan? Bukan setahun dua tau so banyak pengalaman dan testimoni boleh dirujuk. Macam saya sendiri mempunyai pengalaman makan shaklee dan dapat kesan baik sepanjang 9 bulan semasa saya mengandungkan anak ketiga. Saya memang makan Set Mengandung Shaklee sepenuhnya sehinggalah bayi saya dilahirkan. Alhamdulillah shaklee memang awesome sebab tu sampai sekarang saya masih lagi makan shaklee

2) Keluarga saya juga turut mengambil shaklee dan merasai manfaat kebaikan dari pengambilan vitamin shaklee. Saya berikan anak-anak saya Set Anak Genius dan suami Performance Drink kerana aktif dalam sukan. Insyallah bulan ni nak belanja suami makan vivix pula untuk elakkan ketagihan merokok. Seronok tau bila satu keluarga makan shaklee bukan kita saja dapat manfaat, keluarga juga turut merasa kebaikan.

3) Saya bukan rujuk google atau ahli nujum untuk masalah anda tapi saya lebih suka refer dengan Nutritionist, boleh tanya direct tanpa perlu memakan masa yang lama supaya saya dapat info tepat berhubung isu pengambilan vitamin yang sesuai mengikut masalah kesihatan anda

4) Mempunyai informasi yang tepat dan betul hasil latihan dengan nutritionist Shaklee, bukan informasi copy paste dari blog pengedar Shaklee lain. Saya juga telah mengikuti Bengkel Nutrisi dan health talk dari shaklee

5) Pembelian secara Cash On Delivery turut disediakan terutama di sekitar Shah Alam dan Klang seperti

  • Seksyen 5, 7, 9, 19, 18 Shah Alam,
  • Kampung Jawa,
  • Kampung Sungai Kandis,
  • Taman Sri Sentosa,
  • Taman Sri Andalas,
  • Bandar Puteri,
  • Bandar Botanik 

6) Saya juga boleh poslaju ke seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak, malah mempunyai pengalaman poslaju ke luar negara juga. 

7) Group SuperStarShaklee yang aktif, supportive dan fresh dengan informasi tentang produk Shaklee dan bisnes Shaklee juga, sangat sesuai untuk yang nak daftar ahli Shaklee untuk makan sendiri dan juga untuk yang nak daftar ahli Shaklee untuk buat Bisnes Shaklee Online atau Offline

8) Group kami mempunyai pakar penyusuan bertauliah yang berpengalaman dalam bidang penyusuan susu ibu sejak tahun 2007. Kalau ibu-ibu yang baru pertama kali menyusukan anak dan takde pengalaman camne nak susukan anak, nak simpan atau perah susu, camne nak maintainkan pengeluaran susu atau nak banyakkan susu boleh lah refer dengan group kami

9) Group kami juga mempunyai pakar kehamilan dan bersalin untuk ibu-ibu yang nak pakai Set Bersalin Shaklee rujuk panduan bersalin seperti panduan bersalin ibu pertama kali berpantang, panduan berpantang sendiri, menu-menu dan masakan berpantang sihat, dan banyak lagi

10) Malah group kami ada pakar DETOX yang berpengalaman dalam isu detox seluruh badan dari organ, heavy metals, sel dan DNA


Haa best tak group saya? Agak-agak hilang tak sakit kepala fikir nak beli dan daftar ahli shaklee dengan sape? Kalau segala persoalan terjawab meh la join dengan saya. 




Sikap Positif Sejak Daftar Ahli Shaklee
Dulu saya selalu berfikiran negatif. 

Tak pernah nak fikir benda yang baik, selalu blame diri sendiri, low self esteem tapi semenjak menyertai Bisnes Shaklee saya bukan lagi yang dulu. Saya banyak sebut perkara-perkara yang baik tentang diri, selalu memuji diri [kalau bukan kita nak puji diri sape lagi nak puji kan?]. Lama-kelamaan saya dah terbiasa lakukan aktiviti puji memuji tu. Jom kita puji memuji diri dengan aktiviti yang dikenali sebagai RCA iaitu Rahsia Cermin Ajaib.


Teknik RCA Juga Boleh Digunakan Pada Kanak-Kanak Untuk Positive Self Talk


Apa kaitan Rahsia Cermin Ajaib dengan Bisnes Shaklee?

Selalunya saya ni memang tak yakin nak berdepan dengan orang, banyak sangat fikir 'apa yang orang akan cakap tentang saya'. Jadi banyaklah aura-aura negatif tu dalam diri. Untuk bina keyakinan diri tu, saya perlu bercakap depan cermin. Haa gitteww kekdahnye bercakap depan cermin.

Contoh ayat yang saya selalu cakap, "Saya cantik, kaya, jutawan, yakin dengan diri dan semua orang suka dan sayang saya" tu salah satu contoh. Boleh nak olah guna ayat sendiri mengikut kesesuaian masing-masing. Nampak macam orang gila kan? tapi takde lah sampai ke tahap tu. 

So aktiviti ni saya dah mula praktikkan pada anak-anak sebelum mereka tidur. Bagus tau buat RCA ni sebab kata-kata yang baik adalah doa. Bila kita bercakap benda yang baik, perkara baik akan datang dan begitulah sebaliknya. Kalau nak berjaya dalam Bisnes Shaklee kita boleh gunakan teknik ni sebab ramai yang dah praktikkan sehinggalah mereka berjaya.

Saya pun kena gigih buat RCA pasal pagi-pagi mesti ngadap cermin nak sikat rambut atau betulkan tudung. Masa tu lah kena ambil peluang pandang diri sendiri sambil sebut ayat keramat sehingga menyentuh ke kalbu. Seyes tau kalau kita buat betul-betul, aura positif tu datang sampaikan kita rasa semangat nak buat kerja.

Tak caya? cuba buat.

Rasa bertuah pulak bila Daftar Ahli Shaklee ni banyak ilmu dapat. Jom Daftar Ahli Shaklee dengan saya. 

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#SuperStarShaklee
#TheBestOne
3 Cara Saya Menaikkan Semangat Dalam Bisnes Shaklee
Bila buat bisnes ni adatlah ada pasang surutnya. Kadang-kadang sales naik, kadang-kadang sales menurun. Tipu lah kalau saya kata saya takde rasa apa-apa bila tengok GE saya ciput sangat. Sedih tau~

Bila tengok adik beradik shaklee lain kemain mencanak-canak uv dorang, time tu la saya start mengelabah pastu down tengok uv sendiri. Mula la tarik selimut pastu duduk diam sepi seribu bahasa. 

Tapi bila saya fikir balik sampai bila nak ucapkan tahniah pada mereka yang naik rank? Sampai bila nak duduk diam tengok kejayaan orang lain? Dah tiba masa saya perlu keluar dari comfort zone.

Untuk kembalikan semangat saya yang hangat-hangat tahi ayam tu meh saya kongsikan cara-cara menaikkan semangat.

#1 Tengok vision board hari-hari

Wajib tengok vision board hari-hari. Bila kita tengok kita akan ingat. Bukan simpan dalam hati. Dah tu tak reti-reti nak berusaha? Tengok muka mak abah dan anak-anak kita akan rasa lebih bersemangat lagi. Lepas tu cuba kenangkan pengorbanan mak abah mesti kita akan terus sebak memikirkan apakah pengorbanan kita pula terhadap mereka. 

Vision Board Saya


#2 Rahsia Cermin Ajaib

Bercakap depan cermin bina keyakinan dan positif diri. Mula-mula mesti kekok, bila dah biasa ia akan jadi rutin seharian. Biar lah orang nak kata kita ni gila sekalipun huhu. Tapi hanya cakap perkara yang baik-baik sahaja. Jangan pandang dan mengeluh ia pasti buat anda rasa lebih down lagi.

Jadikan Rutin Teknik RCA - Sekadar Gambar Hiasan


#3 Yakin dan letakkan kebergantungan pada Allah SWT

Sebaik-baik tempat mengadu adalah padaNya. Bila kita susah atau senang kita ngadu pada Dia hanya dia sahaja yang dapat mententeramkan jiwa. Letakkan kepercayaan pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui, Dia jugalah pemberi rezeki.

Alhamdulillah sekarang saya banyak letakkan kebergantungan pada Allah. Bila down orang tak jadi beli saya kata dalam hati, "It's ok akan ada yang lebih baik datang lepas ni". Syukur sangat-sangat bila kita lebih positif banyak benda yang baik datang kat kita. Contohnya macam tadi saya baru je dapat call ada orang nak beli Vivix. Rasa menggigil jap tangan ni, baru pagi tadi saya mengadu pada Allah, Dia dah makbulkan. Benarlah kalau kita betul-betul minta pasti Dia pasti kabulkan. 

Hasbunallah Wa Ni'Mal Wakil - Sekadar Gambar Hiasan


Thank you Allah.

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#SuperStarShaklee
#TheBestOne