Bila buat bisnes ni adatlah ada pasang surutnya. Kadang-kadang sales naik, kadang-kadang sales menurun. Tipu lah kalau saya kata saya takde rasa apa-apa bila tengok GE saya ciput sangat. Sedih tau~

Bila tengok adik beradik shaklee lain kemain mencanak-canak uv dorang, time tu la saya start mengelabah pastu down tengok uv sendiri. Mula la tarik selimut pastu duduk diam sepi seribu bahasa. 

Tapi bila saya fikir balik sampai bila nak ucapkan tahniah pada mereka yang naik rank? Sampai bila nak duduk diam tengok kejayaan orang lain? Dah tiba masa saya perlu keluar dari comfort zone.

Untuk kembalikan semangat saya yang hangat-hangat tahi ayam tu meh saya kongsikan cara-cara menaikkan semangat.

#1 Tengok vision board hari-hari

Wajib tengok vision board hari-hari. Bila kita tengok kita akan ingat. Bukan simpan dalam hati. Dah tu tak reti-reti nak berusaha? Tengok muka mak abah dan anak-anak kita akan rasa lebih bersemangat lagi. Lepas tu cuba kenangkan pengorbanan mak abah mesti kita akan terus sebak memikirkan apakah pengorbanan kita pula terhadap mereka. 

Vision Board Saya


#2 Rahsia Cermin Ajaib

Bercakap depan cermin bina keyakinan dan positif diri. Mula-mula mesti kekok, bila dah biasa ia akan jadi rutin seharian. Biar lah orang nak kata kita ni gila sekalipun huhu. Tapi hanya cakap perkara yang baik-baik sahaja. Jangan pandang dan mengeluh ia pasti buat anda rasa lebih down lagi.

Jadikan Rutin Teknik RCA - Sekadar Gambar Hiasan


#3 Yakin dan letakkan kebergantungan pada Allah SWT

Sebaik-baik tempat mengadu adalah padaNya. Bila kita susah atau senang kita ngadu pada Dia hanya dia sahaja yang dapat mententeramkan jiwa. Letakkan kepercayaan pada Dia kerana Dia Maha Mengetahui, Dia jugalah pemberi rezeki.

Alhamdulillah sekarang saya banyak letakkan kebergantungan pada Allah. Bila down orang tak jadi beli saya kata dalam hati, "It's ok akan ada yang lebih baik datang lepas ni". Syukur sangat-sangat bila kita lebih positif banyak benda yang baik datang kat kita. Contohnya macam tadi saya baru je dapat call ada orang nak beli Vivix. Rasa menggigil jap tangan ni, baru pagi tadi saya mengadu pada Allah, Dia dah makbulkan. Benarlah kalau kita betul-betul minta pasti Dia pasti kabulkan. 

Hasbunallah Wa Ni'Mal Wakil - Sekadar Gambar Hiasan


Thank you Allah.

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#SuperStarShaklee
#TheBestOne

No comments