Hari ini sudah ramai orang buat bisnes di sekeliling kita tak kira sama ada secara online ataupun offline. Tapi adakah mereka faham bagaimana cara untuk buat Bisnes? Sebenarnya nak berjaya dalam bisnes kita perlu ada mentor. Ini penting. Nak berniaga kena ada mentor yang dah berjaya bina perniagaan. Ini bukan bisnes saja suka-suka ikut orang. Jadi siapa mentor bisnes kita? Macam saya sudah tentulah upline saya sendiri iaitu Master Siti Al'Izzah. 

Tak nak ada mentor? Boleh. Tapi lambat la anda bergerak. Orang lain dah pecut laju-laju sampai ke hujung dunia awak baru terkedek-kedek nak naik sampan. Memang lah orang kata pelan-pelan kayuh tapi dalam bisnes mesti ada persaingan maka kalau kita lambat kita akan tertinggal di belakang. Sebab itu kita perlu ada mentor supaya kita tidak banyak buat silap. Mentor akan tunjukkan apa yang perlu di ubah dan baiki.

So nak berjaya dalam Bisnes Shaklee ni mudah saja, ikut orang yang dah berjaya buat then awak akan berjaya!

Suka saya nak kongsikan 5 Kelas Cara Buat Bisnes Online Dari Mentor Bisnes Saya.



Cara Buat Bisnes Online 


#1 Kelas Rahsia Ajaib Jutawan Shaklee 

Memandangkan ramai suri rumah dah upgrade diri mereka menjadi ahli bisnes wanita, maka kelas ni memang sesuai untuk mereka. Banyak rahsia dan tips macam mana suri rumah yang biasa-biasa boleh jadi jutawan dari Bisnes Shaklee dengan hanya berkongsi tentang kebaikan Produk Shaklee secara online. Mereka hanya dapat income dengan hujung jari saja sambil uruskan rumahtangga dan jaga anak kecil. Hebat bukan?

#2 Kelas Strategy Blog 7 Angka

Bila zaman serba moden ni mudah la nak buat bisnes melalui internet. Tanpa berjumpa pelanggan kita mampu berurusniaga di dalam alam maya. Jadi Kelas Strategi Blog 7 Angka ni saya dapat belajar bagaimana nak bina sebuah blog sebagai medium / channel sales masuk setiap hari bagaikan air sungai yang sentiasa mengalir dan umpama pokok yang lebat berbuah.


#3 Kelas Teknik Close Sales Power

Kelas ni saya suka sangat, sebab dapat belajar cara nak close sales dengan berkesan dengan menggunakan teknik panggilan magik yang di adun dengan elemen lampu ajaib. Macam lampu ajaib aladdin lak kan? Hihi. Tapi bila dah power guna teknik ni memang senang nak close sales tau. Nak tau camne? Haa join group kami baru kami bagitau anda.


#4 Kelas Teknik FB 6 Angka

Kalau kita tengok sekarang ni ramai yang berniaga online menggunakan FB betul tak? Mereka menggunakan FB untuk mempromosikan produk atau servis. Lagipun FB bukan susah nak create pun, rata-rata ramai orang mempunyai akaun FB. Jadi saya juga tak terlepas untuk mempelajari teknik FB 6 Angka. Dalam kelas ini kami diajar cara untuk bina kredibiliti diri sebagai peniaga online untuk menjalankan bisnes online dengan lebih berkesan tanpa keluarkan modal sesen pun untuk marketing.


#5 Kelas Marketing Dari Pakar IM (Internet Marketing) yang dijemput khas oleh Mentor Bisnes saya untuk team SuperStarShaklee

Saya pernah menghadiri kelas Tuan Amirul Faisal dan Tuan Hasbul Aqil, seronok belajar dari dorang. Kalau diberi peluang saya mau lagi mengikuti kelas mereka. Mereka juga diantara orang-orang hebat dan pakar dalam internet marketing. Memang kelass kan group kami ni siap dapat ilmu dari orang-orang hebat!

Akhir sekali kita mesti berani bertindak dengan ilmu. Kalau berani bertindak tanpa ilmu, hasil yang diperolehi takde la banyak. Ibarat pergi berperang tanpa bawa senjata. Akhirnya kita tewas dan bisnes kita terkubur begitu saja. Ramai orang merungut dah buat itu dan ini tapi adakah tindakan mereka itu betul?
Jom sediakan diri kita dengan ilmu dan bertindak dengan berani dan penuh yakin, insyallah kita akan berjaya. 

Amacam? Lepas baca ni berminat nak join group bisnes saya tak?

No comments