Semalam saya tanya hubby, "nak makan apa malam ni?".

Dia jawab "makan apa yang ada je".

"Jom makan luar nak?" Kata saya.

"Takyah lah!"

"Ehh nape? Saya lapar ni"

"Jimat! Awak kan bole masak"

Ekkk!! [terkono den sebijik-sebijik] Dalam hati saya, ehh duit ada nak jimat cermat plak. Kenapa perlu berjimat cermat? Zaman la ni semuanya duit. No money no talk!

Nak makan duit!

Nak masuk tandas awam duit!

Nak lalu atas jalan kena tol duit!

Nak isi minyak duit!

Semuanya duit. Pening aihh cite pasal duit ni. Nak cari duit pun pening. Ada duit pun pening. So sekarang ni takyah pening-pening, apa kata kita berjimat cermat dan belanjakan apa yang perlu saja. 

Ibarat keperluan vs kehendak. 

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Berjimat Cermat.

Sediakan Tabung Simpanan

#1 Digunakan semasa kecemasan

Selalunya kita takkan tau bila hal-hal kecemasan akan berlaku. Kereta rosak ke, tayar pancit ke, eksiden ke. Jadi kena sediakan payung sebelum hujan. Hasil dari pendapatan bulanan kita perlu simpan sedikit. Yelah malang tidak berbau so kena la standby. 

#2 Simpanan untuk masa depan anak-anak

Anak-anak bakal dewasa kelak, dari awal mereka lahir lagi kita patut sediakan akaun simpanan buat mereka. Sekarang nak belajar kat sekolah pun kena duit. Dah besar nanti lagi banyak keperluan untuk mereka. Hmm kena fikir jauh ni xde shortcut tau. 

#3 Simpanan hari tua

Usia kita setiap tahun bakal berubah, kalau tak berjimat dari sekarang masa tua nanti kita bakal susahkan orang sekeliling kita. Kalau boleh hidup ni kita nak tenang-tenang aja. Dah pencen duduk uma jaga kebun, tengok ayam ternakan, jaga lembu ke kambing ke. Petang-petang round kampung, malam-malam beribadat. Hmmm tenangnye hidup masa tua nanti kan xde susahkan sesiapa. 

#4 Sekiranya sakit

Sekarang sihat kita mungkin tak rasa pape. Mana tau esok lusa camne kan. Sudah terhantuk baru terngadah. Nak beli ubat pun perlukan duit. Nak pergi klinik pakar pun kena duit tau! Sebab tu saya amik insurans untuk anak-anak. Bayar la skit untuk monthly supaya senang kendian hari.

#5 Supaya hargai masa

Orang yang berjimat cermat akan menghargai masa sebab masa itukan emas. Kalau bole masa yang ada digunakan sebaik mungkin dengan aktiviti berfaedah. Contohnya nak cari income lebih. Memang orang akan cakap "saya gaji ciput tak mampu nak buat simpanan" tapi kudrat masih ada dan muda jadi better lakukan sesuatu yang bole menjana pendapatan. So anda bole Daftar Ahli Shaklee sekarang untuk masa depan yang lebih cerah.

Amalan berjimat cermat ni perlu dilatih semasa kecil seperti menyimpan duit, gunakan barang recycle, berbudi pada tanah serta hargai alam sekitar. Anak-anak tentu seronok bila kita libatkan mereka dengan aktiviti seperti ini sambil mereka dapat belajar sesuatu yang bermanfaat untuk mereka gunakan pada masa akan datang.

No comments