Dulu saya selalu berfikiran negatif. 

Tak pernah nak fikir benda yang baik, selalu blame diri sendiri, low self esteem tapi semenjak menyertai Bisnes Shaklee saya bukan lagi yang dulu. Saya banyak sebut perkara-perkara yang baik tentang diri, selalu memuji diri [kalau bukan kita nak puji diri sape lagi nak puji kan?]. Lama-kelamaan saya dah terbiasa lakukan aktiviti puji memuji tu. Jom kita puji memuji diri dengan aktiviti yang dikenali sebagai RCA iaitu Rahsia Cermin Ajaib.


Teknik RCA Juga Boleh Digunakan Pada Kanak-Kanak Untuk Positive Self Talk


Apa kaitan Rahsia Cermin Ajaib dengan Bisnes Shaklee?

Selalunya saya ni memang tak yakin nak berdepan dengan orang, banyak sangat fikir 'apa yang orang akan cakap tentang saya'. Jadi banyaklah aura-aura negatif tu dalam diri. Untuk bina keyakinan diri tu, saya perlu bercakap depan cermin. Haa gitteww kekdahnye bercakap depan cermin.

Contoh ayat yang saya selalu cakap, "Saya cantik, kaya, jutawan, yakin dengan diri dan semua orang suka dan sayang saya" tu salah satu contoh. Boleh nak olah guna ayat sendiri mengikut kesesuaian masing-masing. Nampak macam orang gila kan? tapi takde lah sampai ke tahap tu. 

So aktiviti ni saya dah mula praktikkan pada anak-anak sebelum mereka tidur. Bagus tau buat RCA ni sebab kata-kata yang baik adalah doa. Bila kita bercakap benda yang baik, perkara baik akan datang dan begitulah sebaliknya. Kalau nak berjaya dalam Bisnes Shaklee kita boleh gunakan teknik ni sebab ramai yang dah praktikkan sehinggalah mereka berjaya.

Saya pun kena gigih buat RCA pasal pagi-pagi mesti ngadap cermin nak sikat rambut atau betulkan tudung. Masa tu lah kena ambil peluang pandang diri sendiri sambil sebut ayat keramat sehingga menyentuh ke kalbu. Seyes tau kalau kita buat betul-betul, aura positif tu datang sampaikan kita rasa semangat nak buat kerja.

Tak caya? cuba buat.

Rasa bertuah pulak bila Daftar Ahli Shaklee ni banyak ilmu dapat. Jom Daftar Ahli Shaklee dengan saya. 

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#SuperStarShaklee
#TheBestOne

No comments