Korang biasa minum air soya tak?

Ada yang suka minum? 

Ohhh feveret ni, suka sangat dengan soya. Tapi bila sebut soya je mesti orang kata soya tak bagus. Dah lama dah isu soya ni kan. Rasa dah bertahun-tahun. For me soya yang korang rasa kontroversi tu adalah soya yang berasaskan dari kacang soya yang telah diubah genetiknya [GMO].

GMO tu apa ek?

GMO atau Genetically Modified Organisms bermaksud tumbuh-tumbuhan atau binatang yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen juga dikenali sebagai Genetic Engineering.

Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkanya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan suatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini. Misalnya bagi kes di Amerika Syarikat, isu gen ikan flounder [American flatfish] dari lautan Atlantic yang dimasukkan ke dalam tomato bagi menghasilkan tomato yang tahan pada suhu yang sejuk daripada biasa maka tomato tersebut lambat rosak. Maksudnya dorang amik gen ikan tu untuk hasilkan buah tomato yang tahan lama. So soya pun camtu gak la tapi tak sure soya ni amik daripada gen ape. Untuk kes tomato tadi kita nak panggil dia Tomato Fish ke ek? Huhu~

Kewujudan GMO.

Okehh meh kita belajar sikit tentang sejarah wujudnya GMO ni.

GMO mula diperkatakan dari tahun 1953. Tercetusnya idea bagi produk bioteknologi ini apabila James Watson dan Francis Crick menemui struktur DNA yang berbentuk heliks berganda [double helix]. Melalui DNA maklumat fungsi genetik  yang terperinci dapat diperolehi. DNA yang juga dikenali sebagai "magic molecule of life" mengandungi kod informasi bagi penghasilan protein-protein khusus (gen). Bermula pada tahun 1975 teknologi rekombinan DNA ini mula berkembang pesat namun di dalam keadaan yang terkawal serta mempunyai keupayaan yang menakjubkan dan di luar jangkaan. Kejuruteraan genetik ini juga merupakan teknik pertama yang dapat menggabungkan gen daripada spesis yang berlainan bagi menghasilkan pelbagai produk berasaskan bioteknologi yang lain. So ada pro dan cons la pasal GMO ni, ada yang baik dan ada yang buruknya. Yang buruknya boleh beri kesan kepada manusia.

Negara kita tidak terkecuali dari arus revolusi bioteknologi ini memandangkan hampir 70 peratus pengeluaran biji soya di dunia adalah melalui kaedah kejuruteraan genetik ini. Didapati lebih 30,000 produk makanan yang terdapat di pasaran Malaysia adalah berasaskan kacang soya yang telah diubah suai secara genetik dan diproses di Malaysia. Di antara produk kacang soya yang berkemungkinan berasaskan kejuruteraan genetik ialah kicap, emping, bijirin, ais krim, biskut, susu rumusan bayi dan banyak lagi.

So nak elakkan dari mengambil produk berasakan GMO kena tengok pada label. Tapi kat Malaysia takdak lagi label-label ni. Cuma ada certain produk sekarang dah mula letak label Non-GMO. Kalau korang perasan la kat pasaraya ada susu soya yang dah ade letak label tu. 



Kacang Soya ESP Shaklee Tak Bagus?

ESP Shaklee ni sendiri pun adalah berasakan protein soya. Tapi bukan soya sebarangan, ia adalah soya terpilih dan berkualiti yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Ia juga diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal. Malah ESP Shaklee ada label Non-GMO. Tak caya boleh tengok kat tong ESP Shaklee

Korang ESP Shaklee ni selamat tau untuk diminum. Malah ada yang kata bila minum ESP Shaklee kulit bertambah cantik dan flawless. 

Haa berani la nak kata ESP Shaklee ni tak baguihhh!


No comments