Hello dan Assalamualaikum,

Saya Kiera Idres.  Seorang ibu kepada 2 putera dan 1 puteri yang sangat comel. Saya juga bekerja sepenuh masa sebagai kerani di Shah Alam. Saya mula mengenali Shaklee sejak tahun 2011 sewaktu saya bersalin anak yang pertama. Pada waktu itu kawan saya telah mengesyorkan kepada saya Set Penyusuan Shaklee untuk menambahkan susu kerana saya mengalami masalah penyusuan. Alhamdulillah selepas mengamalkannya secara konsisten susu saya bertambah. Apa yang pasti saya semakin jatuh cinta dengan Shaklee kerana kulit saya semakin cantik apabila mengambil ESP Soy Protein Shaklee malah saya berasa tubuh badan lebih cergas dan sihat.

Kini setelah melahirkan anak ketiga, saya masih lagi mengambil suplemen Shaklee untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Atas dorongan untuk berkongsi kebaikan dengan rakan terdekat dan kenalan rapat, saya mengambil keputusan untuk menjadi Pengedar Shaklee Shah Alam dan Klang yang SAH.

Blog yang saya hasilkan ini adalah sebahagian daripada kisah kehidupan saya bersama Produk Shaklee.

Selamat membaca.


Kiera Idres.

No comments