HI, SAYA KIERA IDRES

Pengedar Sah Shaklee Anda

Tentang Saya

Pengedar sah Shaklee Shah Alam dan Klang

Hello dan Assalamualaikum, Saya Kiera Idres. Seorang ibu kepada 2 putera dan 1 puteri yang sangat comel. Saya juga bekerja sepenuh masa sebagai kerani di Shah Alam. Saya mula mengenali Shaklee sejak tahun 2011 sewaktu saya bersalin anak yang pertama. Pada waktu itu kawan saya telah mengesyorkan kepada saya Set Penyusuan Shaklee untuk menambahkan susu kerana saya mengalami masalah penyusuan. Alhamdulillah selepas mengamalkannya secara konsisten susu saya bertambah. Apa yang pasti saya semakin jatuh cinta dengan Shaklee kerana kulit saya semakin cantik apabila mengambil ESP Soy Protein Shaklee malah saya berasa tubuh badan lebih cergas dan sihat.

Kini setelah melahirkan anak ketiga, saya masih lagi mengambil suplemen Shaklee untuk kegunaan sendiri dan keluarga. Atas dorongan untuk berkongsi kebaikan dengan rakan terdekat dan kenalan rapat, saya mengambil keputusan untuk menjadi Pengedar Shaklee Shah Alam dan Klang yang SAH.

Blog yang saya hasilkan ini adalah sebahagian daripada kisah kehidupan saya bersama Produk Shaklee.

Kiera Idres Pengedar Sah Shaklee

Apa itu Shaklee?

MARI SAYA BANTU ANDA!

Sentiasa Selamat

Sentiasa Berkesan

Sentiasa Mesra Alam

Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan semestinya lebih baik, untuk semua. Kami melakukannya melalui penghasilan produk semula jadi yang sangat luar biasa. Setiap bahan yang digunakan dalam setiap botol Shaklee telah dicipta untuk memperbaiki kesihatan, berfungsi tanpa kompromi, dan lembut serta mesra pada alam sekitar. Ia selamat. Ia terbukti. Dan ia berkesan. Di Shaklee, kami menyokong gaya hidup sihat, termasuk pilihan makanan yang sihat, suplemen yang bijak, dan senaman yang kerap - selama lebih 60 tahun!

Anda pengguna setia Shaklee? Daftar sebagai ahli Shaklee dan nikmati keistimewaan eksklusif khas untuk anda! KLIK DISINI

Ingin tahu lebih lanjut tentang Shaklee? Mari kenali produk Shaklee hari ini! KLIK DISINI

  • LEBIH $300 JUTA untuk ujian klinikal
  • LEBIH 100,000 UJIAN KUALITI setiap tahun
  • LEBIH 100 KERTAS SAINTIFIK
  • KUALITI jauh melangkaui piawaian industri

Blog

INFO KESIHATAN
no image
Momordica Charantia atau omputih panggil bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple adalah sejenis pokok menjalar dan buahnya boleh dimakan sebagai sayur-sayuran. Dalam bahasa melayunya senang cakap Peria Katak. Ramai orang yang tak tahan nak makan Peria Katak ni sebab rasanya yang pahit. Saya tengok abah saya selamba je makan Peria Katak mentah-mentah. Emm saya takde masalah nak makan peria katak ni sebab memang favourite saya! Saya memang sukakan rasanya. Ingat lagi masa mengandung anak ketiga memang saya suka sangat dengan sayur ni. Tiap kali tapau lauk di kantin tekak saya memang nak makan sayur ni je. Sayur lain nampak macam takde selera. Mungkin tekak ibu mengandung kan. Secara jujurnya ketika kecil saya tak berapa sukakannya. Mak selalu marah sebab kami adik beradik tak berapa nak makan bila mak masak sayur ni. Kata mak sayur Peria Katak ni bagus di tambah plak dengan abah yang selalu je cakap "sayur yang pahit-pahit ni la ubat". Saya pun beranikan diri untuk cuba, hmmm not bad jugaklah rasa dia. Takdelah pahit sangat masih bole telan so lama-lama saya jadi terbiasa. Saya memang dibesarkan dengan keluarga yang suka makan ulam-ulaman, maka tidak hairanlah bila makan peria katak ni saya takde rasa pelik dengan rasa kepahitannya. Terima kasih abah sebab selalu beli ulam kat pasar. 

Khasiat Peria Katak

Okay pokok peria katak ni banyak terdapat di Asia Selatan, Asia Tenggara, China dan Carribean. Ingat orang Malaysia je ke makan Peria Katak ni? Dulu masa kecik saya ingat Peria Katak ni macam timun menggerutu macam katak puru yang rupanya hodoh tu. Haha sampai ke situ saya fikir kan. Tapi Peria Katak ni bukan biasa-biasa, khasiatnya sebagai pokok herba yang digunakan dalam perubatan tradisional. Dari zaman dulu lagi orang dah gunakan Peria Katak sebagai mengubati penyakit kencing manis kerana ia dikatakan dapat membekalkan insulin di dalam badan. Selalunya pesakit kencing manis ini tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi sebab itu mereka perlukan insulin untuk mengubah glukosa dalam makanan kepada tenaga yang diperlukan oleh sel-sel badan.

Di Filipina, teh Peria Katak digunakan untuk merawat kencing manis dan mengawal gula dalam darah bagi para penduduk mereka yang miskin. Dasyat juga ya khasiat Peria Katak ni. 

Cara Makan Peria Katak

Selalunya Peria Katak tidak dimasak bersama sayur-sayuran yang lain kerana rasa pahitnya. So kalau kat rumah saya biasa goreng gitu-gitu je atau campurkan bersama telur lebih kurang style memasak macam orang China tapi mereka pelbagaikan. Ada yang campur dengan isi ayam, pork [hat ni memang kita tak bole makan la sebab non-halal], daging dan salted egg. 

Okay jom kita tengok cara orang India plak masak Peria Katak ni. Dorang panggil Peria Katak ni Karela. Ada yang masak dengan kari, masala, serbuk sambar [yang ni tak tau camne nak explain kena rujuk recipe camne rupa serbuk sambar ni] dan banyak lagi. Mereka suka makan Peria Katak Goreng bersama dengan chapati, roti naan dan juga nasi. Baru tau banyak cara nak masak Peria Katak ni supaya boleh disesuaikan dengan citarasa setiap negara.

Cara Hilangkan Rasa Pahit Peria Katak

Haa ni tips ekk, rasa korang pun tau kot tapi saya tetap jugak nak share supaya yang tak tau tu boleh cuba sebab dulu masa zaman kekuno-an saya, yelah mak masak taknak tengok kat dapur bila masak sendiri terus tak tau cara camne nak hilangkan rasa pahit tu. Main belasah potong pastu terus goreng hahaha teruknya saya masa tu. So untuk hilangkan rasa pahit pada Peria Katak kita boleh rendamkan ia ke dalam air garam seketika.

Cara-caranya ialah :-

Belah dua Peria Katak dan buangkan bijinya.

Kemudian hiris nipis-nipis dan cuci bersih

Campurkan sedikit garam ke dalam Peria Katak yang telah dihiris nipis tadi serta tuangkan air 

Rendamkan seketika dan kemudian bilas serta toskan.

So sekarang dah boleh masak dengan resepi yang korang suka.

Cara lain untuk hilangkan pahit ada orang kata rebus atau kikiskan kulit Peria Katak tu.

Resepi Peria Katak

Rasa tak sah lak kalau tak share resepi Peria Katak ni kan supaya takdelah boring sangat bila nak makan, asyik-asyik goreng dengan telur je kan tapi itu yang saya selalu suka. Pe kata kita pelbagaikan rasa tapi style Malaysian ler. 

#1 Peria Telur Asin Berlada

Resepi Oleh : Aeini
Rujukan : Ayu

Bahan-bahanya :

4 biji peria katak ~ belah 2 buang biji tengahnya dengan sudu. Kemudian hiris nipis. Rendam sebentar dalam air garam selama 20 minit.
1 biji telur masin
1 biji cili merah ~ di hiris
1 biji cili hijau ~ di hiris
5 biji cili padi ~ belah 2
Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar :

1 sudu teh udang kering ~ rendam lembut dan kisar ( boleh gantikan sedikit belacan atau ikan bilis)
3 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 biji cili padi ~ kisar

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Ketepikan bahan rencah dan pecahkan telur asin. Pecahkan kuning telur yang keras. Kacau rata
Sebatikan dengan rencah tadi
Masukkan cili merah, cili hijau dan cili api
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan sayur peria
Kacau rata

Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana telur asin dah ada masinnya.
Sedia di hidangkan


#2 Asam Rebus Peria Katak

Resepi Oleh : Tiffin Biru

Bahan-bahannya :

4 biji peria katak
4 ketul tulang ikan masin kurau, rendam 20 minit
2 helai daun kunyit, disiat-siat
3 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis "maggi' (optional)
Air secukupnya
Garam dan secubit gula
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
20 biji cili padi thai kaler merah*
1/3 inci kunyit hidup*
Sedikit belacan*(*ditumbuk halus)

Cara membuatnya :

Peria dibelah 2, buang biji dan belah tapi tak putus untuk setiap belahan, rendam dalam air bergaram. Ketepikan. Masukkan bahan tumbuk halus dalam periuk bersama tulang ikan kurau masin (toskan), tuang air secukupnya dan didihkan. Masuk asam gelugor, kiub ikan bilis (jika guna), peria katak dan daun kunyit tadi, juga sedikit gula. Biar mendidih perlahan hingga peria lembut, rasa dan jika perlu baru tambah garam. Kacau perlahan dan boleh matikan api. Hidangkan panas.

Okay rasa terpanggil plak nak cuba resepi Peria Katak ni. Kena pergi pasar la nampaknya. Nanti boleh kasi sikit dekat mak buat jus Peria untuk pulihkan kencing manis dia. Ohh ya family belah mak memang ada sejarah kencing manis. Mak bila dah tua-tua ni baru bacaan gula dalam darah dia tinggi.

Selain Peria Katak, ada alternatif lain untuk merawat kencing manis iaitu Resveratrol. Resveratrol dikatakan mampu merawat penyakit ini. Macam mana peranan Resveratrol dalam kencing manis? Jom baca link ini.
no image

Sel Rosak Bahaya Ke?


Ehh bahaya la kalau sel badan kita rosak. Bila rosak penuaan berlaku, pelbagai penyakit kronik akan menjengah. Skrg tak sakit so tak takut la kenn. Biasa bila dah tua baru la dpt penyakit mcm-mcm kan? Sbb apa? Sbb imun sistem dorang lemah ditambah dgn radikal bebas ni plak makin parah la. So tgh sihat ni dari skrg kita kena jaga kesihatan. 

Okay berbalik pada cite sel rosak tadi.

Camne sel bole rosak? Sbb setiap hari kita terdedah dgn radikal bebas contohnya asap rokok, pencemaran udara, radiasi. Cuba lihat bawah mitochondrion dan atas air pollution [tengok gambar rajah]. Dari ozone (o3) dan oksigen (o2) akan terbentuk oH-. 

oH- adalah daripada bahan kimia yg sgt bahaya dan kalau telalu byk ia akan jadi kanser. oH- juga yg merosakkan DNA kita. Haa takut tak takut tak?

Acane kita nak baiki sel yg rosak ni?

Dengan pengambilan pati anggur muskat kerana kandungan antioksidan yg mempunyai ORAC capacity yg tinggi. So korang tau tak manusia skrg perlukan min 5000 ORAC sehari? Haa ni mesti ramai yg x tau kenn.

Vivix memiliki ORAC paling tinggi di dunia iaitu 6000 ORAC. Makin banyak ORAC, makin byk oH- yg boleh dibetulkan. Makin banyak sel-sel kita yg rosak dapat dibaiki.


Jom vivix mulai skrg! 
Set Cerdas Sel-Sel Otak Berhubung Dari Moody Terus Happy
Biasa kalau kita down tu mesti cari kawan untuk pinjam bahu mengadu nasib betul tak? Korang tau tak kekurangan motivasi dalam diri berkait rapat dengan kekurangan aktiviti neurotransmiter dlm otak? Lepas ni klu korang down meh cari saya. Sebab saya ada vitamin untuk buat korang lebih bersemangat lagi. Haa pedia vitamin tu?

#1 ESP Minuman Asid Amino Non-GMO

Keistimewaan esp ni adalah ia bantu tingkatkan keupayaan memori. Apabila fungsi otak dapat dirangsang dan dipertingkat, secara tidak langsung ianya menjadi semakin tajam dan semakin berupaya untuk mengingat. Ia juga bantu untuk memberi tenaga berpanjangan.

#2 Lecithin Sumber Cik Kolina

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine. Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dan lain-lain.

Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak.

#3 Ohhh-Mega-Guard ku!

Omega Guard dapat membantu kita untuk meningkatkan kecerdasan otak, mudah mengingati dan lebih fokus.

#4 Bcomplex Teman Baik Anti-Stress

Ia sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, anti-stress. Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu korang berfikiran positif sentiasa (mood baik dan ceria) bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik pemikiran & daya menumpuan akan lebih baik.


#5 Performance Drink, Perform U Better

Ia bantu meningkatkan daya ketahanan badan, memberikan tenaga dan daya tahan fizikal serta mencegah penghidratan.

Emmm apa tunggu lagi. Meh sapa-sapa yang down ke laut china selatan tu cuba amik cadangan nutrisi ni.


Kacang Soya ESP Shaklee Tak Bagus?
Korang biasa minum air soya tak?

Ada yang suka minum? 

Ohhh feveret ni, suka sangat dengan soya. Tapi bila sebut soya je mesti orang kata soya tak bagus. Dah lama dah isu soya ni kan. Rasa dah bertahun-tahun. For me soya yang korang rasa kontroversi tu adalah soya yang berasaskan dari kacang soya yang telah diubah genetiknya [GMO].

GMO tu apa ek?

GMO atau Genetically Modified Organisms bermaksud tumbuh-tumbuhan atau binatang yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen juga dikenali sebagai Genetic Engineering.

Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkanya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan suatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini. Misalnya bagi kes di Amerika Syarikat, isu gen ikan flounder [American flatfish] dari lautan Atlantic yang dimasukkan ke dalam tomato bagi menghasilkan tomato yang tahan pada suhu yang sejuk daripada biasa maka tomato tersebut lambat rosak. Maksudnya dorang amik gen ikan tu untuk hasilkan buah tomato yang tahan lama. So soya pun camtu gak la tapi tak sure soya ni amik daripada gen ape. Untuk kes tomato tadi kita nak panggil dia Tomato Fish ke ek? Huhu~

Kewujudan GMO.

Okehh meh kita belajar sikit tentang sejarah wujudnya GMO ni.

GMO mula diperkatakan dari tahun 1953. Tercetusnya idea bagi produk bioteknologi ini apabila James Watson dan Francis Crick menemui struktur DNA yang berbentuk heliks berganda [double helix]. Melalui DNA maklumat fungsi genetik  yang terperinci dapat diperolehi. DNA yang juga dikenali sebagai "magic molecule of life" mengandungi kod informasi bagi penghasilan protein-protein khusus (gen). Bermula pada tahun 1975 teknologi rekombinan DNA ini mula berkembang pesat namun di dalam keadaan yang terkawal serta mempunyai keupayaan yang menakjubkan dan di luar jangkaan. Kejuruteraan genetik ini juga merupakan teknik pertama yang dapat menggabungkan gen daripada spesis yang berlainan bagi menghasilkan pelbagai produk berasaskan bioteknologi yang lain. So ada pro dan cons la pasal GMO ni, ada yang baik dan ada yang buruknya. Yang buruknya boleh beri kesan kepada manusia.

Negara kita tidak terkecuali dari arus revolusi bioteknologi ini memandangkan hampir 70 peratus pengeluaran biji soya di dunia adalah melalui kaedah kejuruteraan genetik ini. Didapati lebih 30,000 produk makanan yang terdapat di pasaran Malaysia adalah berasaskan kacang soya yang telah diubah suai secara genetik dan diproses di Malaysia. Di antara produk kacang soya yang berkemungkinan berasaskan kejuruteraan genetik ialah kicap, emping, bijirin, ais krim, biskut, susu rumusan bayi dan banyak lagi.

So nak elakkan dari mengambil produk berasakan GMO kena tengok pada label. Tapi kat Malaysia takdak lagi label-label ni. Cuma ada certain produk sekarang dah mula letak label Non-GMO. Kalau korang perasan la kat pasaraya ada susu soya yang dah ade letak label tu. 



Kacang Soya ESP Shaklee Tak Bagus?

ESP Shaklee ni sendiri pun adalah berasakan protein soya. Tapi bukan soya sebarangan, ia adalah soya terpilih dan berkualiti yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Ia juga diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal. Malah ESP Shaklee ada label Non-GMO. Tak caya boleh tengok kat tong ESP Shaklee

Korang ESP Shaklee ni selamat tau untuk diminum. Malah ada yang kata bila minum ESP Shaklee kulit bertambah cantik dan flawless. 

Haa berani la nak kata ESP Shaklee ni tak baguihhh!


6 Makanan Yang Membuatkan Anak Anda Bijak


Nutrien dalam makanan boleh membantu perkembangan dan  pertumbuhan otak anak anda. Sesetengah makanan mengandungi nutrien penting serta lemak yang sihat, yang membantu otak untuk berfungsi secara optimum. Jadi pastikan anda memberi makanan yang boleh merangsang otak anak anda seperti blueberry, avokado, dan juga telur ke dalam diet mereka.

Dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan, otak mereka berkembang lebih cepat. Untuk mengekalkan pertumbuhan yang pesat ini, otak memerlukan nutrien penting, termasuk lemak sihat, DHA dan zat besi.

Sepanjang zaman kanak-kanak, nutrien dan makanan adalah sumber bahan api untuk otak, ini kerana sel-sel otak sedang berhubung. Makanan yang anda berikan kepada anak anda boleh memberi kesan dalam pembelajaran, pemahaman, dan ingatan. Nutrien dalam pemakanan bukan sahaja penting, aktiviti fizikal dan tidur juga faktor utama dalam perkembangan otak yang sihat.

Berikut adalah enam makanan yang menyokong perkembangan fungsi otak yang sihat :

#1 Blueberry.
Penuh dengan flavonoid, blueberry membantu meningkatkan daya ingatan, pembelajaran dan pemikiran sementara memperlahankan penurunan yang berkaitan dengan usia dalam keupayaan mental.

Tips : Blueberry merupakan makanan yang sangat mudah dan serba boleh! Masukkan blueberry pada bijirin, salad, atau yogurt.

#2 Zaitun.
Makan buah zaitun secara teratur boleh mengurangkan kemerosotan otak kurang dari masa ke masa. Lemak tak tepu dalam buah zaitun digunakan oleh semua sel-sel dan menggalakkan pengangkutan oksigen ke otak.

Tips : Buah zaitun boleh digunakan sebagai ulam ketika makan tengah hari atau sebagai pembuka selera sebelum makan malam. Untuk bayi, cincang buah zaitun supaya mereka tidak tercekik semasa makan.

#3 Kacang.
Kacang mempunyai mono-unsaturated fats dan vitamin E, yang melindungi otak dari penyakit seperti Alzheimer.

Tips: Berikan anak anda untuk memakan mentega kacang bersama dengan roti. Sekiranya anak anda mempunyai alahan terhadap kekacang sila berjumpa dengan doktor.

#4 Ikan.
Makan ikan secara teratur seolah-olah mempunyai kesan ke atas saiz otak (jisim) dan boleh melambatkan proses penuaan otak. Minyak (omega-3 lemak) yang terdapat dalam ikan berlemak meningkatkan penyelesaian masalah, tumpuan, dan ingatan.

Tips: Dapatkan tabiat ikan itu bermula awal. Ikan yang dimasak boleh diperkenalkan pada tahun pertama apabila bayi menunjukkan tanda-tanda kesediaan untuk makanan lebih bertekstur. Walaupun matlamatnya adalah dua hidangan seminggu ikan lemak (seperti salmon, halibut, ikan kembung, ikan trout) untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua, satu hidangan seminggu boleh diterima untuk anak-anak muda. Membuat ikan pasti masak dan menghadkan merkuri yang mengandungi ikan seperti ikan todak.

#5 Avocado.
Avocad0 secara semula jadi kaya dengan lemak sihat (asid omega-3 asid lemak), avocado memperbaiki aliran darah ke otak, yang merupakan cara semulajadi untuk meningkatkan keupayaan otak.

Tips : lecek avocado untuk bayi. Bagi kanak-kanak, lecek avocado sebagai ganti mayonis dan sapukan pada roti sandwich, potong kepada ketulan sebagai makanan jari, atau satu avocado yang dibahagi dua dengan sudu dan perahkan jus lemon.

#6 Telur.
Pada awal 6 tahun pertama kanak-kanak mempunyai pusat memori yang sedang membangun. Choline adalah nutrien penting dalam proses ini. Satu kuning telur mempunyai kira-kira 200 miligram choline, yang memenuhi atau hampir memenuhi keperluan kanak-kanak sehingga 8 tahun. Telur juga mengandungi zat besi, folat dan vitamin A dan D (jika dipertingkatkan), yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

Tips : Kanak-kanak boleh memakan telur! Cuba hancur, rebus dan buat telur dadar. Sudah tentu mereka akan suka. Ada sumber menyatakan bahawa telur tidak menyebabkan kadar kolesterol tinggi dalam darah. 
no image
Penah minum jus terlajak laku, ku melepak dan bla-bla-bla?
Tapi penah ke korang minum jus pati muskat? Tak penah? Seyes jus pati muskat memang osem! Kandungan dia beza dengan jus-jus kesihatan yang lain. Sebab ia daripada tumbuh-tumbuhan.

"Eleehh hat lain pun kata amik dari ekstrak tumbuhan so ape bezanya??"


Adoi kerek lak soalan ni. Okehh meh akak nak habaq walaupun di buat daripada tumbuhan tapi jus pati muskat telahpun dipaten kan takde orang bole ciplak. Haa berani la nak tiru kann. Jom kita kenal apa bahan dalam jus pati muskat yang katanya superb osem tu.

#1 Polygonum Cuspidatum.

Ia adalah salah satu tumbuhan herba semulajadi yang sangat tinggi dengan kuasa antioksidan yang mengandungi Resveratrol.
Tumbuhan ni sebenarnya dah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu untuk mengatasi rambut uban dan sebagai shampoo.

#2 Anggur Muscadine atau Muscadine Grape.

Anggur ni sebenarnya adalah anggur yang bersaiz besar dan kuasa antioksidannya adalah 40 kali ganda lebih bagus daripada anggur biasa ye. Compare antara sebiji anggur Muscadine dengan anggur biasa.

Istimewanya Muscadine Grape ni, ia mengandungi 20 kromosom berbanding dengan anggur biasa yang hanya mengandungi 19 kromosom. Ini bermakna Muscadine Grape ni mempunyai lebih 1 kromosom daripada anggur biasa.

So what's so special about having an extra chromosome?

Ok kromosom yang lebih satu ni lah yang mengandungi kelebihan Polifenol iaitu Asid Ellagic, Anthocyanidine dan Quercetin. Semua kandungan ini akan amat membantu untuk menjadi anti-radang, anti-bakteria dan anti-kanser.

#3 Elderberri Eropah.

Elderberri Eropah ni sebenarnya sangat sangat bagus untuk mata dan penglihatan sebab polifenolnya iaitu Flavonoids akan memberikan perlindungan kepada sel-sel mata, meningkatkan kesihatan mata dan dalam masa yang sama ia memberikan khasiat kesihatan lain seperti menjadi anti-inflammation, anti-bakteria dan juga untuk sistem imun yang bagus.

#4 Lobak Ungu atau Purple Carrot.

Ia tinggi dengan kandungan Polifenol iaitu Anthocyanin yang sangat bagus untuk jantung sebab ia ada antioksidan, antiradang, mengurangkan pengumpulan plak dalam saluran darah dan ia juga baik untuk mengelak infection atau jangkitan kuman kerana ia kaya dengan antibakteria.

Kalau ada pun orang yang cuba nak tiru dan claim jus mereka mengandungi bahan antiokdisan yang tinggi, belum tentu produk dorang diuji oleh ahli saintis. Dorang ade ke landmark study??

Hubungi Saya

Selamat Berkenalan!